Isu Terkini

Julai 2024

Berita Kelab / 10 November 2017

Pengembaraan 1,600 kilometer Dalam 24 Jam

Seribu batu atau 1600 kilometer dalam masa 24 jam! Kerja 'gila' juga tu. Selalunya jarak empat digit macam ini sesuai untuk pengangkutan bersaiz mega seperti kapal terbang atau keretapi. Tapi tentunya lebih exciting dan penuh cabaran untuk bikers 'nubis' seperti saya. Saya pernah membaca bahawa di Malaysia sendiri sudah ada ramai bikers yang pernah melakukannya.


Kebanyakan mereka menunggang dari Malaysia hingga ke Thailand dengan jarak lebih daripada 1,000 kilometer tanpa henti. Bak kata orang, jika nak merasai, kenalah buat sendiri dan nikmatilah pengalaman itu. Tapi itu di luar negara... berbeza dengan apa yang saya lakukan! Perjalanan saya tanpa perlu cross border dan hanya dalam semenanjung Malaysia sahaja.

Perjalanan dibahagikan kepada beberapa check point dan masa disetkan mengikut anggaran yang diberikan oleh Google Maps. Ini adalah penting untuk memastikan kami sentiasa berada dalam waktu yang tepat iaitu sekitar 200 kilometer dalam masa dua jam. Masa untuk mengisi minyak pula harus dilakukan di antara 10-15 minit.

Setelah mengiklankan idea itu dalam FB, kami dapat mengumpul satu kumpulan seramai tujuh orang. Semuanya mempunyai impian yang sama iaitu untuk mendapatkan pengalaman peribadi dan kepuasan bermotor. Kami semua bersetuju dengan keutamaan seperti berikut;

1) Semua pulang dengan selamat.
2) Semua complete route.
3) Semua cuba sampai dalam masa ditetapkan.
4) Ianya tak mengapa kalau kita gagal. Kita cuma mahukan pengalamannya sahaja.
5) Ini bukan perlumbaan. Ianya mengenai disiplin menunggang berkumpulan.

Sedikit panduan dan tips yang ingin kami kongsikan bersama para pembaca RR:
1) Kalau boleh, jangan buat kumpulan terlalu besar kerana banyak buang masa ketika mengisi petrol.
2) Rancangan untuk perjalanan sebegini dilakukan pada hari biasa dan bukan cuti umum. Ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan di stesen petrol dan jalan raya.
3) Plan lokasi, peta dan route perjalanan dengan baik. Buat checkpoint dan setkan masa untuk sampai ke checkpoint tersebut.
4) Lantik seorang timekeeper. Dia akan jaga ketepatan masa ketika berhenti makan atau berehat.
5) Bila membuat pesanan makanan dan minuman, cuba order benda yang sama. Ia akan dapat jimatkan masa.
6) Jangan sesekali berada di dalam tekanan/pressure. Just enjoy the trip. Jika semua berdisiplin, kita akan sampai tepat pada masa.

Odometer menunjukkan 9,772km sebelum memulakan perjalanan.
Odometer menunjukkan 9,772km sebelum memulakan perjalanan.

9 September 2017 (6:00 pagi) - Odometer: 9,772km
Kami berkumpul di Bard Cafe, Kg Jawa Klang untuk memulakan pengembaraan 24 jam ini. Zamri dari Butterworth telah memulakan perjalanan malam tadi untuk bersama-sama kami di Klang. Selepas sarapan, kami memulakan perjalanan ditemani oleh Kurt Kudean selaku "saksi" kami. Perjalanan melalui lebuhraya NKVE dan kemudian memasuki lebuhraya PLUS ke arah utara. Perjalanan cukup lancar cuma perlu berhati-hati agar tak kena tembak dengan kamera AES aje.

(9:21pagi) Odometer: 9,982km
Kami tiba di Simpang Pulai, isi minyak dan rehat seketika sebelum bergerak semula. Ya... dengan pantas kami memasuki Butterworth-Kulim Expressway menuju ke Kupang. Mujurlah keadaan jalan yang baik membolehkan setiap jentera kami dikerah agak laju. Namun begitu, disiplin dan tunggangan berhemah adalah keutamaan kami agar pengembaraan ini selamat. Semangat untuk mengukur kemampuan diri di antara kami semua memang cukup kuat dan inilah yang dikehendaki untuk merealisasikan suatu tujuan itu.

