Isu Terkini

Julai 2024

Bintang / 18 Januari 2021

Yamaha TZM 150 Berinspirasikan Jentera Perlumbaan

Minatnya dalam dunia motosikal bermula sejak dari kecil lagi. Beliau memberitahu, kecintaan pada motosikal boleh mendorong seseorang itu untuk membuat sesuatu perubahan atau pengubahsuaian pada jentera supaya ia kelihatan lebih menarik lagi. Mari kita berkenalan dengan Bintang Bulan Ini, En. Syahrulnizam Bin Rosli pemilik Yamaha TZM 150.

Dikenali sebagai Syahrul, berasal dari Kampung Pinang Seberang, Perak. Beliau merupakan seorang penguatkuasa yang berumur 33 tahun dan telah berumah tangga dengan dua orang cahaya mata. Makanan kegemarannya adalah lamb chop. Selain bersama keluarga, Syahrul akan menghabiskan masa lapangnya dengan berkonvoi dan berbasikal.

Syahrul pernah mengikuti konvoi ke litar Antarabangsa Sepang untuk melihat perlumbaan MotoGP dengan menunggang jentera Honda CBR954RR. “Saya memang suka berkonvoi kerana ia amat menyeronokkan. Dengan berkonvoi, kita juga dapat menguatkan hubungan silaturrahim sesama rakan. Disamping itu, kita juga dapat menikmati perjalanan sambil bertukar-tukar dan berkongsi pendapat masing-masing tentang motosikal,” jelas Syahrul.

Setiap orang pasti mempunyai kenangan manis. Bagi Syahrul, saat-saat paling manis dalam hidupnya ketika memiliki sebuah jentera superbike pertamanya iaitu Honda CBR919 tahun 2009. “Hati amat teruja sebaik sahaja memiliki sebuah jentera berkuasa tinggi. Saya dapat pergi ke mana sahaja yang ingin dituju,” katanya.

Beliau juga pernah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya pada tahun 2007. Waktu itu Syahrul menunggang jentera TZM. Mujurlah beliau tidak mengalami sebarang kecederaan yang agak serius.

Syahrul sudah pandai menunggang motosikal pada umur 15 tahun milik keluarganya. Motosikal pertama yang beliau pacu ialah Honda EX5. “Saya rasa amat teruja kerana dapat menunggang motosikal untuk bersiar-siar. Lepas itu, perasaan teringin nak naik motosikal memang tak pernah padam. Jentera yang saya tunggang ini juga amat menyeronokkan sudahlah mudah untuk dibawa, ringan dan ditambah pula penggunaan bahan api amat menjimatkan,” kata Syahrul dengan teruja.

Model-model motosikal yang pernah beliau miliki antaranya Yamaha TZM, Honda NSR150RR, Cagiva Mito EV 125, Aprilia RS125, Honda CBR919, Kawasaki ZX-7R dan Honda CBR954RR. Menurut Syahrul, model motosikal yang beliau miliki sekarang adalah TZM dan CBR954RR.

Beliau memilih Yamaha TZM kerana mudah untuk dijaga, diselenggara serta mempunyai teknologi sistem power valve dan mesin ini juga merupakan antara model yang terbaik dalam kelasnya.

Yamaha TZM 150 merupakan sebuah jentera dua lejang yang cukup popular pada era 90an. Ianya adalah sebuah mesin kategori sportbike yang bersesaran 147cc dan sekali gus menjadi kegilaan buat pencinta dua roda. Walaupun sudah lama keluarannya, model ini tetap dikenali ramai sehingga sekarang.

“Timbulnya idea untuk mengubahsuai jentera TZM ini apabila saya melihat bentuknya umpama sebuah jentera perlumbaan dua lejang. Tanpa memikir panjang saya terus mengambil keputusan untuk mengubah di beberapa bahagian. Untuk membuat perubahan pada motosikal ini tidaklah begitu susah, hanya perlukan masa untuk disiapkan.”

Syahrul telah mengubah fork hadapan yang kini menggunakan saspensi jenis terbalik (USD) milik Cagiva Mito Evo 125. Manakala saspensi belakang masih dikekalkan yang lama. Jentera miliknya tampak lebih gah selepas menukar lengan ayun baharu yang juga dari model yang sama. Untuk memudahkan urusan pemasangan, sepasang sportrim dari jentera Cagiva Mito Evo 125 telah dipadankan pada motosikal miliknya.

Tidak sempurnalah sesebuah jentera itu tanpa sistem brek yang mantap. Beliau telah melengkapkan sepasang brek jenis Brembo pada jenteranya. “Dengan adanya sistem brek yang baik saya dapat memberhentikan jentera saya dengan mudah dan selamat. Saya juga ada membuat beberapa perubahan di bahagian enjin. Saya telah menggunakan blok dan power valve dari model Yamaha TZR 150 untuk menawarkan daya ketahanan dari yang asal.”

“Untuk menjadikan bahagian belakang nampak lebih anggun, saya telah membentuk semula bahagian ekor menggunakan gentian kaca di mana tempat duduk pembonceng terpaksa dibuang untuk menjadikan motosikal saya ala jentera perlumbaan. Manakala lampu belakang menggunakan gaya café racer. Bahagian hadapan tidak diubah untuk mengekalkan ciri-ciri asal,” tambah beliau.

Motosikal milik Syahrul mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan dengan memakan kos pengubahsuaian hampir RM7,000. Beliau amat berpuas hati dengan rupabentuk terbaru jenteranya. Rakan-rakannya memberikan komen-komen yang positif dan memuji.

Walaupun jika ada pembeli menawarkan dengan harga yang tinggi, beliau tidak akan menjual jentera kesayangannya buat masa ini. Syahrul berkata, motosikal idamannya adalah Honda VTR1000 SP2. Dia meminati model ini kerana ia menggunakan enjin V-twin dan model pengeluarannya juga adalah terhad serta digunakan dalam perlumbaan SBK pada tahun 2000. RR

Isu Pada

November 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Warta Roda

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.

Warta Roda

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung negara, termasuk dari Perlis.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.