Isu Terkini

Oktober 2024

Bintang / 10 Julai 2019

HONDA RS150R Moped Adventure Touring

Memang sesuatu yang cukup mengujakan apabila sebuah motosikal moped dijadikan sebagai jentera adventure. Bukan mudah untuk menciptanya dan memerlukan kos yang tinggi. Jentera moped sememangnya lebih mudah untuk diselengara, menjimatkan bahan api, mudah ditunggang dan harga yang mampu milik.

Motosikal adventure memang popular di negara ini mahupun di luar. Kebanyakan model tersebut terdiri daripada jentera-jentera besar atau yang bersesaran 250cc ke atas. Lain pula buat bintang kita pada bulan ini iaitu Mokhairulnizam Bin Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mok telah mengubahsuai motosikal Honda RS150Rnya kepada jentera adventure.


Beliau berumur 38 tahun, bekerja sebagai pengurus projek dan telah pun berkeluarga mempunyai dua orang cahaya mata. Makanan kegemarannya ialah nasi goreng kampung. Selain bermotor, Mok juga gemarkan aktiviti sukan ping pong pada waktu lapang.

“Saya telah membeli motosikal Honda RS 150R ini pada tahun 2018. Ini merupakan motosikal kedua yang saya beli. Model ini dipilih kerana saya tertarik dengan rupa bentuk yang agresif, rekaan grafik menarik dan mudah untuk mendapatkan alat ganti. Sehingga ke hari ini saya telah memiliki dua buah motosikal iaitu Honda EX5 dan RS150R.”


“Pada tahun 2016 saya pernah terlibat dalam kemalangan semasa menunggang motosikal Honda EX5 bersama sebuah kereta. Mujur hanya luka-luka ringan sahaja, cuma keadaan motosikal telah mengalami kerosakan yang agak teruk sedikit. Dalam kejadian tersebut, saya berasa sedikit kecewa kerana orang yang melanggar saya telah menghilangkan diri selepas menghantar saya ke klinik untuk merawat luka tanpa meninggalkan nombor telefonnya.”

Pengubahsuaian

Mok mula belajar menunggang ketika berumur 13 tahun dengan menunggang motosikal milik ayahnya, sebuah Honda Cub C60. “Bila buat pertama kali menunggang sebuah motosikal mesti kita berasa sangat teruja dan ingin menunggangnya buat kali kedua. Memang seronok dapat bersiar-siar dengan motosikal. Kita dapat pergi ke mana sahaja ingin dituju,” katanya.

Menurut Mok, timbulnya idea untuk mengubahsuai motosikal seperti ini sejak menyertai kumpulan-kumpulan touring. “Biasalah, bila kita sertai group permotoran mesti ada yang menghasut untuk mengubah motosikal kita. Bila tengok jentera rakan-rakan, saya mula memberanikan diri untuk mengubah suai motosikal. Lebih-lebih lagi jiwa saya sukakan sebuah jentera adventure.”


Pertama sekali, Mok telah memasang sebuah Top-Box atas pada motosikalnya. Sudah pasti produk berjenama GIVI adalah pilihannya. Model E43L Advance ini dilengkapi dengan jaring pengikat barang di atasnya dan tempat sandar di belakang untuk penumpang. Selepas itu, beliau telah melengkapkan motosikal Hondanya dengan menambah boks sisi pada jentera miliknya. Boks model E22N-S_OR tersebut boleh diasingkan jika beliau tidak memerlukannya.

Model Centre Box G10N yang kemas dan comel, telah dipasang pada RS150Rnya untuk memudahkan beliau menyimpan barangan peribadi seperti dompet, telefon, baju hujan atau barangan kecil. Yang paling penting, ia boleh dikunci dengan selamat.

Demi melindungi body motosikal supaya tidak rosak atau pecah ketika jatuh, Mok telah menyempurnakan jenteranya dengan memasang besi penampan atau lebih dikenali sebagai crash bar. Disamping itu, jentera beliau kelihatan lebih gagah dan kuat.


Terdapat sedikit perubahan di bahagian saspensi hadapan. Beliau telah mengubahsuai fork hadapan supaya jenteranya menjadi lebih tinggi sedikit berbanding yang asal. Pengubahsuaian tersebut dilakukan supaya crash bar pada motosikalnya tidak akan berlaga dengan madgad hadapan ketika membrek atau pun melalui di jalan-jalan berliku atau offroad.
 
Tayar-tayar yang bersaiz 100/80-17 (hadapan) dan 120/80-17 (belakang) jenis dual-purpose telah dimuatkan pada jentera miliknya. Ia cukup sesuai untuk motosikalnya dalam semua jenis perjalanan.Tidak kira bertar mahupun off-road. Rimnya yang berwarna oren telah dicat yang baru kepada warna hitam.


Di bahagian tempat pemijak masih lagi digunakan yang asal. Menurut Mok, beliau telah pun membeli tempat pemijak yang baharu seperti yang ada di model-model BMW GS tetapi masih lagi dalam perancangan untuk memasangnya. Seperti model-model touring di Malaysia, Mok tidak ketinggalan untuk menyempurnakan jenteranya dengan pelindung tangan (hand guard).

Untuk lebih menarik, beberapa aksesori lain turut ditambah seperti cermin pengadang angin, lampu, hon tambahan, bekas untuk menyimpan bahan api, sarung pendikit, tuas brek, pengecas USB dan voltage. Enjin pada jenteranya masih lagi dikekalkan yang lama.

Selepas berbelanja sekitar RM3,000, jentera RS150Rnya  ini memang sudah jauh berbeza kalau dibandingkan dengan yang asal. Hasilnya memang sangat memuaskan, rakan-rakannya juga turut memuji rupa baharu motosikal miliknya. “Sememangnya motosikal ini tidak akan dijual walaupun ada orang yang menawarkan dengan harga yang tinggi kerana saya sangat sayangkan jentera ini. Jika diberi peluang, saya juga mempunyai impian untuk memiliki model Honda Africa Twin ataupun BMW GS. Itulah motosikal idaman saya,” kata Mok. RR

Isu Pada

Julai 2019

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Model Baru

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025.

Warta Roda

Lagi Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Rempuh Dua Motosikal

Lagi nahas tentang kereta langgar lampu isyarat Merah dan merepun dua motosikal.