(12:25petang): Odometer: 10,205km
Tiba di sebuah stesen petrol di Bukit Timah, Kupang. Kami isi minyak dan masing-masing ambil gambar odometer seperti telah kami lakukan di setiap checkpoint sebelum ini. Pendikit dipulas dengan semangat yang terus membara ke Kupang-Gerik. Jalan di sini memang best, kurang kereta dan banyak pula corner menarik. Di simpang Gerik, kami regroup dan meneruskan perjalanan. Atas tujuan keselamatan, kami menunggang sekitar 100-120km/j. Sedang asyik meratah setiap selekoh yang 'terhidang', hujan turun menimpa kami. Kami mengambil keputusan untuk berteduh di Perhentian Titiwangsa.

(15:12petang): Odometer 10,382km
Tiba di Jeli, kami refuel dan berehat lebih kurang 40 minit untuk meregangkan otot dan mengisi perut masing-masing. Sebelum ini kami cuma mengambil masa 10 minit untuk berehat. Kemudian, kami bergerak semula melalui Air Lanas, Tanah Merah, Machang, Jerteh dan akhirnya tiba di Bandar Permaisuri, Setiu. Kawasan di sini agak sibuk dan banyak kenderaan, jadi tak bolehlah nak bawa laju. Kami juga perlu lebih berhati-hati.

(17:55petang): Odometer: 10,514km
Kami berhenti untuk membeli sedikit bekalan seperti air dan makanan untuk kegunaan ketika dalam perjalanan nanti. Tayar bergolek lagi menuju ke LPT 2. Apabila sampai di persimpangan Bukit Besi, kami keluar dari lebuhraya untuk singgah di perhentian. Kami berbincang untuk mengubah rancangan ke 'Plan B' jika tak sempat menghabiskan perjalanan asal dalam masa yang ditetapkan. Walau bagaimana pun, semuanya bersetuju untuk mencuba sebaik mungkin sasaran tersebut.

(19:59petang): Odometer: 10,641km
Kami refuel dekat plaza tol kerana tiada stesen petrol di LPT2. Di sinilah pentingnya homework sebelum melakukan sebarangan perjalanan agar tidak berdepan dengan masalah besar.

Kami masuk semula ke lebuhraya untuk meneruskan perjalanan ke Kuantan - Pekan. Di bandar ini ada banyak lampu isyarat dan terpaksalah berhenti beberapa kali menunggu lampu hijau. Masa juga banyak habis di sini!

22:05 malam, Odometer 10,831.
Di Pekan, kami refuel dan makan malam di sebuah kedai berhampiran. Sambil itu kami berbincang jalan alternatif selain dari pergi ke Kota Tinggi. Rehat selama 40 minit kemudian bergerak menuju ke Nenasi, Rompin hinggalah ke Mersing. Keadaan jalan di sini agak gelap, ia adalah laluan untuk bas dan lori.

10 September 2017 (00:55pagi): Odometer: 10,990km.
Mujur ada stesen petrol yang buka 24 jam pada pukul 1.00 pagi. Eddie selaku time keeper untuk pengembaraan ini mengatakan perjalanan kami sudah 40 minit terlewat daripada yang sepatutnya dan mustahil untuk kami menyelesaikan perjalanan ini dalam masa 24 jam. Mujurlah kami telah bersedia dengan laluan alternatif iaitu dengan melalui Felda Nita dan keluar di Kluang. Rancangan asal ke Kota Tinggi dan Ulu Tiram sebelum ke highway PLUS.

