Isu Terkini

Julai 2024

Bintang / 22 Ogos 2020

Harley-Davidson Softail Deluxe Elvis

Sebut sahaja Harley-Davidson sudah terbayang sebuah jentera cruiser yang mampu menarik perhatian ramai dengan deruman enjinnya tersendiri. Boleh dikatakan hampir semua orang amat mengenali jenama motosikal dari Amerika ini. Kali ini kita akan bertemu dengan Bintang Bulan Ini, En. Sarawanan Ratnam memiliki sebuah model Harley-Davidson Softail Deluxe yang cukup menarik sekali.

Dikenali sebagai Sara berumur 37 tahun dan berasal dari Melaka, kelihatan segak bergaya apabila menunggang jentera H-Dnya. Beliau bekerja sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan Antarabangsa dan sudah berumah tangga dengan tiga orang cahaya mata. Menurutnya, motosikal merupakan satu seni yang bukan sahaja menawarkan bunyi mantap tetapi untuk berseronok dan bersantai. “Pada masa lapang saya akan memberi training buat golongan muda dari segi motivasi supaya mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak elok,” jelas Sara.

Mengembara merupakan sebahagian daripada hobinya. Jika ada masa terluang, Sara akan berkonvoi bersama rakan-rakannya. “Danok antara pengembaraan saya yang paling jauh dan mencabar. Perjalanan untuk ke sana sahaja dengan motosikal memakan masa berhari-hari. Walaupun jaraknya jauh, ia bukan penghalang buat saya untuk menambah pengalaman berkonvoi sebagai pecinta dua roda. Ride bersama rakan-rakan amat menyeronokkan.”

Antara kenangan pahit yang pernah dialami ialah kehilangan seorang sahabat karib. Rakannya telah mengalami kemalangan pada tahun 2016 ketika berkonvoi di Thailand. “Kehilangan seorang rakan sangat menyedihkan. Saya dah anggap beliau seperti keluarga. Kejadian yang menimpanya masih saya ingat sehingga hari ini.”

Sara mula belajar menunggang sejak berumur 16 tahun dengan menunggang motosikal miliknya, sebuah Honda EX5 yang dibeli oleh ayah beliau. “Memang sangat teruja apabila menerima sebuah motosikal. Pada awalnya keluarga tidak benarkan saya menunggang atas faktor keselamatan terutama pada usia muda. Tetapi situasi pada masa itu amat berbeza, kerana saya memerlukan sebuah kenderaan untuk kemudahan saya ke mana sahaja. Mula-mula menunggang, saya amat berasa takut. Lama kelamaan tunggangan saya semakin mahir. Selepas dua minggu memiliki jentera tersebut saya terlibat dalam kemalangan kecil ketika mengambil selekoh. Waktu itu hujan dan permukaan jalan pun basah, mujur tiada kecederaan serius.”

Sehingga sekarang, Sara sudah memiliki tiga buah motosikal iaitu Honda EX5, Kawasaki Versys 1000 dan Harley-Davidson Softail Deluxe.

Menurut Sara, H-D Softail deluxe miliknya dibeli pada tahun 2014 selepas model ini dibawa masuk sebagai CBU Recond di Malaysia. Beliau memilih jentera H-D Softail Deluxe kerana jentera ini menawarkan rekabentuk yang cukup menawan dan klasik. Bentuknya juga seperti barangan antik tambahan lagi Sara seorang yang suka mengumpul barang-barang lama. “Orang kata barang antik nilainya sangat berharga pada masa akan datang,” kata Sara sambil ketawa.

Jika dilihat, model-model Harley-Davidson memiliki bunyi deruman dari sistem ekzos yang cukup kuat. Selepas membeli motosikal H-D Softail Deluxe dengan harga sebanyak RM95,000, Sara dapati bunyi yang keluar dari ekzos tidak kena dengan citarasanya. Beliau mengambil keputusan untuk membuat pengubahsuaian pertama dari segi ekzos. Proses ini beliau telah meminta bantuan dari bengkel. Untuk menukar sistem ekzos pada jenteranya bukan mudah seperti pada motor-motor biasa. Memerlukan tenaga pakar yang mahir bermain dengan sistem ekzos. “Proses ini memerlukan kos yang cukup tinggi. Selain ekzos, terdapat beberapa alat lain yang perlu ditukar antaranya Air Cleaner dan Fuelpak. Harga ketiga-tiga barang ini memerlukan kos perbelanjaan sekitar RM11k.”

Jentera asalnya memiliki ketinggian bar hendal lebih rendah iaitu 6 inci. Oleh itu, beliau telah menukarnya dengan bar hendal yang lagi tinggi (13 inci) untuk menawarkan gaya tunggangan lebih ‘gempak’, bergaya dan berbeza. Untuk memasangnya sangat mudah dan tidak memerlukan perubahan atau kustom dari segi tapaknya.

Warna pada H-Dnya merupakan warna asal sejak dibeli beliau. Menurut Sara, corak berwarna merah jambu pada jenteranya telah direka oleh designer di USA sebelum motosikal tersebut dibawa masuk ke Malaysia. Untuk nampak lebih menarik, beberapa aksesori turut ditambah antaranya pelana, tempat pemijak dan sarung pendikit.

Walaupun hanya beberapa bahagian sahaja yang ditukar, Sara telah berbelanja hampir RM30k melalui pelbagai proses secara berselang. Rupa H-Dnya nampak lebih menarik tidak kira lihat dari jauh atau dekat. Pelbagai maklum balas positif yang beliau terima daripada rakan-rakan.

Selain H-D, jenteranya juga digelar sebagai Elvis. Nama tersebut telah diberi oleh isterinya sendiri. “Oleh kerana isteri saya menyukai lagu-lagu Elvis, dia seringkali menggelar motosikal saya dengan nama tersebut. Sehingga hari ini nama Elvis terus melekat dalam ingatan saya.”

Jika ada seseorang menawarkan harga yang tinggi untuk jenteranya, beliau tetap tidak akan menjualnya. Sara amat menyayangi jentera tersebut. Amat susah untuk dilepaskan kepada orang lain, katanya. Jika diberi peluang, beliau akan mengubahsuainya lagi apabila mendapat idea baru dan sesuai dengan kehendaknya. Selain itu, motosikal idamannya ialah H-D Road Glide. RR

Isu Pada

Jun 2020

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Mforce Bike Holding selaku pengedar rasmi jenama Moto Morini di Malaysia dengan bangganya melancarkan model ketiga hari ini iaitu Calibro 700.

Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.