Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 10 Jun 2016

MotoGP 2016 : Suzuki Kembali Ke Podium!

Kali terakhir pasukan Suzuki berdiri megah di tangga podium ialah pada tahun 2008 menerusi dua pelumba ternama mereka iaitu Chris Vermuelen dan Loris Capirossi. Podium pertama mereka dicapai pada pusingan ke-10 yang berlangsung di Litar Sachsenring selepas Chris berjaya memberi saingan dalam kelompok hadapan untuk merebut tempat ketiga.

Aksi ber‘wheelie’ Maverick Vinales selepas berjaya menaiki podium di tempat ketiga.
Aksi ber‘wheelie’ Maverick Vinales selepas berjaya menaiki podium di tempat ketiga.

Chris Vermuelen sekali lagi berjaya meraih tempat yang sama pada perlumbaan berikutnya di Litar Laguna Seca dan podium terakhir diraih oleh Loris Capirossi (tempat ketiga) di Litar Brno pada musim yang sama. Selepas lapan tahun 'menyepi', akhirnya laungan kegembiraan para pelumba, krew dan penyokong-penyokong Suzuki kembali bergema pada perlumbaan pusingan kelima yang berlangsung di Litar Le Mans pada 8 Mei lalu selepas pelumba muda, Maverick Vinales memberikan tunggangan cukup sempurna untuk menerima bendera penamat di tempat ketiga.

Perlumbaan akhir di Le Mans bermula dengan cukup sengit. Barisan hadapan yang diungguli oleh Lorenzo, Marquez dan Iannone diberi tekanan hebat oleh tiga lagi pelumba berpengalaman iaitu Dovizioso, Rossi dan Pol Espargaro. Kemantapan jentera Yamaha di litar ini terbukti apabila Lorenzo berjaya membuka jarak seawal lap kedua.

Dani Pedrosa meneruskan kontraknya bersama pasukan Honda sehingga tahun 2018.
Dani Pedrosa meneruskan kontraknya bersama pasukan Honda sehingga tahun 2018.

Dua pelumba Ducati, Iannone dan Dovizioso cuba menggunakan kelebihan kuasa mesin Desmosedici untuk merapatkan diri tetapi sayangnya Iannone terbabas di lap keenam menyebabkan dia terlepas kedudukan podium. Pertarungan dua musuh ketat, Rossi dan Marquez pula semakin sengit menyebabkan kedua-dua menghampiri Dovizioso yang ketika itu berada di posisi kedua manakala Lorenzo terus unggul jauh di hadapan.

Pada lap ke-15, Rossi membuat serangan dari dalam dengan cukup kemas untuk memintas Marquez dan tidak lama selepas itu Dovizioso pula menjadi mangsa. Ketiga-tiga pelumba ini tidak menyedari bahawa dua ayam tambatan Suzuki, Maverick Vinales dan Aleix Espargaro sudah semakin dekat.

Prestasi Andrea Iannone dengan jentera Ducati semakin mantap.
Prestasi Andrea Iannone dengan jentera Ducati semakin mantap.

Marquez dan Dovizioso mengerahkan seluruh tenaga untuk mengikut rentak Rossi tetapi nasib ternyata tidak menyebelahi mereka apabila kedua-duanya terbabas secara serentak pada lap ke-18. Marquez ternyata terkejut dengan kejadian tersebut tetapi perasaannya itu tidak dapat dibandingkan kekecewaan yang dialami oleh Andrea Dovizioso yang gagal menamatkan perlumbaan di empat daripada lima pusingan.

“Amat menyedihkan dengan apa yang berlaku kerana kami mempunyai strategi yang tepat pada hari ini. Saya tahu jentera ini mampu untuk menyerang Rossi tetapi tiba-tiba tayar hadapan hilang cengkaman dan saya dapati sudah tercampak ke luar litar. Karaktor tayar ini agak mengecewakan, tanpa sebarang amaran... ia tidak lagi mencengkam,” komen Dovizioso.

Lorenzo akhirnya berjaya membuka jarak sejauh 10 saat di hadapan Rossi dan kini berada di tangga tertinggi carta pungutan mata keseluruhan dengan 90 mata manakala Rossi berjaya menyempurnakan tugasnya di Perancis ini di tempat kedua. Dia kini berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 78 mata. Tangga kedua dimiliki oleh pelumba Repsol Honda, Marc Marquez.

Valentino Rossi memintas Andrea Dovizioso & Marc Marquez untuk mengejar Lorenzo.
Valentino Rossi memintas Andrea Dovizioso & Marc Marquez untuk mengejar Lorenzo.

“Saya amat gembira dengan kemenangan ini kerana segalanya hampir sempurna. Saya tahu Marquez mampu memberi saingan tetapi sayangnya dia terbabas dan seterus memberi peluang buat saya untuk mengungguli carta keseluruhan,” kata Lorenzo.

Andrea Dovizioso.
Andrea Dovizioso.


Vinales yang bermula di petak kelapan terus mengemaskan tunggangan untuk berada di hadapan. Rakan sepasukannya, Aleix Espargaro terpaksa memperlahankan kelajuan apabila tayar hadapannya juga mengalami masalah dan ini memberi peluang keemasan buat Vinales untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat ketiga dan ini juga merupakan podium pertama buat dirinya.

“Litar Le Mans memang amat bertuah buat diri saya kerana di sini juga saya memenangi tempat pertama kelas 125cc dan hari ini, podium pertama MotoGP pula. Saya juga merupakan pelumba pertama Suzuki yang mengembalikan podium buat pasukan ini dan sudah tentu ia amat menggembirakan. Saya agak risau pada perlumbaan kali ini dan amat berterima kasih buat krew dan para jurutera Suzuki yang berjaya mendapatkan jalan penyelesaian,” kata Maverick Vinales.

Jorge Lorenzo mendahului perlumbaan di Le Mans tanpa dicabar sehingga tamat.
Jorge Lorenzo mendahului perlumbaan di Le Mans tanpa dicabar sehingga tamat.

Vinales kini berada di tangga kelima keseluruhan dengan 49 mata, hanya empat mata di belakang Dani Pedrosa di tempat keempat. Kedua-dua pelumba ini juga sedang sibuk digossipkan sebagai pengganti Jorge Lorenzo dari pasukan Yamaha yang akan berhijrah ke khemah Ducati pada musim hadapan. Mengikut prestasi dan keupayaan Pedrosa dan Vinales... ternyata kedua-dua amat layak. Pedrosa pula baru-baru ini telah memperbaharui kontraknya dengan pasukan Repsol Honda untuk dua tahun lagi sehingga 2018. RR

Isu Pada

Jun 2016

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.