Isu Terkini

Oktober 2024

Bintang / 2 Januari 2024

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Bagi mereka yang meminati dunia perlumbaan motosikal, pastinya ada rekacorak yang menjadi kegemaran. Rekacorak itu tidak semestinya pada motosikal tetapi juga menerusi pakaian tunggangan seperti topi keledar, sut perlumbaan dan lain-lain.

Mendiang Nicky Hayden merupakan antara pelumba yang mempunyai citarasa unik pada rekacorak topi keledarnya. Hampir semuanya cantik dan menarik. Inilah yang memberikan inspirasi buat Bintang Bulan Ini, Mohd Ezal bin Mohd Faizal atau lebih mesra dengan panggilan Ijal dari Miri, Sarawak.

Ijal berumur 37 tahun, sudah berumah tangga dengan tiga orang cahaya mata. Sememangnya jiwa Ijal dekat dengan motosikal. Selain 'ride' dan kembara dua roda, dia juga minat untuk mengubahsuai. Makanan kegemarannya Lelapan Ayam, durian dan makanan laut.

“Dengan motosikal, kita dapat menikmati pelbagai jenis perjalanan dengan pemandangan yang indah. Setiap kali pergi 'ride' atau berkonvoi, saya akan mendapat kenalan baru dan yang pastinya, ia menambah pengalaman.”

Sehingga kini, Ijal sudah pernah memiliki pelbagai model dan jenama motosikal. Antaranya ialah Yamaha RXZ, Suzuki FX, Modenas, Yamaha 135LC, Kawasaki ZXR 750, Yamaha Y15ZR, Kawasaki ER6N, Yamaha NMax, Yamaha XMax dan Kawasaki Versys 1000 (2012).

“Yamaha XMax 250 dibeli pada tahun 2020. Saya memang minat dengan jenama ini kerana ia tahan lasak dan penyelenggaraan juga tidak membebankan. Alat ganti dan aksesori banyak dan mudah untuk dicari. Kat laman sosial atau shopee pun senang dapat.”

Dengan skuternya itu, Ijal telah mengembara ke sekeliling negeri Sabah termasuk ke Pontianak, Indonesia. Negeri Sabah menawarkan 1001 pengalaman yang eksotik, cantik dan mendamaikan. Selain menunggang solo, Ijal juga sering bermotosikal bersama isteri tercintanya.

Terdapat banyak destinasi menarik yang sememangnya menjadi impian peminat dua roda untuk hadir ke sana. Antaranya ialah Kundasang, Maliau Basin, Tip of Borneo, Magnetic Hill, Tenom, Pulau Manukan, Bukit Kokol, Pasar Pillipine, Pekan Koboi, Taman Orang Utan Sepilok, Jambatan Kaca, Pulau Mabul dan banyak lagi.

“Setiap tempat mempunyai makanan atau juadah popular tersendiri yang wajib dicuba jika berkunjung ke sini. Di Pontianak pula, saya dapat melihat betapa banyaknya motosikal sehingga jem. Bukan jem kereta tapi motosikal.”

Sebagai peminat dan pengembara motosikal, Ijal juga pernah diuji dengan pengalaman pahit. Antaranya ialah ketika berkonvoi ke Singkawang Bike Week (2022) yang memakan masa selama 8 hari (pergi dan balik). Dalam perjalanan balik, nasib tidak baik kerana terpaksa membrek dengan keras akibat binatang melintas secara tiba-tiba. Ijal terbabas dan mengakibatkan pergelangan kaki sebelah kanan patah.

“Insiden itu 'merehatkan' saya daripada sebarang aktiviti motosikal selama 2 bulan. Walaupun kaki masih bersimen, minat punya pasal, saya tetap pergi mengunjungi Sibu Bike Week tetapi kali ini terpaksa menaiki kereta kerana saya masih bertongkat.”

Pengubahsuaian Yamaha XMax ini bermodalkan sekitar RM10,000. Ia melibatkan proses semburan 'air brush' yang sangat teliti dan terperinci yang dilakukan oleh seorang kenalan Ijal bernama Dillah. Ijal juga melengkapkan skuternya dengan aksesori-aksesori menarik seperti bar hendal berwarna keemasan, sistem saspensi lebih baik, sistem audio kalis air, tempat pemijak dan lain-lain.

Selepas semuanya siap sempurna, XMax milik Ijal bertambah cantik, nampak 'rare' dan lebih tahan lasak. Memang ada yang berminat tetapi buat masa ini, Ijal tiada hajat untuk menjualnya lagi.

“Memang puas hati dengan corak sekarang ini. Jika ada rezeki, saya ingin memiliki beberapa model lain seperti Honda ADV750, BMW R 1250 GS dan Kawasaki Z1000SX.”

Info: Nicky Hayden merupakan seorang lagenda MotoGP dan WorldSBK yang mendapat gelaran 'The Kentucky Kid'. Detik bersejarah dalam hidupnya ialah ketika memenangi Kejuaraan MotoGP Sedunia pada tahun 2008. Beliau meninggal dunia pada tahun 2017 akibat kemalangan jalan raya dan pihak Dorna juga tidak lagi menggunakan nombor '69' ini sebagai tanda penghormatan buat jaguh itu. RR

Isu Pada

Januari 2024

Popular

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

  • Warta Roda

    Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

  • Model Baru

    JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Artikel berkaitan

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Motor Y15ZR Tayar Besar Ala SBK

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.

Dari Litar

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Pirelli menjadi pembekal tayar eksklusif untuk Kejohanan Dunia MotoGP bagi tempoh lima tahun bermula musim 2027.

Dari Litar

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Pelumba negara, Qabil Irfan kini telah mendapat persetujuan sebagai atlet Alpinestars.