Isu Terkini

Julai 2024

Bintang / 10 Oktober 2016

MOMOS Regal Raptor Bobber Blink! Blink!

Keluaran edisi September kali ini memaparkan sebuah jentera Bobber yang diubahsuai mengikut selera pemiliknya. Pemuda ini begitu meminati 'trend' para penunggang motosikal di negara Jepun sehingga mencetuskan idea untuk membuat pengubahsuaian pada jenteranya sendiri.

“Motosikal kita menjadi lebih cantik malah berbeza dengan ciri-ciri yang tersendiri dan itulah saat manisnya apabila motosikal kita yang tiada seumpamanya menjadi perhatian ramai. Ada yang meneka harga berpuluh ribu dan menyangka motosikal saya ini adalah keluaran dari Amerika Syarikat.”

“Inilah minat saya dari dulu hingga kini kerana hobi ini dapat menenangkan fikiran, menambah kenalan dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam dunia pengubahsuaian motosikal. Selain itu juga ia menjadikan hobi kita ini lebih bermakna dengan adanya aktiviti di masa lapang seperti berkonvoi, mengilat dan membersihkan motosikal kesayangan kita,” kata saudara Mohd Norshahril Bin Mohd Arshat, Bintang Bulan Ini yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor.

Lebih mesra dikenali sebagai Shah Blink di kalangan rakan-rakannya, dia kini berusia 34 tahun dan bekerja sebagai seorang pembantu kesihatan di Hospital Sungai Buloh. Dia amat meminati aktiviti bolasepak dan berkonvoi kerana ia adalah satu aktiviti yang mampu memberikan ketenangan kepadanya jika ada kelapangan masa. Selain itu juga, Shah juga suka meronda-ronda dengan motosikal bersama rakan-rakannya. Dia juga memiliki beberapa motosikal yang lain seperti Yamaha 135 LC, Honda Dash RS 110, Honda C70, Vespa Super 150 dan Kawasaki Ninja 250.

Antara pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah apabila terlibat dalam kemalangan bersama Kawasaki Ninja 250nya di bawah Jejantas Sungai Buloh. Dia tidak sempat mengelak sebuah kereta yang secara tiba-tiba berhenti di bahu jalan. Dia terpelanting sejauh 50 meter dari motosikalnya dan mengalami kecederaan yang serius walaupun pada ketika itu memakai kelengkapan menunggang yang lengkap. “Saya terlantar di hospital selama dua minggu dan terpaksa menggunakan alat sokongan untuk berjalan,” kata Shah lagi.

PENGUBAHSUAIAN

Shah memilih jentera keluaran Momos Regal Raptor kerana minat dan mampu dimiliki dengan harga sekitar RM20,000. Warna asal adalah hitam dan tidak lama selepas membelinya, terus difikirkan warna yang sesuai untuk menyerlahkan jentera kesayangannya ini.

Sebelum melakukan pengubahsuaian, Shah terlebih dahulu memilih konsep rekaan Japanese Bobber yang mengenengahkan bahagian motosikal warna berkilat dan berkrom. Apabila sudah berpuas hati dengan pilihannya, barulah Shah mencari aksesori dan bahan yang diperlukan untuk melakukan pengubahsuaian. Sebahagian proses dilakukannya sendiri. Bahagian sport rim dan penutup enjin dicelup krom dan dibuat dengan penuh teliti untuk memastikan hasil yang mengagumkan. Menurut Shah, proses ini menelan belanja yang tinggi iaitu sekitar RM1,600.

Setelah siap dipasang sportrim dan penutup enjin, seterusnya ditambah bahagian pemijak kaki yang dibuat dan direka sendiri oleh Shah. Pemijak ataupun ruang rehat kaki tambahan ini dibuat untuk meletakkan kaki supaya lebih santai untuk perjalanan jauh. Ia kelihatan seperti aksesori tambahan yang dijual di kedai-kedai motosikal. Kemas dan cantik!

Shah juga menambah peti besi pada bahagian sisi kanan tayar belakang. Peti besi ini adalah untuk mengisi barangan seperti baju hujan dan alatan asas menyelenggara motosikal. Lampu tambahan seperti sportlight dibeli pada harga RM500 sepasang untuk memberikan suluhan yang terang dan jelas ketika menunggang di waktu malam. Lampu brek belakang diganti dengan yang lebih kecil dan dipindahkan dari kedudukan asal ke bahagian sisi kanan tayar belakang. Ia kelihatan ranggi dan amat bersesuaian dengan konsep bobber.

“Lampu hadapan asal masih digunakan kerana ia sesuai dan padan dengan bahagian penutup kepala Harley Davidson Iron 883 S.E. Fairing ini dibeli melalui online. Bahagian enjin juga saya tidak 'usik' dan masih dalam keadaan asal kerana saya yakin akan ketahanannya,” jelas Shah lagi.

Bahagian asal pelana pembonceng ditambah dengan span yang lebih tebal dari pelana asal dan dibalut dengan kulit berwarna coklat muda. Ia lebih empuk dan memberikan keselesaan jika membuat sesuatu perjalanan yang jauh. Sistem brek depan dan belakang yang asal masih digunakan kerana pada pendapat Shah, ia sudah memadai disebabkan motosikal jenis ini tidak perlu memecut laju untuk menikmati tunggangan yang menyeronokkan. Sistem ekzos berkembar jenis 'fish tail' memberikan rupa yang garang dan bunyi yang dihasilkan sedap didengar.

Setelah puas dengan hasil rekaan bobbernya, Shah memilih warna yang garang seperti merah hati siap dengan rekacorak stiker bobber yang ditempah khas menyerlahkan rekaan moden motosikalnya ini. Jumlah keseluruhan yang dilaburkan amatlah berbaloi dengan menelan belanja sekitar RM8,000. Dia amat berpuas hati dengan rekaan terkini pada motosikal kesayangannya dan mengidamkan sebuah motosikal Harley Davison jika mempunyai kewangan yang kukuh di masa hadapan. RR

Isu Pada

Oktober 2016

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Mforce Bike Holding selaku pengedar rasmi jenama Moto Morini di Malaysia dengan bangganya melancarkan model ketiga hari ini iaitu Calibro 700.

Model Baru

EICMA 2024: Yamaha R3 'Kemas Kini' Lebih Mantap!

Berikutan pelancaran R9 baru tempohari, Yamaha memilihi 'pentas' EICMA untuk memperkenalkan model yang dikemas iaitu R3 untuk pengeluaran tahun 2025.

Model Baru

MODENAS Eliminator dilancarkan di MotoGP Sepang 2024. Harga asas dari RM30,100

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) memilih hari cukup sempurna bersempena 'pesta' MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang untuk melancarkan model terbaru, MODENAS Eliminator.

Warta Roda

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada hari Ahad yang lalu.