Isu Terkini

Julai 2024

Bintang / 16 Oktober 2018

Ciptaan 3 Beradik Honda C70 StreetCub

Mengubah suai motosikal dengan hasil tangan sendiri memberikan kepuasan yang tersendiri kepada setiap pemiliknya. Memang lain rasanya berbanding dengan yang dibuat di kedai. Segala penat lelah dapat dirasakan sangat berbaloi kerana ciptaan yang menarik membuat setiap mata memandang pada motosikal kita.

Amirul Hakimi atau lebih senang dengan panggilan ‘Ano’ bekerja di bahagian khidmat pelanggan sebuah syarikat perkapalan dan merupakan anak kelahiran Klang, Selangor yang sudah berumah tangga dengan mempunyai tiga orang cahaya mata.

“Sepanjang pengalaman menunggang motosikal, saya belum pernah terlibat dengan mana-mana insiden yang tidak diingini dan seboleh-bolehnya saya dijauhi dengan perkara yang tidak diingini. Semua orang tidak suka jika jatuh motor kerana kesakitan yang dialami," kata Ano.

Motosikal pertama yang Ano tunggang adalah milik ayahnya iaitu model Suzuki dan Yamaha Y80 yang hanya dibawa sekitar kawasan rumah seawal usia 13 tahun. Sejak dari itu Ano suka meronda-ronda dengan motosikal dan mempelajari selok belok kenderaan dua roda ini. Dia amat menyukainya kerana mudah diselengara dan menjimatkan petrol. Motor pertama yang Ano miliki adalah sebuah Yamaha Sport pada tahun 1997 sehinggalah berjaya memiliki beberapa motor lain antaranya Yamaha LC, EX5, RXZ, Passola, model skuter dan V125.

Menurut Ano yang berumur 40tahun, menunggang motor dapat menyenangkan jiwa, minda dan ubat untuk segala masalah. Dengan motosikal juga lebih mudah untuk pergi ke destinasi yang ingin dilawati. Lagi jauh, lagi bagus sebab dapat melihat pelbagai ragam manusia semasa dalam perjalanan ke sana. Selain itu, apabila memiliki sebuah motosikal, penunggang juga dapat timba pengalaman bersama rakan-rakan dan berkenalan dengan kumpulan konvoi yang lain.

“Chikannoz” adalah sebuah pasukan yang ditubuhkan sendiri oleh beliau sejak tahun 1996. Katanya, “Saya sangat minat dalam motorsport, maka ditubuhkan pasukan ini untuk mengumpulkan para peminat dunia permotoran dan juga kereta. Pada awal tahun 2000, nama pasukan ini antara yang cukup terkenal di daerah Klang. Ahlinya terdiri daripada kalangan rakan-rakan dan juga keluarga."

Pengubahsuaian: Idea pengubahsuaian ini muncul apabila Ano mengikuti konvoi ke acara autoshow di Johor yang mana dia telah melihat pelbagai motosikal yang telah diubahsuai dari bentuk asal kepada yang baru. Beliau telah memilih jentera Honda C70 untuk diubahsuai kepada rupa yang berlainan. “Daripada ia nampak usang, lebih baik saya ubah mesin Honda ini," kata Ano sambil tersengih-sengih.

Disamping itu, dia turut dibantu oleh adik-adiknya Mohd Azuan, 34 dan Asmara Kirana, 36. Mereka bertiga telah diberikan tugas masing-masing untuk membangunkan jentera ini. Ada yang pakar mengecat, mencipta dan juga memberi idea.

Proses pertama yang diubahsuai adalah bahagian swing arm. Menurut Ano, inilah yang amat sukar kerana untuk membuatnya perlu memakan masa yang agak lama. Dia perlu mencari beberapa kepingan besi terlebih dahulu sebelum membuat lengan ayun baharu, single arm. Ano dan adik-adiknya telah menyambung beberapa besi untuk dijadikan bentuk melengkung. Perlu diukur dengan tepat agar kedudukan tayar belakang dan motor dalam keadaan selari. Suspensi hadapan jentera ini turut diubah, ianya dipotong teliti dan disambungkan dengan plat besi untuk melebarkan ruang tayar gergasi yang akan dipadankan pada motosikal tersebut.

Ano telah memilih rim kereta sebagai sportrim untuk Honda C70. Proses ini perlu penelitian yang tinggi menjadikan ianya stabil dan kukuh apabila digunakan. Rim kereta bersaiz 17 inci disambung dengan menggunakan skru dan nat pada gegelang rim.

Untuk mendapatkan bunyi ekzos yang lebih garang, Ano telah membuat ekzos yang asal kepada ekzos kustom yang lebih kecil dan garang. “Apabila sudah siap dipasang ekzos baru ini, saya terus menghidupkan motosikal dan bunyi yang dihasilkan mengikut kehendak yang saya ingini."

“Bahagian enjin telah diubahsuai sedikit. Saya hanya membuat tambahan klac manual dan penukaran karburetor lebih besar untuk mendapatkan kuasa tork yang lebih," kata Ano. Meter asal pada motosikalnya telah diubah kepada meter kereta termasuk dengan lampu hadapan. Untuk nampak menarik, beberapa aksesori turut ditambah antaranya, cermin sisi, tempat pemijak dan tuas brek.

Setelah semuanya telah siap dikustom, tiba masanya untuk mewarnakan jentera ini. Ano telah memilih warna pink untuk nampak kelainan dari orang lain. Badan motosikal telah dilekatkan dengan stiker bintang yang dicipta sendiri supaya jentera tersebut tidak nampak terlalu kosong.

Motosikal Honda ini telah mengambil masa empat hingga lima bulan untuk disiapkan dengan kos keseluruhan pengubahsuaian yang telah menelan belanja sekitar RM11,000 termasuk harga motor. Ano sangat berpuas hati dengan rekaan terkini. Dengan motosikal ini, pelbagai pertandingan autoshow telah dimenangi oleh beliau. RR

Isu Pada

Oktober 2018

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.

Warta Roda

Kemalangan Maut Motosikal Akibat Langgar Kerbau

Perjalanan seorang pengawal keselamatan ke tempat kerja bertukar tragedi apabila motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau.