Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 April 2021

MotoGP: Litar Mandalika Mampu Jadi Antara Yang Terbaik - Loris Capirossi

Penasihat Keselamatan Dorna Sports dan lagenda MotoGP, Loris Capirossi kini berada di Indonesia untuk menilai dan membuat pemeriksaan terhadap Litar Mandalika, Lombok yang bakal menjadi tuan rumah perlumbaan MotoGP nanti.

Menurut Loris, Mandalika, mampu menjadi salah satu litar MotoGP terbaik di dunia atas faktor lokasinya yang menarik dan cantik. “Semua (dari pihak Dorna) sangat bersemangat untuk mengembalikan persaingan MotoGP di Indonesia kerana di sini punyai ramai pencinta sukar permotoran,” katanya.

Info: Litar Mandalika dibangunkan di atas tanah yang berkeluasan 133.1 hektar dan kini sedang pesat dibangunkan. Jarak litar adalah 4.32 kilometer dengan 19 buah selekoh. Litar ini boleh memuatkan kira-kira 150,000 menonton.

Litar yang terletak di Nusa Tenggara Barat ini bukan sahaja antara destinasi pelancongan terbaik di Indonesa malah Litar Mandalika juga cukup istimewa kerana ia adalah 'Litar Jalanan' pertama di era MotoGP moden. RR

sumber: http://www.gridoto.com
Kredit foto: http://www.motogp.com

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.

Model Baru

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025.

Model Baru

Produksi Ducati XDiavel V4 bermula. Akan dipasarkan ke Eropah terlebih dahulu bermula Mei ini.

Ducati memaklumkan bahawa pengeluaran untuk jentera 'Sport Cruiser' XDiavel V4 baru telah pun bermula.

Dari Litar

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

ejak Marc Marquez meraih kemenangan sulungnya di Litar Buriram tempohari, dunia MotoGP kecoh dengan 'perang' yang berlaku dalam khemah pasukan Ducati Lenovo di antara Marc dan Francesco Bagnaia (Pecco).