Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 10 Disember 2016

Petronas CubPrix 2016 : Pusingan 9-Jempol, Negeri Sembilan : Kasma Daniel Cipta Rekod Baru!

Seperti yang dijangka, pelumba muda dari Johor, Kasma Daniel Kasmayuddin telah berjaya meraih gelaran Juara CP130 selepas menunjukkan tunggangan hebat pada perlumbaan akhir CP130 yang berlangsung di Litar Jempol pada November lalu. Kasma yang mempunyai kelebihan 22 mata di hadapan Fazli ternyata mempunyai banyak peluang untuk muncul juara keseluruhan dengan syarat dia tidak jatuh.

Kasma Daniel mencipta sejarah baru sebagai pelumba termuda menjuarai kelas Prima.
Kasma Daniel mencipta sejarah baru sebagai pelumba termuda menjuarai kelas Prima.

Perlumbaan akhir bagaimana pun diungguli oleh pelumba GIVI Honda Yuzy Racing, Md Zaqhwan Zaidi yang mula memberikan tunggangan cemerlang sejak di sesi latihan bebas. Affendi yang bermula di petak kedua pula membuat kesilapan lantas membenarkan Zaqhwan untuk memecut ke hadapan sambil diekori rapat oleh Kasma.

Zaqhwan Zaidi menebus kekecewaan di Temerloh untuk muncul juara di Jempol.
Zaqhwan Zaidi menebus kekecewaan di Temerloh untuk muncul juara di Jempol.

Selepas beberapa lap berlalu, Kasma mula menyerang dan berjaya memimpin perlumbaan tetapi Zaqhwan juga bukanlah calang-calang pelumba. Sedang kedua-duanya cuba mengatasi satu sama lain, Affendi dan Norizman pula tiba seterusnya turut memberi cabaran. Melihat situasi itu, Kasma membuat pintasan tetapi segera ditewaskan semula oleh Zaqhwan dan untuk lebih selamat, Kasma tidak lagi terlalu mengejar sebaliknya mengekalkan rentak di belakang Zaqhwan dengan selamat.

Para pelumba CP130 bergambar kenangan bersama YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz, Raja Muda Negeri Sembilan (berbaju kemeja putih).
Zaqhwan akhirnya berjaya meraih kemenangan di Jempol dengan catatan masa 13:58.890 saat diikuti Kasma, Affendi dan Norizman. Dengan penambahan 20 lagi mata penting, Kasma telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan kelas CP130 dan turut melakar sejarah sebagai juara termuda kelas prima iaitu pada umur 16 tahun, 1 bulan dan 20 hari. Ini membolehkan dia memadam rekod yang dipegang Hafizh Syahrin Abdullah yang dicipta pada usia 16 tahun, 6 bulan.

“Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan di atas kejayaan ini dan ia merupakan kejayaan kami bersama. Pasukan telah menyediakan jentera yang sangat baik membolehkan saya mengerah segala kemampuan yang ada,” kata Kasma.

CP115

Azroy Hakeem terpaksa menunggu hingga ke pusingan kesembilan sebelum berjaya berdiri megah di tangga tertinggi podium. Kemenangan Zaqhwan ternyata membakar semangat Azroy untuk memberi saingan sebaik mungkin dan ya…. dia berjaya buktikan.

Tengku Amirul mengenepikan kesakitan demi meraih keputusan terbaik dalam perlumbaan akhir CP115.
Tengku Amirul mengenepikan kesakitan demi meraih keputusan terbaik dalam perlumbaan akhir CP115.


Md Akid cuba memberi tekanan tetapi apabila masuk ke pertengahan persaingan, segalanya sudah terlambat apabila Azroy sedikit demi sedikit mula melarikan diri untuk muncul juara diikuti Md Akid dan Haziq di tempat ketiga.

Perlumbaan kali ini juga mempamerkan semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang, Tengku Amirul. Dia yang mengalami kecederaan agak serius di tangannya terpaksa berlumba di dalam kesakitan dan terpaksa bermula di barisan paling belakang. Itu tidak menghalangnya untuk menunjukkan tunggangan berkualiti seterusnya menamatkan cabaran di tempat kelapan.

Wira

Kalau bukan kerana sedikit kesilapan, Shafiq Ezzariq telah pun dinobatkan sebagai Juara Wira musim ini tetapi apakan daya, dia terbabas ketika memberi saingan dalam perlumbaan akhir. Perlumbaan kali ini sememangnya dinanti-nantikan oleh Md Helmi untuk menebus kekecewaannya di Temerloh.

Shaiful Azhary (28), naib johan di Jempol selepas menunjukkan tunggangan yang cukup kemas.
Ternyata ketiadaan Shafiq telah membuka peluang keemasan untuk Helmi muncul juara. Bagi Saiful Azhary dan Md Izam, pastinya Litar Jempol memberikan kenangan indah selepas kedua-duanya berjaya menjejaki podium buat kali pertama. Tahniah!

Md Yazid (19) akhirnya berjaya memintas Faisal (24) dan Haris Danish (22) dalam siangan akhir Yamaha Petronas Super Series.
Yamaha Petronas Super Series

Syarifuddin berjaya melonjakkan dirinya ke posisi teratas selepas kejayaan meraih kemenangan hatrik dengan corak tunggangan yang semakin baik. Walaupun mengumpul sebanyak 146 mata, kedudukannya masih tidak begitu selesa kerana tiga lagi pencabarnya seperti Fadli, Faiz Zekri dan Alif Ashraf akan bermatian-matian mencari kemenangan.

Pengarah Urusan HLYM, Dato’ Jim Khor menyampaikan hadiah kepada para pemenang Yamaha Petronas Super Series.
Pengarah Urusan HLYM, Dato’ Jim Khor menyampaikan hadiah kepada para pemenang Yamaha Petronas Super Series.


Perlumbaan akhir berlangsung dengan penuh debaran apabila keempat-empat pelumba ini cuba mengatasi satu sama lain tetapi pada masa yang sama, mereka berusaha untuk tidak melakukan kesilapan. Syarifuddin menang dengan selesa meninggalkan Alif hampir tiga saat di belakang manakala tempat ketiga dimenangi oleh Md Aiman dengan catatan 8:53.359 saat.

Cabaran Honda Wave Alpha

Litar yang sepanjang 1.104 meter ini telah menjadi saksi buat pelumba berbakat, Syairul Yuslie Suhaimi bergelar Juara Cabaran Honda Wave Alpha 2016 walaupun sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Perlumbaan akhir telah dimenangi oleh Md Haziq yang menghabiskan saingan dalam masa 8:51.112s diikuti oleh Yuslie di tempat kedua dan Md Nazif di tempat ketiga.

Para pemenang Cabaran Honda Wave Alpha.Dari kiri: Syairul Yuslie, Md Haziq dan Md Nazif bersama piala masing-masing.
Para pemenang Cabaran Honda Wave Alpha.Dari kiri: Syairul Yuslie, Md Haziq dan Md Nazif bersama piala masing-masing.
En. Ashraf sempat membeli kemeja Honda untuk disimpan sebagai kenangan.
En. Ashraf sempat membeli kemeja Honda untuk disimpan sebagai kenangan.


Dengan jumlah kutipan masa sebanyak 180 mata, dia tidak lagi mampu dicabar oleh mana-mana pelumba walaupun oleh Md Haikal Syafik yang berada di tangga kedua dengan 150 mata. RR

Isu Pada

Disember 2016

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Warta Roda

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.