Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 10 Oktober 2016

MotoGP 2016 : Perebutan Juara Terus Sengit

Persaingan merebut gelaran juara 2016 di antara Marc Marquez, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo ternyata semakin sengit. Walaupun Marquez kelihatan cukup kuat di separuh musim terawal, namun begitu kemampuan ‘The Doctor’ memberikan tunggangan dan keputusan konsisten agak merisaukan khemah pasukan Repsol Honda. Selepas meraih juara di Mugello, Itali, Lorenzo bagaikan hilang taringnya dengan kegagalan mendapat rentak seperti biasa dan pastinya ia bukanlah satu perkembangan yang positif.

Dani Pedrosa (26) memintas Valentino Rossi (46) di Misano ketika perlumbaan berbaki empat lap.

Musim ini juga menunjukkan kebangkitan para pelumba satelit seperti Carl Crutchlow, Jack Miller, Scott Reading dan Michele Pirro menyaingi kepantasan pelumba-pelumba ternama. Dengan prestasi yang hampir sama, persaingan tahun 2016 (setakat pusingan Misano) lebih istimewa kerana buat pertama kalinya dalam sejarah MotoGP, terdapat lapan pelumba berbeza yang muncul juara dalam satu musim. Mereka ialah Marc Marquez, Jorge Lorenzo, Valentino Rossi, Jack Miller, Andrea Iannone, Carl Crutchlow, Maverick Vinales dan Dani Pedrosa.

Dani Pedrosa gembira kerana ini adalah kemenangan pertamanya untuk tahun ini.
Dani Pedrosa gembira kerana ini adalah kemenangan pertamanya untuk tahun ini.
Marc Marquez masih mendahului kutipan mata kejuaraan.
Marc Marquez masih mendahului kutipan mata kejuaraan.

Pada perlumbaan di Misano, persaingan di 'lubuk' sendiri ternyata memberi sedikit kelebihan buat para pelumba Itali terutamanya Rossi untuk menyinar. Bermula di belakang Lorenzo bukanlah alasan buat Rossi untuk tidak menyerah kalah. Pelumba yang sudah berusia 37 tahun itu tidak menunggu lama untuk memintas Lorenzo di selekoh 14 selepas Lorenzo mengambil selekoh dengan agak melebar.

Andrea Dovizioso.
Andrea Dovizioso.

Sorakan penyokongnya yang lebih daripada 100,000 orang menggamatkan suasana pada petang itu. Rentak Rossi semakin baik seterusnya mula membuka jarak ke hadapan meninggalkan Lorenzo, Marquez dan Vinales bersaing sesama sendiri. Kedudukan para pelumba tidak berubah dari awal hingga pada 10 lap terakhir menunjukkan kadar rentak pelumba Repsol Honda, Dani Pedrosa semakin pantas.

Sesiapa pun tidak dapat menyaingi kepantasan Maverick Vinales (25) di pusingan ke-12.

Berbanding Rossi dan Lorenzo yang menggunakan tayar hadapan jenis sederhana, Pedrosa yang memilih tayar hadapan jenis lembut ternyata lebih selesa untuk meratah litar sepanjang 4.2 kilometer yang mempunyai 16 selekoh ini. Dani yang pada mulanya agak ketinggalan berjaya memintas Vinales dan seterusnya Marquez. Jorge Lorenzo juga gagal menghalang kemaraan 'Little Samurai' ini yang meluncur bagaikan lipas kudung.

Andrea Iannone tidak berlumba di Misano kerana mengalami kecederaan.
Andrea Iannone tidak berlumba di Misano kerana mengalami kecederaan.
Valentino Rossi mendapat tempat kedua di Litar Misano.
Valentino Rossi mendapat tempat kedua di Litar Misano.

Rossi yang pada mulanya sudah cukup selesa di hadapan sekali diberi tentangan hebat oleh Pedrosa dan walaupun litar ini sudah tidak asing baginya, Rossi terpaksa mengalah dengan keupayaan Pedrosa dan RC213Vnya yang kali ini ternyata lebih mantap.

