Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 November 2020

Persediaan MotoGP 2021 – Perubahan Pelumba & Pasukan

Selesai sudah persaingan MotoGP untuk tahun 2020. Musim ini boleh dikatakan cukup 'istimewa' jika dibandingkan dengan penganjuran sebelum-sebelum ini. Pandemik Covid-19 adalah punca paling awal berlakunya 'kekecohan' ini dan menyebabkan penganjuran di beberapa lokasi perlumbaan terpaksa dibatalkan termasuklah di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia.

Selepas Qatar menjadi tuan rumah pada 8 Mac 2020, tiada sebarang perlumbaan dijalankan untuk tempoh empat bulan sehinggalah pihak Dorna membuat keputusan untuk menyambung semula kalender bermula di litar Jerez pada 19 Julai 2020. Hanya lima buah negara sahaja dibenarkan untuk menjadi tuan rumah iaitu Sepanyol, Perancis, Itali, Austria dan Republik Czech.

Jadual diperketatkan agar mencapai 'kuota' sebelum hujung tahun. Perlumbaan diadakan hampir di setiap minggu tetapi syukurlah, segala penat lelah berakhir seketika. Sekalung tahniah diucapkan buat Joan Mir dari pasukan Suzuki Ecstar (Juara MotoGP 2020), Enea Bastianini (Juara Moto2) & Albert Arenas (Juara Moto3 2020).

Ketangkasan Joan Mir sememangnya terbukti dengan kejayaannya musim ini.
Ketangkasan Joan Mir sememangnya terbukti dengan kejayaannya musim ini.
Dua jagoan Yamaha, Vinales '12' & Rossi akan berpisah pada musim hadapan.
Dua jagoan Yamaha, Vinales '12' & Rossi akan berpisah pada musim hadapan.

Perlumbaan di Portugal tempohari juga merupakan detik akhir buat ramai pelumba bersama pasukan mereka dan juga saingan kelas prima ini. Siapa yang kekal? Siapa yang berpindah 'khemah'? Siapa tidak ada lagi dalam MotoGP?

Kita mulakan dengan Pasukan Yamaha. Pasukan Utama (Factory) untuk musim 2021 akan dibarisi oleh Maverick Vinales dan Fabio Quartararo. Ini bermakna, Valentino Rossi akan meninggalkan pasukan utama selepas 15 tahun dan akan menyertai pasukan Petronas Yamaha SRT bersama-sama dengan Franco Morbidelli.

Fabio Quartararo memiliki potensi besar untuk mencipta lebih banyak kemenangan.
Fabio Quartararo memiliki potensi besar untuk mencipta lebih banyak kemenangan.
Antara kenangan manis Valentino Rossi bersama pasukan Yamaha Factory.
Antara kenangan manis Valentino Rossi bersama pasukan Yamaha Factory.

Joan Mir dan Alex Rins mendapat kepercayaan penuh pasukan Suzuki Ecstar untuk mempertahankan kejuaraan dan menggalas cabaran lebih berat untuk musim serba baru 2021.

Joan Mir 'kiri' dan Alex Rins.
Joan Mir 'kiri' dan Alex Rins.

Pasukan Honda: Marc Marquez semestinya dikekalkan dan akan berganding dengan Pol Espargaro dari pasukan KTM manakala adiknya, Alex Marquez akan berpindah ke pasukan LCR Honda Castrol dengan menggantikan pelumba berpengalaman Cal Crutchlow. Cal akan menyertai Yamaha sebagai penunggang uji (test rider), menggantikan Jorge Lorenzo.

Marc Marquez tidak sabar lagi untuk kembali beraksi.
Marc Marquez tidak sabar lagi untuk kembali beraksi.
Andrea Dovizioso membuat keputusan untuk 'berehat' seketika dan dijangka akan kembali bersaing pada tahun 2022.
Andrea Dovizioso membuat keputusan untuk 'berehat' seketika dan dijangka akan kembali bersaing pada tahun 2022.

Pasukan Ducati membuat keputusan untuk menggantikan kedua-dua pelumba utama mereka (Andrea Dovizioso & Danilo Petrucci) dengan Jack Miller & Francesco Bagnaia dari pasukan Pramac Racing. Dovizioso membuat keputusan untuk tidak menyertai mana-mana pasukan buat seketika tetapi sedia untuk kembali ke arena MotoGP pada tahun 2022 manakala Petrucci akan menyertai Miguel Oliveira dalam pasukan KTM.

Alex Marquez meneruskan saingannya bersama pasukan LCR Honda Castrol.
Alex Marquez meneruskan saingannya bersama pasukan LCR Honda Castrol.

Pasukan Pramac Racing akan diwakili oleh Johann Zarco (dari pasukan Esponsorama) dan pelumba dari Moto2 iaitu Jorge Martin. Juara Moto2 2020, Enea Bastianini dan Luca Marini 'naik pangkat' ke saingan MotoGP bersama pasukan Esponsorama.

Jack Miller, pencabar yang bakal digeruni lawan.
Jack Miller, pencabar yang bakal digeruni lawan.
Enea Bastianini, Juara Moto2 2020 akan naik pangkat ke saingan kelas prima.
Enea Bastianini, Juara Moto2 2020 akan naik pangkat ke saingan kelas prima.

Pasukan Aprilia turut mengekalkan pelumba mereka iaitu Aleix Espargaro dan Lorenzo Savadori.

Setakat ini terdapat empat pelumba yang tidak akan beraksi dalam saingan musim hadapan iaitu Andrea Dovizioso, Cal Crutchlow, Tito Rabat dan Bradley Smith. RR

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Polis berjaya menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes merusuh menggunakan parang dan pedang samurai dalam kejadian di Jalan Meru Bestari dekat Meru Raya di sini pada Ahad lalu.

Warta Roda

Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) hari ini memperkenalkan Yamaha Y15ZR Edisi Istimewa (SE) yang hadir dengan warna Bronze Fury serba baru. Model SE i ni ditawarkan pada harga (cadangan) RM9,498 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).

En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEO Baru Boon Siew Honda

Boon Siew Honda mengalu-alukan En. Kunitomo Asano sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, menggantikan Encik Mitsuharu Funase yang telah dilantik sebagai Pengurus Besar Bahagian Lumba Motosikal di Honda Racing Corporation.

Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.