Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 3 November 2020

Alex Marquez Akhirnya Ke Podium

Drama persaingan MotoGP musim ini berterusan apabila nama-nama pelumba teratas tidak menyinar dalam saingan pusingan ke-10 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Le Mans, Perancis pada 11 Oktober lalu. Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo yang cemerlang di litar sendiri dan berjaya meraih petak hadapan tidak mampu mencipta sejarah apabila hanya mampu berada di tempat ke-9 manakala jagoan muda Suzuki, Joan Mir di tempat ke-11.

Hujan yang turun beberapa minit sebelum perlumbaan bermula membuat setiap pasukan terpaksa membawa masuk semula jentera masing-masing untuk menukar tayar. Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan, Jack Miller berjaya melakukan holeshot diekori rapat oleh Crutchlow, Petrucci dan Dovizioso. Rossi terbabas di selekoh pertama dan tidak dapat meneruskan cabaran manakala Quartararo yang bermula di petak utama semakin ketinggalan.

Alex Marquez meraikan kemenangannya bersama seluruh pasukan.
Alex Marquez meraikan kemenangannya bersama seluruh pasukan.
Maverick Vinales -12- dan Joan Mir cuba mengatasi satu sama lain.
Maverick Vinales -12- dan Joan Mir cuba mengatasi satu sama lain.

Petrucci yang sememangnya terkenal sebagai jaguh litar basah berjaya memimpin perlumbaan diikuti oleh rakan sepasukannya Dovizioso yang juga dilihat cukup selesa mengemudikan jenteranya di permukaan litar basah. Ketiga-tiga pelumba paling hadapan ini berjaya membuka jarak lebih tiga saat di hadapan Alex Rins dan Pol Espargaro. Tanpa diduga, pelumba baru pasukan Repsol Honda, Alex Marquez yang bermula di petak ke-18 berjaya mencatatkan masa terpantas beberapa kali untuk mengejar kelompok hadapan.

Rins mengerahkan seluruh tenaga jenteranya untuk memintas Miller dan kemudiannya membuat serangan yang cukup berani untuk memintas (dari dalam) Dovizioso dan Petrucci ketika persaingan berbaki sembilan lap sahaja lagi. Mereka berempat hampir bersentuhan satu sama lain dan ianya cukup mendebarkan. Kini kelompok utama turut disertai oleh P. Espargaro dan A. Marquez.

Pol Espargaro -44- berjaya menewaskan Fabio Quartararo -20- untuk meraih tempat ketiga.
Pol Espargaro -44- berjaya menewaskan Fabio Quartararo -20- untuk meraih tempat ketiga.
Danilo Petrucci cukup berpuas hati dengan kejayaannya.
Danilo Petrucci cukup berpuas hati dengan kejayaannya.

Miller cukup kecewa selepas jenteranya menghadapi masalah teknikal dan tidak lama selepas itu, pasukan Suzuki pula tersentak apabila Rins terbabas keluar ketika di tempat kedua. Tiga lap sahaja lagi dan itulah masa terbaik buat A. Marquez untuk menyerang seterus memintas Dovizioso untuk meraih podium pertamanya dalam kelas MotoGP. Kematangan pelumba muda ini untuk mengawal jenteranya di perlumbaan yang sukar wajar diberi pujian. Tempat ketiga dimenangi oleh P. Espargaro diikuti oleh Dovizioso dan Johann Zarco masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Alex Rins terbabas di saat-saat akhir.
Alex Rins terbabas di saat-saat akhir.

“Pada awalnya saya rasa sedih kerana risaukan keupayaan mesin untuk bersaing di dalam hujan tetapi apabila persaingan bermula saya rasa begitu selesa dan yakin dengan kemampuan jentera ini. Saya menukar tayar belakang daripada medium kepada soft dan ianya satu pilihan yang memberikan saya kejayaan ini. Saya mahu lari secepat mungkin walaupun terpaksa mengambil risiko yang tinggi. Apapun ianya berbaloi kerana saya menang hari ini!” komen Danilo Petrucci.

Fabio Quartararo masih unggul di tangga pertama dengan 115 mata diikuti oleh Joan Mir di tangga kedua (105 mata) manakala Andrea Dovizioso di tangga ketiga dengan 97 mata.

Nasib tidak menyebelahi Valentino Rossi ketika saingan di Le Mans.
Nasib tidak menyebelahi Valentino Rossi ketika saingan di Le Mans.

MOTO 2

Sam Lowes dari pasukan EG 0,0 Marc VDS akhirnya berjaya dinobatkan sebagai juara selepas insiden yang cukup mengecewakan berlaku kepada Jake Dixon Petronas Sprinta Racing ketika sedang memimpin perlumbaan di posisi yang agak selesa. Sejak di awal saingan, Lowes dan Dixon masing-masing mempunyai rentak yang lebih baik berbanding para pelumba lain. Ini membolehkan kedua-dua pelumba British itu mula membuka jarak.

Turut menarik perhatian tentulah pelumba negara iaitu Kasma Danial yang pada pelumba untuk menduduki posisi ke-10. Sayangnya masalah teknikal yang dihadapi di pertengahan saingan menyebabkan dia kehilangan tempat sedikit demi sedikit. Pelumba berpengalaman, Hafizh Syahrin turut berjaya meraih mata tunggal di litar ini walaupun terpaksa berentap hebat dengan para pelumba lain dalam kondisi litar yang kurang baik.

Sam Lows menamatkan saingan di tempat pertama dengan catatan masa 41'27.648 diikuti Remy Gardner di tempat kedua dan Marco Bezzecchi di tempat ketiga. Pendahulu keseluruhan, Luca Marini gagal memungut sebarang mata apabila menamatkan saingan di tempat ke-17. Namun begitu, dia masih berada di tangga pertama dengan 150 mata.

Khairul Idham Pawi -89- terus memberi cabaran walaupun belum pulih sepenuhnya.
Khairul Idham Pawi -89- terus memberi cabaran walaupun belum pulih sepenuhnya.

MOTO 3

Saingan Moto3 semakin sengit apabila kedudukan di tangga keseluruhan masih terbuka untuk beberapa pelumba seperti Albert Arenas, Ai Ogura, Celestino Vietti, Tony Arbolino dan John McPhee.

Perlumbaan di Perancis telah memberi kenangan manis buat pelumba Itali, Celestino Vietti yang berjaya menewaskan Tony Arbolino, Albert Arenas dan Jaume Masia dalam satu pertarungan yang cukup sengit. Para pelumba di depan sering bertukar-tukar posisi sehinggalah di saat akhir dan kemenangan buat Vietti membuktikan keberanian adalah faktor penting untuk mencapai kemenangan sewaktu bersaing bersama barisan para pelumba yang cukup kompetitif.

Tamatlah persaingan penuh dramatik di Litar Le Mans dan kini para pelumba bersedia untuk pertarungan berikutnya di Aragon pada 18 dan 25 Oktober 2020. Ini adalah saat penting buat setiap pelumba, lebih-lebih lagi mereka yang gagal memberi persembahan terbaik di Perancis. Jangan lepaskan peluang untuk saksikan kehebatan para pelumba dunia ini. RR

Isu Pada

November 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.

Dari Litar

Pasukan Repsol Honda Tiba Di Buriram. Joan Mir Perlu Buat 'Come Back'!

Selepas gagal menamatkan perlumbaan (DNF) sudah ketiga berturut-turut, Joan Mir perlu kembalikan prestasinya ke tahap terbaik sempena perlumbaan yang akan berlangsung di Litar Buriram, Thailand minggu ini.