Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 10 Julai 2016

Petronas CubPrix 2016, Pusingan 4, Pasir Mas, Kelantan : Jarak Fazli & Kasma Semakin Rapat

Pelumba rookie CP130, Kasma Daniel Kasmayuddin berjaya meraih satu lagi kemenangan kali ini di Litar Pasir Mas, Kelantan pada bulan Mei lalu. Kejayaan ini juga telah merapatkan jurang mata antara dia dan Ahmad Fazli Sham, di tangga pertama keseluruhan hanya dengan tiga mata sahaja.

Kasma (27) dan Fazli (46) bersaing sengit di Kelantan.

Walaupun Kasma berada di petak pertama, permulaan yang tidak sempurna menyebabkan dia telah dipintas pelumba berpengalaman, Affendi Rosli yang mempamerkan kecekapannya meratah setiap selekoh dengan kemas untuk memimpin perlumbaan. Sedang Kasma mencari peluang untuk membuat serangan, dia pula dipintas Fazli Sham dalam lap keempat. Selepas Kasma, Affendi pula menjadi mangsa Fazli.

Dari kiri: Fazli Sham, Kasma Daniel dan Zaqhwan Zaidi.
Dari kiri: Fazli Sham, Kasma Daniel dan Zaqhwan Zaidi.

Melihat akan kedudukan Fazli yang semakin pantas di hadapan, Kasma membuat serangan untuk memintas Affendi seterusnya mengejar pelumba di hadapannya. Kasma yang lebih ringan berbanding Fazli ternyata mempunyai kelebihan sewaktu memecut di laluan lurus manakala pengalaman bertarung yang luas milik Fazli pula digunakan sebaik-baiknya apabila tiba di selekoh tajam.

Tengku Amirul (18) dibatalkan kemenangannya di Kelantan.

Episod potong memotong pun bermula dari lap ketujuh. Apabila tiba di laluan lurus, Kasma di depan tetapi apabila tiba di selekoh tajam, Fazli pula di depan. Perebutan tempat pertama ini berlangsung hingga ke lap terakhir. Pada laluan lurus terakhir, Kasma memandang ke belakang tanpa menyedari Fazli sedang memecut sehabis-habis tetapi nasib ternyata berpihak kepadanya yang terlebih dahulu melintasi garisan penamat dengan perbezaan masa hanya 0.012 saat di hadapan Fazli.

Pemilik Yamaha Y15ZR memeriahkan suasana di litar Pasir Mas, Kelantan.
Pemilik Yamaha Y15ZR memeriahkan suasana di litar Pasir Mas, Kelantan.

Tempat ketiga dimenangi oleh Zaqhwan manakala Md Hafiz yang begitu konsisten di tempat keempat ternyata kecewa selepas terbabas lima lap sebelum tamat. Posisinya diganti oleh Abdul Muhaimin yang menamatkan saingan dengan catatan masa 14:01.533 saat.

Para peminat tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan di tapak promosi Honda.
Para peminat tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan di tapak promosi Honda.

“Saya tidak bermula dengan baik tetapi masih dapat berada di dalam kelompok hadapan untuk terus mengekori dari belakang. Apabila Hafiz hampir terbabas di awal saingan, saya membuat keputusan untuk memintas Fazli dan membiarkannya bersaing dengan para pelumba lain,” komen Kasma.

Kedudukan CP130 pada Pusingan 4:
1. Ahmad Fazli Sham (78 mata),
2. Kasma Daniel (75 mata),
3. Mohd Zaqhwan (45 mata),
4. Norizman Ismail (39 mata) dan
5. Md Adib (38 mata).

CP115

Perlumbaan CP115 terpaksa dihentikan seketika selepas insiden perlanggaran yang agak serius telah berlaku di garisan perlumbaan. Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan semula, pelumba Motul Zeneos YY Pang, Tengku Amirul menunjukkan kemampuannya untuk memimpin perlumbaan dengan bergaya sekali. Ketiadaan Farhan juga menjadikannya lebih yakin untuk terus memecut tanpa sebarang tekanan.

Perlumbaan akhir CP115 ini lebih tertumpu kepada persaingan antara Md Haziq, Md Aznil dan Azroy Hakeem bagi mendapatkan tempat kedua. Ternyata kemantapan Haziq membolehkannya meraih tempat kedua diikuti Aznil dan Azroy.

Hasil siasatan yang dilakukan oleh steward perlumbaan mengenai insiden yang berlaku di awal perlumbaan, kemenangan Tengku Amirul telah dibatalkan selepas mempamerkan aksi kurang semangat kesukanan (unsporting race behaviour) dalam perlumbaan akhir tersebut. Tengku didapati memasuki ke laluan pelumba lain yang agak berbahaya menyebabkan tiga pelumba telah terbabit dalam kemalangan.

