Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 18 Oktober 2020

Jonathan Rea Juara WSBK Untuk Kali Keenam

Hebat…Mantap…Cemerlang…. ItuLah ucapan terbaik untuk pelumba kelahiran Ireland, Jonathan Rea dari pasukan Kawasaki Racing yang telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan WSBK 2020. InI juga merupakan kemenangannya untuk kali keenam berturut-turut, sejarah terbaru kejuaraan yang amat mengagumkan.

Pada umur 33 tahun, Rea telah mempertontonkan tunggangan yang bertenaga untuk meraih mata berharga di pusingan akhir yang berlansung di Estoril, Portugal. Rea telah membuktikan kesungguhannya yang cukup tinggi demi mengejar impian untuk bergelar juara. Walaupun perlumbaan musim ini menerima pelbagai cabaran terutamanya pandemik Covid-19, ia tidak menghalang Rea mengerahkan jentera Kawasaki ZX-10Rnya untuk meraih kemenangan demi kemenangan di setiap pusingan.

Toprak Razgatlioglu mendominasi perlumbaan akhir di Litar Estoril.
Toprak Razgatlioglu mendominasi perlumbaan akhir di Litar Estoril.

Perlumbaan akhir di Litar Estoril telah dimenangi oleh pelumba pasukan PATA YAMAHA WorldSBK Official Team, Toprak Razgatlioglu manakala pencabar utama Rea iaitu Scott Redding tidak dapat menghabiskan perlumbaan akibat masalah teknikal.

Dari kiri: Chaz Davies, Toprak Razgatlioglu dan Garrett Gerloff meraikan kemenangan mereka dalam perlumbaan 1.
Dari kiri: Chaz Davies, Toprak Razgatlioglu dan Garrett Gerloff meraikan kemenangan mereka dalam perlumbaan 1.

Tempat kedua telah dimenangi oleh Chaz Davies manakala pelumba ‘rookie’ dari Amerika Syarikat, Garrett Gerloff yang menunggang Yamaha YZF-R1 telah berjaya menewaskan Rea selepas bertarung cukup sengit untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat ketiga. RR

Berikut adalah keputusan akhir lima pelumba terbaik:

  1. Toprak Razgatlioglu (PATA YAMAHA WorldSBK Official Team)
  2. Chaz Davies (ARUBA.IT Racing – Ducati) +3.039s
  3. Garrett Gerloff (GRT Yamaha WorldSBK Junior Team) +4.220s
  4. Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team WorldSBK) +9.645s
  5. Leon Haslam (Team HRC) +15.732s

Kredit gambar: WSBK & Kawasaki Europe

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Formica Rossa 15o (FR150) bakal menyertai saingan Kejuaraan Malaysia CubPrix dan Asia Road Racing Championship (ARRC) pada tahun 2025.

Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Model Baru

MODENAS Eliminator dilancarkan di MotoGP Sepang 2024. Harga asas dari RM30,100

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) memilih hari cukup sempurna bersempena 'pesta' MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang untuk melancarkan model terbaru, MODENAS Eliminator.