Jarak perjalanan yang sejauh 1,600 kilometer masih boleh dicapai cuma kami terpaksa melalui kawasan yang agak bahaya kerana mungkin terdapat haiwan berkeliaran di atas jalan. Jalan menyusuri Felda Nita memang banyak selekoh dan hampir tiada lampu jalan sehinggalah tiba di Kahang. Salah seorang daripada sahabat kami ketika ini sudah agak kepenatan kerana dah berjaga lebih daripada 24 jam tetapi masih cuba gagahkan diri untuk menjayakan 'projek' ini. Setelah keluar dari Kluang, kami masuk ke Highway Plus menuju ke Kuala Lumpur. Akhirnya, kawan kita terpaksa berhenti rehat di RnR Pagoh sementara kami teruskan hingga RnR Air Keroh.

(04:12pagi): Odometer: 11,232km.
Kami mengembalikan kesegaran di RnR Air Keroh dengan menambah bahan api dan menikmati air kopi dalam tin.... itu aje yang ada. Pada ketika ini Ijat yang menunggang Yamaha R25 tidak kelihatan. Rupa-rupanya enjin motor Ijat mengalami sedikit masalah ketika dalam perjalanan. Walaupun masalah itu dapat diselesaikan, tapi dia telah terpisah dari group kami.

Odometer menunjukkan 11,401km setelah melakukan perjalanan sejauh 1,600 kilometer
Odometer menunjukkan 11,401km setelah melakukan perjalanan sejauh 1,600 kilometer


Perjalanan diteruskan melalui Lebuhraya Elite kemudiannya untuk menampak jarak perjalanan, kami menukar haluan dengan menggunakan NKVE pula. Akhirnya kami berjaya sampai ke Bard Cafe pada pukul 06:16 pagi dengan bacaan odometer sejauh 11,401km. Kiraan sebenar untuk perjalanan kami ialah 1,629 kilometer dalam masa 23 jam 16 minit. Syukur dan yang paling penting semua tiba dengan selamat.


Semua ahli harus menepati waktu supaya tiada yang tertinggal. Kebanyakan jalan yang kami lalui mengikut had laju yg ditetapkan, sebabnya memang tak boleh nak laju. Keselamatan sangat utama buat kami. Akhirnya semua selamat dan tiada perkara yang tak diingini berlaku. Semoga ada lagi rakan-rakan motor lain akan mencuba lakukan perjalanan seperti ini. Ianya pengalaman yang sangat berharga.

PESERTA:
1) Jaa - Honda CB500X
2) Ashburn -Triumph Street Twin
3) Jo – Honda CB500X
4) Fikri – Kawasaki Z1000
5) Eddie – Honda CB500X
6) Zamri - Honda CB500X
7) Aizat - Yamaha R25

Kepada rakan-rakan yang berjaya menunggang dalam jarak ini (1,600km dalam masa 24 jam) berserta bukti, anda akan menerima sijil dan t-shirt dari BHM Academy & Event Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut bolehlah berhubung Suzali Fauzi Othman atau Khursaini A Fatah di [email protected]. RR
Kiriman: Kurt

Isu Pada

November 2017

Popular

  • Model Baru

    Rieju Xplora 557 dan 707, Model 'Crossover' Baru dari Sepanyol.

  • Dari Litar

    WorldSBK: Yamaha Pertingkatkan Prestasi Jentera, Jonathan Rea Dapat Ketua Krew Baru!

  • Warta Roda

    Lelaki Lemas, Motosikal Dihanyut Banjir

  • Model Baru

    Suzuki Malaysia Perkenalkan GSX-8R Baru. Harga asas RM53,800

  • Model Baru

    BENDA NAPOLEON BOB 500 - Sudah Berada di Pasaran, Harga Bermula RM27,888

Artikel berkaitan

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Malaysia International Classic Bikes Festival 2023

Ride Elak Kepanasan Mentari

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki Malaysia Perkenalkan GSX-8R Baru. Harga asas RM53,800

Suzuki Malaysia hari ini telah melancarkan model terbaru yang dinanti-nantikan, GSX-8R yang ditawarkan pada harga RM53,888 dengan 4 pilihan warna menarik.

Model Baru

Benelli Tampilkan Leoncino Bobber 400 Serba Baru

Terbaru, Benelli Eropah telah melancarkan Leoncino Bobber 400 serba baru dan ia adalah model sulung yang berkonsepkan 'cruiser' yang memang cukup lawa!

Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.