Tuah buat Azroy Hakim kerana mendapat tempat kedua dalam kelas CP115.
Tuah buat Azroy Hakim kerana mendapat tempat kedua dalam kelas CP115.

Dengan keputusan ini, Md Haziq dari pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor yang berada di tempat kedua telah dinobatkan sebagai juara perlumbaan diikuti Mohd Aznil Mohd Ali dan Azroy Hakeem di tempat ketiga. Walaupun begitu, pembatalan ini masih tidak menjejaskan kedudukan Tengku di tangga teratas dengan kutipan sebanyak 70 mata.

Md Shafiq Ezzariq (16) menang empat kali berturut-turut dalam kelas Wira.

WIRA

Seratus markah sempurna... itulah jumlah yang dimiliki oleh pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing, Md Shafiq Ezzariq selepas memenangi buat kali keempat berturut-turut. Helmi yang cemerlang di Kangar mencuba sedaya upaya untuk mengejar tetapi ternyata Shafiq terlalu sukar ditewaskan. Masuk lap kelima, Shafiq sudah mula membuka jarak tetapi rentaknya masih dapat diekori oleh Helmi dengan begitu tenang.

Podium kelas Wira dari kiri: Helmi, Md Shafiq Ezzariq dan Qhuwarismi.
Podium kelas Wira dari kiri: Helmi, Md Shafiq Ezzariq dan Qhuwarismi.

Shafiq dan Helmi meninggalkan dua pelumba yang sedang berebut untuk tempat ketiga hampir 10 saat di belakang. Qhuwarismi dan Saiful saling memintas untuk membuktikan keupayaan mereka kepada pasukan dan para penyokong. Kecekapan Qhuwarismi mengawal jentera di selekoh tajam berjaya memberikannya kibaran bendera penamat di tempat ketiga.

Helmi yang mendapat tempat kedua di Kelantan berjaya menambah 25 lagi mata penting dalam koleksinya untuk berada di tangga kedua keseluruhan dengan 53 mata diikuti Md Qhuwarismi (47 mata) di tangga ketiga dan Saiful Azhary di tangga keempat juga dengan 47 mata.

Md Fadli (13) berjaya memintas Md Azam (12) untuk memenangi perlumbaan Yamaha Petronas Super Series.

Yamaha Petronas Super Series

Tahniah Md Fadli Shah yang sekali lagi menguasai perlumbaan dengan tunggangan yang cukup meyakinkan. Pelumba yang menggunakan nombor 13 ini telah menyempurnakan perlumbaan 10 lap menerusi catatan masa 7:70.085 saat menewaskan pencabar terdekatnya Mohd Akmal Halim dengan perbezaan masa hanya 0.535 saat.

Md Azam Omar.
Md Azam Omar.

Walaupun bermula di petak paling hadapan, Md Syarifuddin gagal mengambil peluang ini sebaik-baiknya untuk mencapai kemenangan. Dia hanya mampu berada di tempat ketiga diikuti oleh Md Fazi di tempat keempat.

Fadli kini selesa di tangga pertama dengan 91 mata diikuti oleh Md Faiz di tangga kedua (62 mata) diekori rapat oleh Md Akmal di tangga ketiga dengan 60 mata.

Para pemenang Honda Wave Alpha Challenge. Dari kiri Md Haziq, Syairul Yuslie dan Md Haikal.
Para pemenang Honda Wave Alpha Challenge. Dari kiri Md Haziq, Syairul Yuslie dan Md Haikal.

Honda Wave Alpha Challenge

Pecutan sempurna dari grid permulaan ternyata memberikan senyuman buat Syairul Yuslie yang menang buat kali keempat berturut-turut. Litar Pasir Mas yang mempunyai lapan selekoh ini ternyata digunakan sebaik-baiknya oleh Syairul untuk mendapatkan 25 mata berharga.

Sahzul Naim (4) akhirnya berjaya memintas Hanif Hazim (9) dalam perebutan tempat kelima dalam Honda Wave Alpha Challenge.

Para pelumba lain ternyata masih gagal untuk menyaingi kepantasan anak muda ini dengan kemenangan tempat kedua diraih oleh Md Haziq manakala tangga ketiga podium diduduki oleh Md Haikal Syafik yang menamatkan perlumbaan dengan catatan 7:54.685 saat. RR

Isu Pada

Julai 2016

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Dari Litar

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

Qabil Irfan menutup musim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Moto4 dengan podium berganda di pusingan akhir yang berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol.