Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 23 Oktober 2020

Takaaki Nakagami Kekal Bersama LCR Honda Idemitsu

Honda Racing Corporation (HRC) telah mengumumkan bahawa Takaaki Nakagami akan terus kekal bersama pasukan LCR Honda Idemitsu dalam saingan MotoGP. Pihak HRC telah mencapai persetujuan bersama pelumba Jepun itu untuk melanjutkan kontraknya dalam beberapa tahun akan datang bemula 2021.

Takaaki Nakagami telah memulakan kariernya pada tahun 2012 dalam saingan Moto2. Beliau telah bersama Honda Team Asia bermula tahun 2014. Pelumba 28 tahun itu kemudiannya menyertai saingan kelas prima pada tahun 2018 dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-20 keseluruhan pada musim tersebut. Diikuti pada tahun seterusnya di tempat ke-13.

Pada tahun 2020, Takaaki Nakagami telah mempamerkan perlumbaan yang baik sekali dengan menunggang jentera RC213V. Pelumba itu telah berada di kedudukan kelima keseluruhan dalam saingan kelas prima setakat ini apabila berjaya mengumpul sebanyak 92 mata.

“Saya sangat gembira apabila dapat terus bersama pasukan LCR Honda Idemitsu pada musim hadapan. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada pihak Honda serta para penyokong yang sentiasa memberi sokongan kepada saya,” kata Takaaki Nakagami. RR

Kredit gambar: https://nakagami.lcr.mc/

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.