Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 5 Mac 2021

MotoGP: Pasukan Aprilia Racing Gresini - Lorenzo Savadori sah ganti Iannone, Aleix Espargaro kekal

Pasukan Aprilia Racing Gresini dilancarkan untuk saingan musim 2021 sekaligus mengenalkan kita dengan pelumba terbaru mereka iaitu Lorenzo Savadori yang dipilih untuk menggantikan Andrea Iannone yang digantung selepas gagal ujian doping tahun lalu.

Pelumba utama mereka, Aleix Espargaro terus diberi kepercayaan untuk menggalas cabaran bersama jentera Aprilia RS-GP baru yang memiliki prestasi lebih mantap. Para jurutera telah bekerja keras untuk kekal kompetitif di samping menerapkan ciri-ciri dan inovasi terkini. Antara pembaharuan yang nampak jelas ialah menerusi rekabentuk lebih earodinamik dan lengan ayun karbon. Yang lainnya tersembunyi di bawah 'fairing'!

Aleix Espargaro: “Ini merupakan tahun kelima saya bersama Aprilia dan sudah menjadi bagaikan keluarga kedua. Kali pertama merasai RS-GP ini memang positif. Seluruh pasukan bekerja keras sepanjang musim sejuk untuk memantapkan jentera ini tetapi masih banyak yang perlu dilakukan. Untuk berada di tahap tertinggi, keadaan fizikal dan mental perlu berada di tahap tertinggi. Kami telah bersedia!

Aleix Espargaro
Aleix Espargaro

Lorenzo Savadori: “Saya amat berterima kasih buat Aprilia atas peluang ini dan masih banyak perlu dipelajari. Saingan MotoGP sememangnya cukup sukar. Menerusi sesi ujian dan bersaing dalam tiga perlumbaan tahun lalu, ia telah memberikan saya pengalaman penting untuk menambah keyakinan pada jentera serta tahap cengkaman tayarnya.”

Lorenzo Savadori
Lorenzo Savadori

“Saya akan lakukan yang terbaik demi pasukan dan mendiang Fausto Gresini Racing yang sentiasa memberi kepercayaan dan nilai positif pada saya. Segala apa yang telah beliau ajar akan saya guna sebaik-baiknya untuk karier.”

Info: Baru-baru ini, dunia MotoGP telah dikejutkan dengan kehilangan bekas juara, pencinta motosikal dan pengasas Gresini Racing iaitu Fausto Gresini yang meninggal dunia pada usia 60 tahun akibat Covid-19.

Kenangan Jorge Martin (kiri) dan Fausto meraikan kejayaan dalam saingan Moto3 2020.Beliau dikatakan mula menunjukkan tanda-tanda gejala penyakit sebelum sambutan perayaan Hari Krismas. Tahap kesihatannya semakin menurun dan memerlukan rawatan rapi di Wad Covid-10, Hospital Bologna. Di sini, beliau terus diberi pemantauan dan rawatan sehinggalah ke nafasnya yang terakhir. Maklumat lanjut: http://www.gresiniracing.com RR

Isu Pada

April 2016

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.

Dari Litar

Pasukan Repsol Honda Tiba Di Buriram. Joan Mir Perlu Buat 'Come Back'!

Selepas gagal menamatkan perlumbaan (DNF) sudah ketiga berturut-turut, Joan Mir perlu kembalikan prestasinya ke tahap terbaik sempena perlumbaan yang akan berlangsung di Litar Buriram, Thailand minggu ini.