Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 10 Disember 2016

WSBK 2016 : Pusingan ke 14, Losail, Qatar : Jonathan Rea Juara WSBK 2016

Tahniah buat pelumba pasukan Kawasaki, Jonathan Rea selepas menamatkan musim ini dengan penuh cemerlang apabila memungut sebanyak 498 mata untuk mengulangi kejayaan tahun lepas sebagai juara keseluruhan WSBK 2016. Kenangan manis ini diperolehi pada persaingan pusingan akhir yang berlangsung di Litar Losail, Qatar pada 30 Oktober lalu.

Para pemenang perlumbaan akhir WSBK di Qatar. Kiri: Tom Sykes, Chaz Davies dan Jonathan Rea.
Para pemenang perlumbaan akhir WSBK di Qatar. Kiri: Tom Sykes, Chaz Davies dan Jonathan Rea.


Walaupun mempunyai kelebihan dari segi mata, Rea tidak menganggap tugasnya di Qatar mudah kerana segala kemungkinan boleh berlaku. Dia juga terpaksa akur dengan kemantapan dua pencabarnya iaitu Tom Sykes dan Chaz Davies. Seperti yang diketahui, Chaz Davies dan Ducatinya berjaya memberi prestasi menakjubkan pada akhir-akhir ini dengan kemenangan demi kemenangan.

Pada perlumbaan pertama, Rea bermula di petak pertama diikuti Hayden dan Davies. Walaupun begitu, permulaan yang sempurna oleh Davies membolehkan pelumba Ducati itu merebut selekoh pertama terlebih dahulu. Seperti beberapa pusingan sebelum ini, mesin Ducati Panigale milik Davies ternyata membuat lebih banyak kelebihan berbanding para pencabarnya seperti Kawasaki dan Honda.

Davies ternyata mempunyai rentak yang sangat sukar untuk diekori oleh para pencabarnya.
Davies ternyata mempunyai rentak yang sangat sukar untuk diekori oleh para pencabarnya.


Rea cuba memberi tentangan tetapi apabila mendapati pencabarnya itu mempunyai rentak yang lebih baik, dia mengemaskan tunggangan untuk mengekori dari belakang dengan selamat kerana kedudukan itu sudah cukup untuk mengangkatnya sebagai juara musim ini. Davies sekali lagi mengharumkan nama Ducati apabila melintasi garisan penamat sebagai pemenang

Perlumbaan 1.

Pertarungan tempat ketiga di antara Hayden, Sykes dan Guintoli lebih menarik. Siapa lebih handal dan jentera mana lebih pantas? Adakah Kawasaki… Honda… atau Yamaha? Sememangnya para penonton di litar ini dipersembahkan dengan kualiti tunggangan yang cukup tinggi oleh ketiga-tiga pelumba ternama ini. Guintoli akhirnya berjaya memecut Yamaha R1nya untuk meraih tempat ketiga diikuti Sykes dan Hayden di tempat keempat dan kelima.

Rea melintasi garisan penamat selaku juara di Litar Losail, Qatar pada waktu malam.
Rea melintasi garisan penamat selaku juara di Litar Losail, Qatar pada waktu malam.


“Ia lebih istimewa berbanding kemenangan tahun lalu kerana kami benar-benar bekerja keras untuk takhta ini. Saya cukup yakin dengan kemampuan jentera Kawasaki ZX-10R 2016 kerana ia bagaikan ‘anak’ saya sendiri. Ini adalah tahun pertamanya dan saya amat berbangga memberikan gelaran juara dunia kepada Kawasaki dengan jentera serba baru. Pastinya ia akan terus memberikan kehebatan pada musim hadapan,” kata Juara WSBK 2016, Jonathan Rea.

Dalam perlumbaan 2, Hayden terpaksa bermula di laluan pit kerana membuat penukaran enjin yang telah melebihi had. Ini bermakna barisan paling hadapan hanya dibarisi oleh Rea dan Davies. Sekali lagi Davies menunjukkan kemampuannya mendominasi perlumbaan dengan pecutan yang mengagumkan. Rea yang baru dinobatkan juara berjaya memintas tetapi membuat kesilapan pada lap kedua seterusnya memberi peluang kepada Davies untuk memecut hingga ke garisan penamat.

Para pelumba dapat melihat dan memegang burung helang dari dekat.
Para pelumba dapat melihat dan memegang burung helang dari dekat.


Di pertengahan saingan, jentera Kawasaki tunggangan Saeed Al Sulaiti terbakar lalu memaksa perlumbaan dihentikan. Selepas litar dipastikan selamat (kira-kira 15 minit), perlumbaan dimulakan kembali dengan 10 lap berbaki. Davies sekali lagi muncul juara menewaskan Tom Sykes dan Jonathan Rea kedua-duanya dari pasukan Kawasaki.

World Supersport (WSS)

Pelumba pasukan Honda, Kyle Smith pastinya cukup berbangga selepas berjaya menewaskan juara WSS musim ini, Kenan Sofuoglu dalam satu pertarungan 15 lap yang cukup sengit. Turut menunjukkan kecemerlangan dalam perlumbaan akhir ini ialah Cluzel, Krummenacher dan pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin.

Musim pertama Zulfahmi dalam WSS memberi keputusan yang cukup positif.
Musim pertama Zulfahmi dalam WSS memberi keputusan yang cukup positif.
Kenan Sofuoglu, Juara WSS 2016.
Kenan Sofuoglu, Juara WSS 2016.


Kyle akhirnya berjaya kembali ke podium tertinggi seperti yang dilakukannya pada April lalu di Litar Belanda diikuti oleh Kenan di tempat kedua hanya dengan perbezaan masa 0.006 saat. Pelumba MV Agusta F3 675, Cluzel pula berpuas hati di tempat ketiga.

Tahniah diucapkan kepada Zulfahmi kerana berjaya mengharungi musim pertamanya ini dengan cukup mantap. Sepanjang persaingannya, Fahmi ternyata berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan dan rekabentuk litar yang hampir kesemua baru baginya.

Guintoli (50) berjaya menahan segala tekanan dari Sykes untuk mendapat `tempat ketiga dalam Perlumbaan 1 WSBK.

Jumlah Mata Keseluruhan WSBK 2016
1. Jonathan Rea     498 mata
2. Tom Sykes          447 mata
3. Chaz Davies       445 mata
4. M. Van Der Mark 267 mata
5. Nicky Hayden      248 mata

Kejayaannya meraih naib juara di Litar Antarabangsa Sepang pada Mei lalu sememangnya satu pencapaian yang cukup membanggakan. Selain itu Fahmi juga berjaya menyerlah di beberapa lagi ‘gelanggang’ seperti di Sepanyol (tempat ketujuh), Perancis (tempat kelapan), Belanda (tempat ke-10) dan Qatar di posisi ketujuh.

Zulfahmi menamatkan cabaran World Supersport musim 2016 di tangga ke-11 dengan jumlah kutipan sebanyak 56 mata. Didoakan agar pelumba berbakat ini terus matang dan lebih bertenaga untuk memberikan keputusan cemerlang pada musim hadapan. RR

Isu Pada

Disember 2016

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.