Berbicara tentang motosikal, setiap pecinta dua roda inginkan sebuah jentera yang cantik, garang dan mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Untuk mengubahsuai motosikal bukannya satu perkara yang mudah, ia amat memerlukan kos yang tinggi dan juga tenaga kerja yang berkemahiran.
Motosikal Jaguh merupakan jentera pertama yang dikustomnya. Oleh kerana mendapat komen positif di kalangan rakan-rakan, Bard mengambil keputusan untuk mengubahsuai motosikal yang lain. Model CMC XY400 ini pula memiliki kapasiti enjin besar dan ciri-ciri klasik serta hampir serupa dengan model Honda CB400 SS.
Bermula dengan motosikal klasik, minatnya berubah kepada dunia Street Cub apabila jatuh cinta dengan keunikan jentera tersebut yang akhirnya memberikan kepuasan dan keseronokan buat beberapa kali ketika dinobatkan sebagai juara. Itulah kisah Bintang Bulan Ini, Syahrulnizam bin Sharani atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Atan.