Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 September 2016

Petronas CubPrix 2016 : Pusingan 5, Teluk Intan, Perak : Kasma Sudah Di Depan!

Seratus mata! Itulah jumlah mata yang kini dimiliki oleh pelumba cilik, Kasma Daniel selepas berjaya meraih kemenangan hatrik pada perlumbaan pusingan kelima yang berlangsung di Teluk Intan pada akhir Julai lalu. Apa pun, kemenangan kali ini tidak datang dengan mudah kerana kemantapan pelumba veteran, Ahmad Fazli Sham wajar digeruni.

Para pemenang CP130. Dari kiri: Fazrul, Kasma dan Fazli.
Para pemenang CP130. Dari kiri: Fazrul, Kasma dan Fazli.

Fazli terlebih dahulu mengungguli sesi superpole dengan catatan masa yang cukup mengagumkan. Lapan lagi pelumba yang bersaing dalam sesi ini gagal mendapatkan masa yang lebih baik sehinggalah Kasma yang merupakan pelumba terakhir memerah tenaga jenteranya untuk melintasi garisan penamat dengan perbezaan masa hanya 0.049 saat di hadapan Fazli.

Litar Teluk Intan sememangnya menjadi pilihan pelumba yang sukakan kelajuan maksimum.
Litar Teluk Intan sememangnya menjadi pilihan pelumba yang sukakan kelajuan maksimum.

Pencapaian itu membolehkannya bermula di petak pertama diikuti Fazli dan Elly Idzlianizar. Kasma yang juga baru pulang dari kem latihan bersama pelumba tersohor, Valentino Rossi ternyata mempamerkan prestasi lebih baik terutamanya ketika berada di selekoh-selekoh yang berbahaya. Kelincahannya gagal disaingi oleh para pelumba lain menyebabkan dia berjaya membuka jarak dengan selesa.

Kalau minat...jangan tunggu lama-lama. Nanti dikebas orang!
Kalau minat...jangan tunggu lama-lama. Nanti dikebas orang!

Perebutan tempat kedua lebih menarik apabila Fazli pula menerima tekanan demi tekanan oleh para pelumba lain yang diketuai oleh Affendi Rosli, Fazrul Sham, Norizman dan Md Azhar. Berbekalkan semangat dan pengalaman cukup luas, Fazli masih mampu mengenepikan setiap serangan untuk menamatkan perlumbaan akhir di tempat kedua dan mengembirakan apabila adiknya Ahmad Fazrul Sham turut meraih podium selepas kejayaan di tempat ketiga dengan catatan 16:15.894 saat.

“Saya berada di kedudukan terbaik untuk memenangi perlumbaan, jadi saya hanya perlu fokus dan cuba menjarakkan diri dari Fazli yang berada di belakang. Selepas menjalani latihan bersama pasukan VR46, tunggangan saya di selekoh-selekoh ternyata lebih baik dan lebih pantas berbanding dulu. Kemenangan hatrik dan keempat ini membantu saya untuk naik ke tangga teratas keseluruhan namun bukan jaminan untuk saya memenangi gelaran musim ini,” jelas Kasma.

Pengeluar tayar Duro memberikan pelbagai jenis pilihan kepada pengguna motosikal.
Pengeluar tayar Duro memberikan pelbagai jenis pilihan kepada pengguna motosikal.

“Memang susah untuk mengejar Kasma kerana dia pantas hampir di setiap tempat. Saya rasa kalau berada di litar besar seperti SIC, saya mempunyai lebih peluang,” komen Fazli.

Separuh musim telah berlalu, Kasma kini berada di tangga pertama dengan 100 mata diikuti Fazli Sham (98 mata), Norizman Ismail (52 mata) dan Ahmad Fazrul Sham (51 mata).

Tahniah buat Md Syafiq Rosli atas kejayaan memenangi perlumbaan kelas ini buat pertama kalinya. Segala penat lelah dan usaha gigihnya ternyata membuahkan hasil selepas berjaya muncul pelumba kedua terpantas di sesi ujian masa. Sebaik sahaja perlumbaan akhir dimulakan, Syafiq terus memulas pendikitnya ke tahap maksimum untuk memimpin perlumbaan.

Syafiq Rosli, juara CP115 Litar Teluk Intan.
Syafiq Rosli, juara CP115 Litar Teluk Intan.

Zaidy, Haziq, Md Akid dan Md Amirul yang tidak mahu ketinggalan cuba mengacah satu sama lain sehinggakan ada kalanya pergelutan agak membimbangkan. Tanpa disedari, Tengku Amirul yang bermula di petak kelima mula merapatkan diri dan membuat serangan. Selekoh 6 berbentuk 'U' ternyata memberi kesukaran buat ramai pelumba tetapi pada masa yang sama merupakan tempat penting untuk pelumba mahir merapatkan diri.

Perebutan tempat pertama di antara Md Syafiq (36) dan Tengku Amirul (18) (gambar bawah) memang cukup mendebarkan.

