Minatnya terhadap motosikal sudah tersemat di dalam jiwa sejak dari kecil lagi. Selepas mendapat lesen, dia telah pun memiliki pelbagai jenis motosikal seperti Suzuki RG Sport, Yamaha 125Z, Suzuki Panther 150, Kawasaki KLX150 dan yang terkini ialah Yamaha Nmax 150. Itulah dia Bintang Bulan Ini, saudara Mohd Sahrizan bin Sadari yang juga lebih mesra dengan panggilan Shah.
Keluaran edisi September kali ini memaparkan sebuah jentera Bobber yang diubahsuai mengikut selera pemiliknya. Pemuda ini begitu meminati 'trend' para penunggang motosikal di negara Jepun sehingga mencetuskan idea untuk membuat pengubahsuaian pada jenteranya sendiri.