Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 Disember 2020

Fazli Sham Cipta Kejutan Di Saingan Pusingan 6

Bagi peminat cub prix, Ahmad Fazli Sham merupakan jagoan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelumba berasal dari Taiping, Perak ini adalah antara pelumba senior yang memiliki banyak pengalaman. Walaupun begitu, sudah agak lama Fazli tidak meraih sebarang kemenangan sehinggalah pada Pusingan 6 yang berlangsung di SIC baru-baru ini. Ahmad Fazli Sham tidak pernah kenal erti putus asa dan membuktikan usia bukan penghalang dengan adanya azam serta semangat yang kental.

Fazli Sham '46' mengekori para pelumba lain dengan tenang.
Fazli Sham '46' mengekori para pelumba lain dengan tenang.
Para pemenang CP150 bersama piala masing-masing.
Para pemenang CP150 bersama piala masing-masing.

Fazli yang telah mengumumkan persaraannya dari dunia persaingan Cub Prix pada tahun 2019, kembali beraksi dalam Pusingan 4 musim ini apabila dipanggil oleh pasukannya untuk menggantikan Nazirul Izzat Bahauddin yang terpaksa menarik diri akibat kecederaan di tangan.

Pada persaingan akhir CP150, Fazli memulakan perlumbaan dari barisan kedua dan bijak mengawal keadaan dalam situasi kucar-kacir. Fazli mengekori rapat di belakang rakan sepasukan Mohd Muzakkir Mohamed sehingga ke selekoh terakhir dan berjaya memintas Muzakkir pada saat-saat terakhir untuk mencatat kemenangan pertamanya musim ini dengan catatan masa 14’36.045s

Saingan kelas prima yang sentiasa mendebarkan.
Saingan kelas prima yang sentiasa mendebarkan.

“Keputusan dari Pusingan 5 menunjukkan bahawa kami memerlukan strategi baharu untuk menyekat kemaraan Helmi Azman dan Azroy Hakeem Anuar dari terus mendominasi kategori CP150. Pada pertengahan perlumbaan tadi, saya sudah mula mengintai ruang untuk menyelinap. Saya berasa puas hati strategi pasukan kami menjadi di Pusingan 6,” kata Fazli.

Muzakkir Mohamed turut menaiki podium CP150 di tempat kedua. Mohd Helmi Azman dari pasukan Honda Racing menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga dan kini menyamai kedudukan Azroy Hakeem Anuar di tangga teratas kejuaraan dengan 107 mata masing-masing.

Sementara itu, Mohd Syafiq Rosli sekali lagi mencipta kejayaan dengan kemenangan kedua berturut-turut dalam kategori CP125. Kemenangan tersebut dicatat dengan masa 11’27.056s. Tempat kedua dimenangi Mohd Adib Rosley dari pasukan Yamaha YY Pang Racing Team manakala Abdul Muhaimin Roslan menduduki tempat ketiga.

Para pemenang kelas CP125. Dari kiri: Adib, Syafiq dan Muhaimin.
Para pemenang kelas CP125. Dari kiri: Adib, Syafiq dan Muhaimin.
Pertarungan hebat para pelumba Wira untuk merebut tiga tempat terbaik.
Pertarungan hebat para pelumba Wira untuk merebut tiga tempat terbaik.

Manakala dalam kategori Wira, Mohd Aeiman Hafidz Shahril turut meraih kemenangan kedua berturut-turut dengan catatan masa 8’37.896s dan membolehkannya merapatkan jurang dengan pendahulu kejuaraan Rahimi Nabil Razu dengan hanya 14 mata. Pelumba berbakat, Mohd Harith Haziq Zamri (Yamaha, Castrol Power1 Racing Team) pula mempamerkan tunggangan yang bertenaga untuk tamat di tempat ketiga. RR

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.

Model Baru

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model Adventure Touring iaitu 700MT.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Model Baru

MODENAS Perkenalkan Ninja 500 & Ninja 500 SE - Harga Bermula RM28,100

MODENAS dengan rasminya melancarkan Ninja 500 dan Ninja 500 SE.