Tengku Amirul akhirnya berjaya menewaskan keempat-empat pelumba di depannya untuk berada di posisi kedua tetapi sudah agak terlewat untuk mengejar Syafiq yang berada hampir tujuh saat di hadapan. Syafiq dinobatkan sebagai juara pusingan kelima dengan catatan masa 13:55.485 saat diikuti Tengku Amirul di tempat kedua dan Md Akid Aziz di tempat ketiga.

Dalam saingan ini, anak didik Ahmad Fuad iaitu Md Helmi Azman meraih kemenangan pertamanya dengan penuh bergaya. Kejayaan pelumba ini diperoleh selepas dia berjaya mengetuai perlumbaan akhir seawal dari lap pertama. Dengan kelancaran jentera dan pengendalian mantap yang dipamerkan, Helmi gagal disaingi oleh para pelumba lain.

Helmi bermula di petak ketiga tetapi berjaya menjadi juara di Teluk Intan.
Helmi bermula di petak ketiga tetapi berjaya menjadi juara di Teluk Intan.

Pemilik jentera bernombor '23', Md Amirul di tempat kedua juga berlumba berseorangan selepas memerah mesin Yamahanya 10 saat di hadapan Md Afizi Supaat di tempat ketiga. Walaupun kecewa kerana gagal membuat rekod menang lima kali berturut-turut, kedudukan keempat buat Shafiq Ezzariq sudah cukup untuknya menambah 13 lagi mata penting dalam usaha untuk muncul juara keseluruhan pada musim ini.

Md Helmi (11) berjaya memimpin perlumbaan akhir Wira dari awal hingga akhir.

Kedudukan selepas lima pusingan: 1. Md Shafiq Ezzariq (113 mata), 2. Md Helmi Azman (78 mata), 3. Md 4. Amirul Arif (52 mata) dan 5. Md Afizi Supaat (47 mata).

Ini pastinya merupakan saat paling manis buat Alif Ashraf selepas berjaya berdiri dengan megahnya di tangga tertinggi podium pada perlumbaan pusingan kelima tempohari. Pencapaian terbaiknya pada musim ini ialah ketika mendapat tempat kedua pada perlumbaan pusingan ketiga lalu.

En. Voon Yin Kong (Pengurus Besar HLYM) menyampaikan hadiah kepada para pemenang Yamaha Petronas Super Series.

Alif bangkit daripada kegagalan pada pusingan sebelum ini dengan mencuri tumpuan memecut seawal perlumbaan baru dimulakan. Dengan kawalan yang tenang dan kemas, Alif berjaya meratah setiap selekoh litar Teluk Intan ini tanpa sebarang masalah untuk menang dengan kelebihan hanya 1.127 saat di hadapan Md Syarifuddin di tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi oleh Md Fadli Shah dengan catatan 10:36.307 saat.

Alif Ashraf (8) meraikan kemenangannya bersama Syarifuddin (18) di tempat kedua manakala Fadli Shah (13) di tempat ketiga dalam perlumbaan Yamaha Petronas Super Series.

Selepas lima kali mencuba... sekali di tempat kedua, sekali di tempat ketiga dan dua kali di tempat keempat, akhirnya Litar Teluk Intan menjadi saksi pencapaian terbaik pelumba muda, Md Haziq Hamdan untuk muncul sebagai pemenang dengan menewaskan 17 orang pelumba lain dalam satu pertarungan yang cukup mengujakan.

Para pemenang Cabaran Honda Wave Alpha bersama piala masing-masing.
Para pemenang Cabaran Honda Wave Alpha bersama piala masing-masing.

Haziq (13) akhirnya berjaya dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Haikal (11) dan Syairul Yuslie (17) dalam Cabaran Honda Wave Alpha.

Walaupun bermula di petak ketiga, Haziq ternyata lebih matang untuk menggalas cabaran bersaing dengan para pelumba lain yang tidak kurang hebatnya seperti Md Haikal dan Syairul Yuslie. Melalui kemenangan ini, Haziq kini berada di tangga kedua keseluruhan dengan 87 mata manakala Syairul Yuslie terus kukuh di tangga tertinggi dengan 116 mata. RR

Isu Pada

September 2016

Popular

  • Dari Litar

    Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

Artikel berkaitan

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Boon Siew Honda telah mengumumkan nama pasukan baru tahun ini iaitu Honda Racing Malaysia untuk memberi cabaran dalam saingan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC), Superbike World Championship (WSBK), dan Malaysia Superbike Championship (MSBK).

Dari Litar

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Juara WSBK 2024, Toprak Razgatlioglu akhirnya kembali ke podium tertinggi selepas melakukan magik untuk mencipta mencipta sejarah kemenangan ke-59 dan ke-60 dan menyempurnakan hatrik dalam saingan pusingan 2 yang berlangsung di Litar Autodromo Internacional do Algarve baru-baru ini.

Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.