"Saya telah mencuba ke tahap maksimum untuk melawan Marquez. Selepas mendapati rentak saya rasa sudah mencukupi untuk menang, saya cukup gembira tetapi kemudiannya Pedrosa sampai dengan sangat laju. Saya cuba tetapi ia tidak mencukupi kerana rentaknya lebih baik. Agak mengecewakan apabila berlaku di Misano kerana ia adalah satu perlumbaan yang ingin benar saya memenanginya tetapi hari ini segalanya mustahil,” komen Rossi.

Maverick Vinales Juara di litar Silverstone.
Maverick Vinales Juara di litar Silverstone.
Pol Espargaro.
Pol Espargaro.

Pedrosa akhirnya muncul sebagai juara selepas 13 pusingan telah berlalu dan lebih mengujakan apabila dia turut berjaya mencatatkan rekod terbaru litar dengan 1'32.979 saat. “Ia adalah perlumbaan yang hebat dan sudah lama saya tidak merasakan seperti ini. Saya amat terkejut dengan prestasi hari ini kerana tidak menjangka dapat memecut sepantas ini. Rentak tunggangan yang konsisten membolehkan saya mengejar para pelumba di depan dan kemenangan ini amat bermakna selepas kerja keras yang dilakukan selama ini,” kata Dani Pedrosa.

Maverick Vinales memberikan kemenangan pertama kepada pasukan Suzuki selepas kembali menyertai MotoGP.
Maverick Vinales memberikan kemenangan pertama kepada pasukan Suzuki selepas kembali menyertai MotoGP.

Dalam pada itu, para pelumba negara turut menunjukkan prestasi yang cukup positif. Hafizh Syahrin bukan sahaja mampu menempatkan dirinya bersama 10 pelumba terbaik tetapi sudah tiga kali menerima kibaran bendera penamat di tempat keempat iaitu di Qatar, Barcelona dan di Silverstone. Dalam perlumbaan di Misano pada 12 September lalu, Hafizh bermula di petak ke 15, namun begitu semangat juang anak muda ini dengan memintas seorang demi seorang pelumba membolehkannya meraih tempat ketujuh. Ia satu pencapaian yang hebat.

Alex Lowes (WSBK)mendapat pengalaman berharga bersaing dalam MotoGP.

Kru pasukan Honda meraikan kemenangan Dani Pedrosa.
Kru pasukan Honda meraikan kemenangan Dani Pedrosa.

Selepas menakluki litar Jerman, ‘ayam tambatan’ pasukan Honda Asia, Khairul Idham Pawi (KIP) terus bersemangat untuk mendapatkan keputusan terbaik walaupun terpaksa menempuh segala dugaan dan cabaran. KIP diuji dengan sedikit masalah pada jentera dan keserasian dengan keadaan litar serta cuaca yang tidak menentu menyebabkan dia tidak dapat memberikan persembahan terbaik.

Michele Pirro mendapat tempat ketujuh di Misano dengan menggunakan tiket ‘wildcard’.
Michele Pirro mendapat tempat ketujuh di Misano dengan menggunakan tiket ‘wildcard’.

Situasi yang sama turut dialami oleh pelumba pasukan SIC, Adam Norrodin yang juga mencari rentak untuk memberi saingan. Semangat juangnya untuk terus memerah pendikit tidak pernah luntur itu cukup membanggakan dan berharap dia terus berjaya seterusnya memikul harapan negara dalam dunia perlumbaan motosikal.

Aleix Espargaro (41) kini dibayangi rakan sepasukannya, Maverick Vinales.

Jorge Lorenzo di tempat ketiga di Misano, Itali.
Jorge Lorenzo di tempat ketiga di Misano, Itali.

Selepas Misano, para pelumba akan berentap di tiga lagi pusingan iaitu di Sepanyol, Jepun dan Australia sebelum menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang pada 28-30 Oktober ini. Ayuh turun ke litar dan terus memberi sokongan kepada para pelumba negara #semangatbrotherhood. Hafizh Syahrin. RR

Isu Pada

Oktober 2016

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

MODENAS Eliminator dilancarkan di MotoGP Sepang 2024. Harga asas dari RM30,100

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) memilih hari cukup sempurna bersempena 'pesta' MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang untuk melancarkan model terbaru, MODENAS Eliminator.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.