Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Januari 2021

“Warna ini memberikan erti kegemilangan buat saya!” - Pol Espargaro, pasukan Repsol Honda.

Bersempena dengan 'pembukaan tirai' MotoGP untuk musim terbaru 2021 yang sudah semakin hampir, pelumba terbaru pasukan Repsol Honda iaitu Pol Espargaro telah berkongsikan pandangan dan perasaannya menyertai pasukan paling ikonik dalam perlumbaan GP ini. Menurut pelumba yang berusia 30 tahun ini menyifatkan ia adalah satu mimpi yang kini menjadi kenyataan.

Memakai warna Repsol Honda buat pertama kalinya:

“Perasaan ketika ini memang sangat teruja dan mengagumkan. Saya telah melihat ramai pelumba lagenda dunia yang memenangi perlumbaan dan kejuaraan dengan warna ini. Ia adalah warna kegemilangan buat saya – bagaikan segalanya berada di dalam genggaman.”

“Ketika saya berlumba dalam 125cc, Moto2 dan MotoGP, saya lihat pasukan ini telah berjaya menduduki tangga podium hampir di setiap perlumbaan dan kini nombor saya (44) tertera padanya, ia memberikan perasaan 'super' hebat. Dari peringkat awal lagi saya sudah meletakkan sasaran. Di mana saya patut dan akan berada suatu hari nanti. Untuk itu, saya perlu jadi pelumba terbaik dalam pasukan dengan memacu jentera terbaik dan berada di samping pelumba terbaik. Berada dalam pasukan Repsol Honda adalah saat terbaik dalam karier saya.”

Apa pendapat anda terhadap jentera RC213V dari apa yang telah anda lihat sebelum ini?

Saya sudah melihatnya di dalam gambar dan video. Ia adalah sebuah motosikal yang kecil (dari segi fizikal) dan pendek. Sifatnya itu membolehkan kita menunggang dan mengawalnya dengan mudah – saya sukakannya. Kadangkala, saya perlu 'memaksa' sesebuah jentera itu untuk melakukan sesuatu yang sangat sukar dan itulah gaya saya. Saya suka brek dengan lambat dan saya lihat setiap pelumba yang menunggang jentera Repsol Honda mampu membrek sangat lambat dan agresif. Itu jadikan saya lebih teruja – kena dengan gaya tunggangan saya.

Apa pendapat anda dengan sesi ujian pertama nanti?

“Saya cukup gementar...sangat gementar dan rasanya mungkin tak dapat tidur malam itu! Ini adalah 'kisah' dalam hidup yang saya sentiasa bayangkannya dan pastinya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menikmati saat pertama dengan jentera tersebut. Ia adalah kenangan hidup yang tidak mungkin saya dapat lupakan. Saya akan kerja keras, berikan sepenuh hati untuk dapatkan keputusan yang terbaik seperti mana pasukan ini lakukan sebelum ini.

Bagaimana rasanya berkongsi 'kotak paddock' dengan Marc Marquez?

Untuk berada dengan Marc Marquez di dalam khemah yang sama adalah satu lagi sebab mengapa saya mahu berada di Repsol Honda. Saya telah beradu tenaga dengannya sejak dari perlumbaan motosikal kecil lagi dan ia menyeronokkan.

Kami membesar bersama dan saya perlu belajar cepat untuk menyaingi para pelumba terhebat dalam saingan ini. Cara terbaik ialah berada disamping seorang pelumba yang memiliki prestasi yang setaraf atau lebih baik. Saya mahu lihat tahap tunggangan saya, adakah ia mampu mencabar Marc nanti?RR

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.

Model Baru

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model Adventure Touring iaitu 700MT.

Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.