Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Ogos 2016

WSBK 2016 : Pusingan 8 & 9 / Misano & Laguna Seca : Mesin Hijau Terus Kuasai Litar!

Selepas kembali temui rentak pada pusingan ketujuh dengan kemenangan dalam kedua-dua perlumbaan, Tom Sykes turun ke Litar Misano pada 19 Jun lalu dengan harapan setinggi gunung. Pada masa yang sama, juara bertahan dan juga rakan sepasukannya, Jonathan Rea kembali memperkuatkan semangatnya untuk menyinar selepas sekian lama tidak ke puncak podium.

Rea (1) dan Sykes (66) terus mendominasi perlumbaan WSBK 2016.

Walaupun pelumba Honda, Nicky Hayden antara nama yang mula memberikan catatan masa terbaik, perlumbaan pertama di Misano jelas didominasikan oleh dua pelumba Kawasaki iaitu Rea dan Sykes. Litar sepanjang 4.226 kilometer itu diratah dengan sempurna sekali oleh Rea untuk muncul juara buat pertama kali sejak persaingan di Assen pada 17 April lalu. Sykes yang juga menerima tentangan hebat oleh Michael Van der Mark tetap melakarkan senyuman apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Para pemenang Perlumbaan 1 di Laguna Seca. Dari kiri: Tom Sykes, Jonathan Rea dan Nicky Hayden.
Para pemenang Perlumbaan 1 di Laguna Seca. Dari kiri: Tom Sykes, Jonathan Rea dan Nicky Hayden.

Perlumbaan kedua berlangsung bertambah sengit dengan gaya tunggangan lebih agresif yang dipamerkan oleh Tom Sykes, Alex Lowes dan Davide Giugliano. Namun begitu, Rea terus tenang mengekori Sykes dari belakang manakala Van der Mark dan Chaz Davies yang cuba menghampiri terbabas dan berlanggar sesama sendiri.

Jordi Torres semakin serasi memacu BMW S 1000 RRnya.
Jordi Torres semakin serasi memacu BMW S 1000 RRnya.

Sykes yang memimpin persaingan hampir tiga perempat perlumbaan akhirnya berjaya dipintas oleh Rea lima lap sebelum tamat. Sykes terus memberi tekanan dan berharap Rea melakukan kesilapan tetapi akhirnya dia terpaksa menerima hakikat bahawa pencabarnya itu lebih unggul pada perlumbaan hari kedua itu.

“Perlumbaan hari kedua ini sedikit berbeza walaupun rentaknya sama. Saya dapati berada di depan lebih sukar sehingga terlalu memaksa tayar. Strategi hari ini berbeza. Ketika di grid, krew saya memberitahu agar tidak berada di depan dan dengan strategi berlainan, kami berjaya. Saya pernah menang di litar ini tetapi ini merupakan kemenangan berganda pertama dan ianya cukup istimewa,” kata Jonathan Rea.

Itu kisah Misano! Bagi yang menang... ia adalah pembakar semangat manakala bagi mereka yang tewas, kesungguhan untuk membuka 'kisah' baru telah sampai sebaik sahaja mereka berada di Litar Laguna Seca, USA. Seperti yang dijangka, kedudukan paling hadapan sekali lagi diungguli oleh pelumba Kawasaki dan diikuti Chaz Davies (Ducati) di petak ketiga. Dari petak kedua Rea memecut dengan sempurna untuk memimpin perlumbaan tetapi tidak lama apabila kedudukannya dimiliki oleh Sykes seawal lap pertama. Davies kemudiannya memintas Rea untuk mendapatkan tempat kedua.

Pertarungan antara Davies, Sykes dan Rea bermula, masing-masing cuba mengejar di litar yang cukup teknikal ini. Lap ketiga, Sykes melakukan sedikit kesilapan menyebabkan dia dipintas oleh Davies dan Rea. Sedang cuba membuka jarak, jentera Ducati milik Davies terbabas dan 'terbang' ke luar litar lalu memberikan peluang yang amat cerah buat Rea untuk menang.

Nicky Hayden kini antara pencabar yang boleh menggugat para pelumba di hadapan.
Nicky Hayden kini antara pencabar yang boleh menggugat para pelumba di hadapan.

Seperti perlumbaan-perlumbaan sebelum ini, kedua-dua jentera Ninja ini membuka jarak dengan lebarnya ketika menghampiri penghujung saingan. Dalam perlumbaan satu, Rea akhirnya berjaya muncul juara diikuti Sykes dan pelumba tuan rumah, Nicky Hayden di tempat ketiga selepas berjaya menewaskan Giugliano dan Lowes dalam satu pertarungan yang cukup sengit.

Skrip perlumbaan kedua sangat berbeza. Jentera Ducati tunggangan Giugliano dan Davies kelihatan lebih bertenaga – membolehkan kedua-duanya berada di depan sebelum insiden yang melibatkan Pawel Szkopek menyebabkan perlumbaan dihentikan. Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan semula, Giugliano yang berada di petak hadapan diberi tentangan cukup hebat oleh dua pelumba Kawasaki, Sykes dan Rea.

Nasib tidak menyebelahi Zulfahmi ketika persaingan akhir di Litar Misano.
Nasib tidak menyebelahi Zulfahmi ketika persaingan akhir di Litar Misano.

Turut sama memberi persembahan cukup hebat pada perlumbaan kedua itu ialah Nicky Hayden dan Davies. Sedang Rea cuba membuat serangan, mesinnya pula dilanda masalah teknikal menyebabkan dia gagal memungut sebarang mata. Kini tinggal, Sykes, Davies dan Giugliano sahaja di hadapan sekali manakala enam lagi pelumba iaitu Hayden, Torres, Lowes, Van Der Mark dan Canepa terikat sesama sendiri untuk merebut tempat keempat.

Alex Lowes dan Yamaha R1nya semakin mendapat rentak yang positif
Alex Lowes dan Yamaha R1nya semakin mendapat rentak yang positif

Sykes akhirnya muncul juara dengan kemenangan tipis, hanya 0.209 saat di hadapan Giugliano manakala seorang lagi pelumba Ducati, Chaz Davies di tempat ketiga. “Perlumbaan awalnya cukup menarik. Saya mengalami kesukaran sedikit manakala Davide pula sedang membara. Kemenangan di Amerika memang hebat terutamanya di hadapan para penonton yang hebat,” komen Sykes.

Sykes (66) berjaya meninggalkan Davies (7) dan para pelumba lain untuk muncul juara Perlumbaan 2 di Laguna Seca.

Jonathan Rea masih unggul di tangga pertama dengan 368 mata tetapi diekori agak rapat oleh rakan sepasukannya, Tom Skyes dengan kutipan 322 mata. Dua pelumba Ducati, Chaz Davies dan Davide Giugliano masing-masing di tangga ketiga dan keempat diikuti pelumba Honda, Michael Van der Mark. RR

Isu Pada

Ogos 2016

Popular

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Artikel berkaitan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Midnight Black, Warna Terbaru Untuk Yamaha MT-15

Para peminat Yamaha MT-15 kini boleh memilih untuk mendapatkan model jalanan ini yang kini berada di pasaran dengan warna serba baru. Ya... MT-15 yang paling 'fresh' berada di pasaran hadir dengan warna Midnight Black.

Warta Roda

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.

Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.

Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.