Isu Terkini

Julai 2024

Bintang / 10 November 2017

Yamaha Nmax Movistar

Minatnya terhadap motosikal sudah tersemat di dalam jiwa sejak dari kecil lagi. Selepas mendapat lesen, dia telah pun memiliki pelbagai jenis motosikal seperti Suzuki RG Sport, Yamaha 125Z, Suzuki Panther 150, Kawasaki KLX150 dan yang terkini ialah Yamaha Nmax 150. Itulah dia Bintang Bulan Ini, saudara Mohd Sahrizan bin Sadari yang juga lebih mesra dengan panggilan Shah.


Berumur 33 tahun, berasal dari Semanggol, Perak dan kini bertugas sebagai seorang anggota tentera. Baginya, dunia motosikal bukan sekadar untuk mengembara ke pelbagai destinasi sahaja tetapi ia adalah medium terbaik untuk menambah kenalan dan pengalaman untuk menjadikan seseorang itu lebih dewasa. Dengan bermotosikal juga Shah dapat beriadah, menajamkan daya refleks, meningkatkan stamina dan mendisiplinkan diri sewaktu berada di jalan raya.


Walaupun terikat dengan tugasan harian, Shah tidak melepaskan peluang untuk bermotosikal dan berkonvoi tidak kira solo atau bersama rakan-rakannya. Shah telah pun sampai ke seluruh semenanjung Malaysia dan kini menyimpan impian untuk terbang ke luar negara dan menunggang di sana.

Shah berpendapat, apa yang penting selaku pengguna motosikal ialah menunggang dengan berhemah dan menjaga adab agar tidak memburukkan nama penunggang motosikal yang lain. Tidak semua yang membawa jentera beroda dua wajar digelar 'Mat Rempit' kerana ramai di antaranya adalah mereka yang berulang alik ke tempat kerja, pusat pengajian atau mereka yang sememangnya mencari rezeki dengan menunggang motosikal. Tidak dinafikan, disiplin yang tinggi sebagai seorang tentera turut mempengaruhi gaya tunggangannya. Shah sentiasa mengamalkan tunggangan yang selamat tetapi sayangnya dia pernah juga terlibat dalam kemalangan.


“Ketika itu saya dalam perjalanan pulang selepas menonton wayang.

Saya kehilangan tumpuan menyebabkan berlakunya perlanggaran dengan sebuah kereta. Saya tercampak manakala motosikal pula hampir musnah sepenuhnya. Saya tak ingat apa-apa sehinggalah tiba di hospital. Rupa-rupanya, pemilik kereta tersebut yang menelefon ambulan untuk mendapatkan bantuan. Selepas sedar, barulah saya dapat ke balai polis untuk membuat report. Motor saya terpaksa dihantar untuk dibaikpulih dan sememangnya banyak perlu diganti. Mujurlah segalanya dapat disiapkan dengan agak cepat.”


Shah memilih Yamaha Nmax kerana ia berkuasa, selesa dan boleh mengisi banyak barang. Skuter ini dibeli pada tahun lalu dan Shah agak kerap pulang ke kampung dengannya. “Dalam sebulan, saya akan pulang ke Perak kira-kira dua kali sebulan dan amat berpuas hati dengan ketahanan enjinnya. Apabila sudah mempunyai lebih ramai kenalan, perjalanan saya juga bertambah. Makin banyak tempat yang saya lawati khususnya bersama rakan kelab untuk pelbagai tujuan.”


Pengubahsuaian:

“Ramai kenalan saya yang sudah membuat pengubahsuaian malah ada yang mencecah sehingga RM24,000 dan ini menarik minat saya untuk mencuba. Banyak aksesori dan design menarik dari Indonesia dan saya juga ada membeli beberapa aksesori dari sana cuma risikonya tetap ada seperti braket tak sama, lubang skru tak sepadan dan lain-lain. Untuk menukarnya pula memerlukan wang tambahan kerana pihak penjual di sana tidak mahu menanggung kos tersebut.”

Proses pertama yang dilakukan ialah dengan mengubah warna dan rekacorak asal kepada corak Yamaha Movistar. Terdapat dua cara untuk penukaran cover set iaitu dengan membeli yang sudah siap dicat (harga di dalam lingkungan RM1,000 – RM1,200) atau membeli cover set kosong (RM300) dan menghantar untuk dicat (harga di antara RM300-RM400).


Selepas siap proses menyecat, Shah membeli pula set kotak sisi yang menjadikan Nmaxnya lebih tegap dan mantap. Kotak sisi itu turut dihantar ke tempat cat agar memiliki rekacorak yang sama. Ia dipasang untuk tujuan keselamatan terutamanya ketika menunggang jauh, membawa banyak bebanan atau di jalanan berselekoh, Shah juga telah menukar tayar asal kepada tayar yang lebih lebar. Pelana asal tidak lagi digunakan dan diganti dengan pelana baru yang lengkap dengan tempat sandar kecil (untuk pembonceng).


Set lampu belakang Nmax ini memang cantik sekali. Ia jenis LED yang cukup kemas dan cantik, sekali imbas 'dah' macam lampu Toyota Alphard pun ada! Shah turut menukar sistem ekzos kepada yang lebih mantap dan berprestasi tinggi. Shah memilih untuk menggunakan cermin sisi Yamaha R25 kepada skuternya kerana ia cantik dan lebih mudah dilihat. Antara aksesori lain yang telah ditukar ialah alat penyangkut, penutup petrol, cermin pengadang udara dan penyerap hentak belakang.


“Rakan-rakan saya yang sama-sama menunggang Yamaha Nmax ini kebanyakannya telah mempunyai karier dan ramai juga yang telah berkahwin. Oleh itu, saya lebih seronok apabila dapat berkonvoi dengan mereka kerana perjalanan lebih selamat, dapat menimba ilmu dan berkongsi pengalaman.”

“Impian saya kini ada dua iaitu untuk mengembara keluar dari Malaysia dan memiliki sebuah Yamaha TMax 530 terbaru!” komen Shah menutup bicara. RR

Isu Pada

November 2017

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.