Isu Terkini

Julai 2024

Bintang / 9 November 2021

Honda C70 Super Karat Dari Changlun

Punca minat saya pada motosikal lama seperti Honda C70 adalah disebabkan keistimewaan yang cukup unik, antaranya ia mengenangkan kembali zaman kanak-kanak. ‘Sentimental Value’ tu tinggi,” kata Bintang Bulan Ini, saudara Hairul bin Akmal atau lebih popular dengan panggilan ‘Yon.’

Yon berumur 34 tahun, masih bujang dan selain motosikal, dia adalah seorang kaki joran. Minatnya pada motosikal sememangnya tersemai sejak di usia remaja lagi tetapi kali pertama dia menunggang motosikal ialah ketika berumur 17 tahun, selepas mendapat lesen menunggang.

“Motosikal pertama yang ditunggang ialah Honda C70 milik ayah. Saya minat pada motosikal kerana ia memang alat pengangkutan yang mudah. Kita nak ke mana pun cepat, dapat menyelit, santai dan jimat hampir dalam segala segi baik dari penggunaan bahan api hinggalah ke kos penyelenggaraan. Bila berkonvoi pula, kita dapat berjumpa dengan kenalan-kenalan ‘otai’ yang dapat memberikan tunjuk ajar tentang ilmu permotoran.”

Motosikal pertama milik Yon ialah Honda Wave 125 dan kini sudah punyai tiga buah motosikal termasuklah Yamaha SRX 105 dan Honda C70 Super Karat. Bercerita tentang ‘Super Karat’, Yon antara pemilik yang memiliki jentera unik ini dan sentiasa mendapat perhatian setiap kali jentera ini ditunggang ke tempat awam atau ketika menyertai acara ‘bike week’ suatu ketika dulu.

“Motor ‘Super Karat’ ini memang unik kerana ia memerlukan masa bertahun-tahun untuk jadikan setiap bahagian itu berkarat. Prosesnya tidak seperti mengecat yang dapat dibuat dengan agak mudah, ada modal dan tidak begitu lama. Corak karat juga berbeza, bergantung pada keadaan cuaca dan alam persekitaran. Dalam bahasa yang digunapakai oleh peminat motosikal lama, ‘Super Karat’ adalah konsep yang mengekalkan keaslian motor sedia ada dalam keadaan lusuh dan pastinya berkarat.”

Bahagian yang karat itu juga dipastikan masih selamat digunakan dan jika ada bahagian-bahagian yang penting telah reput atau rosak, Yon akan membaikinya semula tapi kalau setakat karat teruk di bahagian ‘cover body’ sahaja, ia tidak menjadi masalah. Memang ‘rare!’

Kebanyakan alat ganti dan aksesori Yon dapatkan di kedai-kedai motosikal lama dan juga daripada bantuan kawan-kawan dalam laman facebook. Aksesori ini juga tidaklah begitu mahal kerana ia dijual oleh rakan-rakan yang berkongsikan minat yang sama.

“Mencari barang-barang tulen dari Jepun memang cukup sukar seperti lampu isyarat, cermin sisi, lampu depan, lampu belakang, kusyen, rim, kepak, komponen enjin atau madgad. Aksesori seperti ‘carrier’, bakul kunci tengah, bakul labu atau bakul pistol (ada rekaan berbentuk pistol) dan tapak cukai jalan buatan tempatan dari model tahun 1970an juga agak susah untuk didapatkan.”

“Kalau nasib baik, akan ada pemilik motosikal lama yang ingin menjual beberapa aksesori asal apabila dia ingin membuat pengubahsuaian moden. Yang penting Super Karat, ada lusuh standard dan ada lusuh modified.”

Setiap kali berkonvoi atau menyertai acara-acara kumpulan motosikal, Yon akan mengambil peluang untuk tumpang gembira dengan ‘otai-otai’ yang lebih memahami dan kenal pada jentera C70. Bila berkongsi minat sama, acara yang dianjurkan lebih meriah. Yon juga pernah menang di acara Port Bike Jitra 2019 dalam kategori ‘Karat’.

“Ke mana saja saya pergi, C70 berkarat ni mesti jadi tumpuan sebab ramai yang tak pernah tengok design macam ni. Motor ‘lama’ saya ni pernah ditunggang hingga ke Taiping tanpa sebarang masalah. Perjalanan dari Changlun ke Taiping memakan masa kira-kira lapan jam. Motor cuma ada tiga gear dan boleh dibawa pada kelajuan 50km/j. Walaupun agak perit tapi itu memang kenangan manis saya dan dua lagi kawan. Jangan pandang rendah tau pada Super Karat!”

‘Super Karat’ memang sesuai dengan minat saya. Saya bukan peminat kelajuan dan kalau bertanyakan apa motosikal idaman, saya hanya ingin memiliki Suzuki TS125. Semoga ia menjadi kenyataan suatu hari nanti.”

“Saya berharap semoga para pencinta ‘besi buruk’ akan terus bersemangat untuk membelai dan menjaga jentera-jentera ‘legend’ ini dengan baik kerana ia adalah warisan serta kenangan susah senang orang-orang yang terdahulu daripada kita.” RR

Isu Pada

September 2021

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Warta Roda

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung negara, termasuk dari Perlis.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.