Isu Terkini

Julai 2024

Bintang / 10 Disember 2019

Yamaha NVX 155 Edisi Castrol

Mengubahsuai motosikal ini bukannya sesuatu benda yang mudah. Selain memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi, kreativiti setiap orang perlu ada untuk perubahan dan pengubahsuaian jentera masingmasing. Bintang Bulan Ini, dikenali sebagai C. Rozz yang tinggal di Bangsar, Kuala Lumpur. Berumur 39 tahun, sudah berumah tangga dengan kurniaan dua orang cahaya mata. Beliau merupakan seorang pereka grafik yang bekerja sendiri dan gemarkan makanan pedas.

C. Rozz  pernah memiliki beberapa buah motosikal seperti Honda EX5, Yamaha RXZ, Suzuki Panther, Yamaha 125Z, Kawasaki Ninja 150RR, jentera motocross dan Yamaha X1R. Kesemua motosikal tersebut telah pun beliau jual dan yang tinggal sekarang hanyalah KTM Duke dan Yamaha NVX.

“Tidak banyak pengalaman konvoi yang saya pernah lalui. Saya lebih suka berkonvoi ke acara-acara permotoran seperti Cub Prix, MotoGP dan kelab Race. Tetapi konvoi paling jauh yang saya pernah lakukan adalah ke Betong, Thailand selama tiga hari. Memang seronok dapat ride bersama rakan-rakan. Kita dapat bercerita tentang jentera masing-masing, berkenalan dengan rakan baru dan merapatkan hubungan silaturrahim.”

Motosikal pertama yang beliau naiki ialah Honda Cub C70 milik ayahnya. Beliau menunggang motosikal itu ketika berumur 10 tahun. “Ya, dengar macam pelik kerana sudah pandai menunggang sejak pada umur tersebut. Memang sangat menyeronokkan apabila dapat menunggang motosikal. Kita dapat pergi ke mana sahaja sambil menghirup udara yang segar.”

“Saya memilih Yamaha NVX kerana ia menawarkan rekabentuk sangat agresif dan cantik. Saya cukup tertarik dengan rekaannya di bahagian hadapan yang cukup garang. Selain itu, jentera ini sangat mudah ditunggang. Tidak perlu menekan gear, pulas sahaja untuk ke destinasi yang dituju. Menunggang jauh juga tidak memenatkan. Dengan jentera ini juga, saya dapat menyimpan pelbagai jenis barangan di dalam ruang simpan barang bawah pelana,” kata C. Rozz.

Bahagian pertama yang diubahsuai adalah pada bahagian saspensi hadapan dan belakang. Beliau telah menggunakan saspensi belakang jenis Kozi manakala di bahagian hadapan pula dia telah menukar spring fork yang lebih keras. “Selepas sahaja menukarnya, saya dapati hasilnya sangat memuaskan. Tidak kira melalui di jalan-jalan berliku, proses hentakan dapat bekerja dengan sempurna. Manakala jentera ini juga dapat melalui jalanjalan berselekoh dengan selamat tanpa membuai. Selain itu, jentera saya juga nampak lebih menyerlah sebaik menukar saspensi yang baru.”

Warna asal jenteranya adalah hitam. Beliau telah mengubah rekacorak motosikal kepada yang baru supaya jenteranya nampak lebih menarik. C. Rozz telah mengadaptasikan grafik pada jenteranya kepada corak edisi Castrol. Ia memerlukan pelbagai proses untuk dilakukan. Beliau telah mereka corak grafik edisi Castrol di komputernya. Disebabkan dia seorang pereka grafik, proses untuk membuat design sangat mudah termasuk ukuran sticker yang tepat dan tidak memakan tempoh masa yang lama untuk disiapkan. Setelah siap, design tersebut dicetak pada permukaan sticker yang berkualiti tinggi supaya tidak mudah terkoyak dan rosak.

Seterusnya adalah proses wrapping, di mana stiker perlu ditampal pada keseluruhan badan jenteranya. Setiap stiker perlu dipasang dengan teliti supaya hasilnya nampak lebih kemas setelah siap. Terdapat beberapa bahagian yang sangat sukar untuk ditampal terutama pada bahagian yang kecil dan berlekuk. Ia perlu dibuat dengan lebih teliti agar tidak berkedut. Jika seseorang itu sudah biasa dan mempunyai kemahiran pasti tidak mengambil masa yang sangat lama. Terdapat beberapa tempat perlu menggunakan gam khas (buatan sendiri) supaya sticker tersebut dapat dilekatkan dengan sempurna.

“Timbulnya idea untuk menggunakan design Castrol, kebetulan ketika itu saya menyertai satu konvoi bersama Castrol Malaysia ke Genting Highlands baru-baru ini. Jadi, saya tidak melepaskan peluang untuk menciptanya sendiri. Disamping itu, saya ingin mempromosikan jenama minyak pelincir Castrol kepada umum.”

C. Rozz masih mengekalkan sistem enjin pada jenteranya spesifikasi standard. Hanya di bahagian Roller sahaja yang diubah suai supaya enjinnya dapat digerakkan dengan lebih ringan. Terdapat beberapa aksesori yang ditambah pada motosikalnya agar ia nampak lebih menarik lagi antaranya pelindung lampu hadapan, visor cap, penutup filter transparent, cermin sisi, brek hadapan jenis Nissin dan sarung pendikit.

Untuk menghasilkan bunyi yang lebih garang pada jentera miliknya, sistem ekzos yang asal telah ditukar kepada ekzos Akrapovic berharga RM1,300. Bunyi yang terhasil sangat mantap sebaik sahaja pendikit dipulas.

C. Rozz telah berbelanja sebanyak RM2,500 untuk keseluruhan jenteranya. Selepas sahaja siap pelbagai komen daripada rakan-rakan dan orang sekelilingnya. Ada yang positif dan juga negatif. “Orang kata ambil yang jernih, buang yang keruh. Setiap pandangan orang sangat berbeza. Ada yang minat itu dan ada yang minat ini. Saya terima sahaja apa yang orang katakan. Apa pun saya sangat berpuas hati dengan rekaan terkini. Jika diberi peluang mungkin akan ada perubahan yang baru pada motosikal saya”

Buat masa sekarang, C. Rozz tidak mempunyai hasrat untuk menjual NVXnya. Beliau amat menyayangi jenteranya. Antara motosikal idaman beliau adalah Yamaha R1 kerana model ini menawarkan rekabentuk menawan tidak kira dilihat dari pelbagai sudut. RR

Isu Pada

Disember 2019

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.

Model Baru

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.