Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 1 September 2020

Rea Julang Kawasaki

Pelumba pasukan Kawasaki Racing Team WSBK, Jonathan Rea kini menduduki tangga tertinggi keseluruhan selepas mendominasi kedua-dua perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Autodromo, Portugal pada awal Ogos yang lalu. Dengan kemenangan berganda ini, Rea memiliki empat mata lebih tinggi berbanding Scott Redding di tangga kedua dengan 132 mata.

Selepas menang dalam perlumbaan 1, Rea turun ke litar dengan lebih bersemangat. Walaupun bermula dengan baik, pelumba Kawasaki itu telah menerima tentangan hebat daripada Toprak Razgatlioglu (PATA Yamaha WorldSBK Official Team) dan Loris Baz yang turun menunggang jentera Yamaha. Pada awalnya, Razgatlioglu dapat memintas tetapi kedudukannya di hadapan tidak kekal lama apabila gagal menahan kemaraan Rea yang membuat serangan dari luar.

Rea berjaya mendominasi kedua-dua perlumbaan.
Rea berjaya mendominasi kedua-dua perlumbaan.

Walaupun diberi tekanan oleh para pelumba di belakangnya itu, Rea seperti biasa kekal tenang mengendalikan jenteranya dengan sempurna sekaligus sedikit demi sedikit berjaya membuka jarak. Pada masa yang sama, kelompok hadapan turut diekori Scott Redding dan Micheal Van Der Mark yang semakin mendapat rentak.

Dari posisinya yang agak ketinggalan, Redding mampu mengejar dan membuat serangan tanpa henti sehingga berjaya mendekati Razgatlioglu dan Loris Baz. Gaya tunggangan yang dipamerkan oleh ketiga-tiga pelumba memang cukup mantap. Nasib kurang baik menimpa Razgatlioglu dan Loriz Baz apabila kedua-dua pelumba ini terbabas di pertengahan saingan.

Para Pemenang Perlumbaan 1. Dari kiri: Toprak Razgatlioglu, Jonathan Rea & Michael Van Der Mark.
Para Pemenang Perlumbaan 1. Dari kiri: Toprak Razgatlioglu, Jonathan Rea & Michael Van Der Mark.

Tidak sempat untuk ‘bergembira’dengan ketiadaan Loris Baz dan Razgatlioglu, Redding kini diburu pula oleh M.V Der Mark yang turut mencari kedudukan podium seperti yang dilakukannya dalam Perlumbaan 1. Maka bermulalah pertarungan sengit di antara kedua-dua pelumba itu yang telah berterusan hingga ke lap terakhir. M. V Der Mark akhirnya akur dengan kegagahan Redding dan terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Chaz Davies turut cemerlang dalam saingan kali ini. Pelumba pasukan Ducati itu telah memberi seluruh tenaga dan kemahirannya untuk menewaskan Alvaro Bautista untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat keempat. Dengan jarak empat saat di depan, Rea sekali lagi memberi amaran awal bahawasanya dia masih memiliki keazaman untuk bergerak juara keseluruhan buat persaingan musim ini.

Aksi kejar mengejar di antara M.V Der Mark (60) & Alex Lowes (22).

Perlumbaan 2. Dari kiri: Scott Redding, Jonathan Rea & Michael Van Der Mark meraikan kemenangan mereka.
Perlumbaan 2. Dari kiri: Scott Redding, Jonathan Rea & Michael Van Der Mark meraikan kemenangan mereka.

“Sukar untuk dipercayai saya kini mendahului carta keseluruhan walaupun pada awalnya hanya memiliki 24 mata sahaja. Jujurnya kami agak risau kerana dia hadir ke litar ini semasa sesi ujian winter berbanding pasukan lain. Untuk menang di sini, saya perlu cepat mencari peluang untuk berlari ke depan kerana sedar akan kepantasan Redding yang mampu menggugat. Terima kasih buat seluruh pasukan yang telah menyediakan jentera terbaik pada perlumbaan kali ini, kita harapkan prestasi sebaik ini akan berterusan untuk pusingan berikutnya.

“Saya cukup gembira dengan kejayaan ini. Apabila melihat beberapa pelumba menghadapi masalah, saya perkemaskan tunggangan dengan mengekalkan rentak dan menutup setiap ruang. Beberapa kali saya cuba menyerang tetapi ketika itu tidak berupaya. Apa pun, kejayaan ini akan memberi saya lebih yakin untuk pertarungan seterusnya,” kata M.Van Der Mark.

Perlumbaan WorldSSP.
Perlumbaan WorldSSP.

WorldSSP

Sejarah telah tercipta di Litar Portugal selepas pelumba rookie, Andrea Locatelli telah muncul juara buat kali kelima berturut-turut dan menjadi pelumba pertama dalam kelas WSSP yang mampu mencipta kejayaan sebaik itu. Walaupun bermula di petak paling hadapan, Locatelli terpaksa mengerahkan seluruh tenaganya untuk mengejar Jules Cluzel, Corentin Perolari and Isaac Vinales yang terlebih dahulu memecut ke hadapan.

Selepas berjaya memintas Vinales dan Perolari, Locatelli mendapati sukar untuk menewaskan Cluzel yang turut mempamerkan kawalan jentera yang kemas dan mantap. Selepas separuh perlumbaan dia mencuba, akhirnya Locatelli menemui ruang untuk membuat serangan dan berjaya. Cluzel cuba untuk bangkit tetapi tidak mampu lagi untuk mengejar Locatelli di depan.

Dari kiri: Jules Cluzel, Andrea Locatelli & Isaac Viñales bersama piala masing-masing.
Dari kiri: Jules Cluzel, Andrea Locatelli & Isaac Viñales bersama piala masing-masing.

Locatelli akhirnya dinobatkan sebagai pemenang diikuti oleh Cluzel di tempat kedua dan Vinales di tempat ketiga. Dengan kejayaan ini, Locatelli kini mendahului carta keseluruhan dengan 125 mata diikuti oleh Cluzel 90 mata dan Lucas Mahias dengan 62 mata.

“Ia adalah saat yang amat mengagumkan selepas kami menang di semua perlumbaan. Kami perlu tenang, teruskan tumpuan. Pada saya, litar ini lebih sukar manakala Cluzel pula datang menyerang sepenuh tenaga. Apa pun terima kasih buat seluruh pasukan, anda telah melakukan yang terbaik,” kata Locatelli. RR

Isu Pada

September 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.