Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 1 September 2020

Hujan Tidak Halang Helmi Kuasai Perlumbaan

Perlumbaan hari ini tidak semudah yang dijangkakan. Ia berlangsung sengit sejak daripada permulaan, namun begitu, saya bersyukur kerana berjaya mengawal keadaan dengan baik serta lebih berhati-hati terutama selepas hujan turun ketika saingan memasuki lap keenam.”

“Prestasi jentera juga telah memberi kepuasan kepada saya dan terima kasih kepada pasukan yang bertungkus-lumus menyediakan ‘setting’ terbaik terhadap jentera Honda saya untuk menempuhi perlumbaan hebat ini.” kata Md Helmi Azman.

Md Helmi Azman, Juara sulung CP150 tahun ini.
Md Helmi Azman, Juara sulung CP150 tahun ini.

Perlumbaan pusingan pertama terpaksa ditangguh berikutan penularan virus Covid-19 yang melanda seluruh pelusuk dunia. Selepas menunggu sekian lama, Litar Antarabangsa Sepang menjadi medan pembuka tirai untuk saingan musim terbaru, 2020. Dalam saingan akhir kelas prima, Md Helmi Azman dari pasukan SCK Honda Racing, telah dinobatkan sebagai juara perlumbaan akhir kelas CP150 dengan catatan masa 15:34.837 saat (s), sekali gus meraih 20 mata kejuaraan setakat ini.

Md Amirul (63) menewaskan Ahmad Afif dalam saingan akhir CP150.

Helmi yang turut tampil hebat pada sesi kelayakan berjaya meneruskan rentaknya untuk menidakkan segala tekanan dan cabaran yang diberikan oleh para pelumba lain. Sejak di awal persaingan, Helmi pantas menempatkan kedudukannnya dalam kelompok paling depan meskipun telah beberapa kali cuba dipintas oleh pencabar utamanya, Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing.

Azroy Hakeem meraih tempat ketiga dalam perlumbaan pembukaan tirai.
Azroy Hakeem meraih tempat ketiga dalam perlumbaan pembukaan tirai.

Walaupun Azroy mengerahkan seluruh tenaganya, nasib ternyata tidak menyebelahi Azroy kerana dia telah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan enam pelumba di lap keenam. Azroy berjaya menyambung perlumbaan semula dan menamatkan perlumbaan akhir itu di tempat ketiga dengan masa 15:54.446s diikuti Md Khairul Ikhwan Ajis.

Juara CP125 Litar SIC, Md Syafieq Aiman.
Juara CP125 Litar SIC, Md Syafieq Aiman.

CP125

Sementara itu, barisan pelumba pasukan ONEXOX telah menguasai saingan bagi perlumbaan akhir kelas ini. Md Syafieq Aiman Md Fauzi berjaya mencuri tumpuan apabila muncul juara dengan catatan masa 11:21.868s manakala Md Shafiq Rasol (ONEXOX TKKR SAG Team) berada di tempat kedua dengan masa 11:21.875s.

Pertarungan sengit di antara Syafiq Rosli (36) dan Md Firdaus (98) untuk meraih tempat kelima.

Seorang lagi rakan mereka, Md Hafiza Rofa menamatkan perlumbaan 8 lap itu di tempat ketiga selepas berhempas pulas mengawal setiap pergerakan pencabarnya.

Pemenang kelas Wira pusingan 1. Dari kiri: Md Izzat, Rahimi Nabil dan Md Harith Haziq.
Pemenang kelas Wira pusingan 1. Dari kiri: Md Izzat, Rahimi Nabil dan Md Harith Haziq.

Wira

Rahimi Nabil Razu telah melakukan kejutan apabila menjuarai perlumbaan tujuh lap itu. Meskipun mendapat tentangan sengit namun ia tidak menggugat peluang pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing itu untuk terlebih dahulu melintasi garisan penamat.

Md Harith (86) mengawal jenteranya dengan baik untuk menamatkan saingan akhir Wira di tempat ketiga.

Kemenangan ini dilihat sebagai permulaan baik buat pasukan tersebut musim ini selepas berjaya melahirkan juara keseluruhan kelas yang sama pada musim lalu menerusi Aliff Danial. Aliff kini telah dinaikkan pangkat ke kelas CP125 bersama pasukan baharu, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.

Tempat kedua dimenangi oleh Md Izzat Md Raduan dengan merekodkan masa 10:16.016s manakala Md Harith Haziq Zamri dari pasukan Castrol Power1 Racing Team memperolehi catatan masa 10:16.058s.

Md Faiz Nazmi (11), Afiq Daniel (8) dan Farid Hakimi (12) mengungguli persaingan Cabaran Honda Wave 125.

Cabaran Honda Wave 125

Pertarungan sengit di antara Md Faiz Nazmi dan Md Afiz Daniel dalam perlumbaan akhir ternyata memberi keterujaan buat sesiapa yang menontonnya. Walaupun bermula di petak kedua, Faiz Nazmi berjaya meloloskan diri untuk memintas para pelumba di depannya itu. Melihat kedudukannya terancam, Afiq cuba memperkemaskan tunggangan dan berjaya memberi tekanan.

Walaupun begitu, Faiz kekal tenang untuk menutup setiap ruang yang ada sehinggalah menerima kibaran bendera terakhir. Dengan kemenangan ini, Faiz berada di tangga tertinggi carta diikuti Md Afiq dan Farid Hakimi.

Danial Johan (5) cuba menyekat kemaraan Md Afiq Karith (15) dan Danish Aiman (12).

Yamaha Petronas Super Series

Kedua-dua pemenang ini dibezakan dengan hanya 0.190s dan ini membuktikan betapa sengitnya perebutan Md Danish, pelumba dari Terengganu dan Danial Johan dari Kuala Lumpur. Permulaan yang sempurna telah memberi peluang buat Danish untuk memimpin perlumbaan diikuti oleh Danial Johan, Adib Karith dan Haziq Hakimy.

Md Danish Aiman gembira bersama piala kemenangannya.
Md Danish Aiman gembira bersama piala kemenangannya.

Danish berjaya menewaskan para pencabarnya dengan catatan masa 10:55.715s diikuti oleh Danial Johan, Adib Karith masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Cabaran Yamaha NVX

Pelumba dari Kuala Lumpur, Md Aiman Aziz patut berbangga dengan prestasinya walaupun ia baru langkah awal dalam persaingan musim ini. Walaupun bermula di barisan kedua, Aiman berjaya menunjukkan semangat kentalnya untuk menewaskan tiga lagi pencabarnya iaitu Md Syamin, Md Mikail dan Md Afeez untuk muncul juara dengan perbezaan masa yang sangat dekat.

Aiman (25), Mikail (11) dan Mohd Afeez (26) cuba mengatasi satu sama lain dalam perebutan tempat pertama Cabaran Yamaha NVX.

Para pelumba di kelompok depan kesemuanya mampu mencipta kemenangan kerana masing-masing terlalu rapat. Taktik dan langkah yang bijak adalah kunci kemenangan dan itulah yang Aiman berjaya lakukan. Dengan ketinggalan hanya 0.034 s dan 0.100 s, Syamin dan Mikail terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan ketiga. RR

Isu Pada

September 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.