Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 14 November 2020

Kembara Amal Rakan Motor!

Kira-kira 60 buah jentera dari Kuala Lumpur Benelli Club (KULBC), Selangor Benelli Club (SBC), Sewel Bikers Club dan Malaysia Airport Bikers Club (MABC) telah menganjurkan satu Ride Amal ke Rumah Amal Asnaf Raudhatul Jannah yang terletak di Olak Lempit, Kuala Langat, Selangor. Acara murni ini telah diadakan pada 17 Jun lalu.


Passion Shop Malaysia telah dipilih untuk menjadi tempat berkumpul para peserta dari kumpulan pertama yang terdiri daripada 25 orang bikers. Selepas semuanya bersedia, perjalanan dimulakan dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Cuaca yang kurang baik langsung tidak mengganggu pergerakan konvoi yang berjaya tiba di hentian kedua iaitu di Masjid KLIA untuk bertemu dengan kumpulan kedua yang kali ini terdiri daripada 35 buah jentera.


Setibanya di destinasi yang dituju, para penunggang motosikal disambut oleh Tuan Hj Zawalajam bin Haji Mashod, Pengurus Rumah Amal Asnaf Raudhatul Jannah, kakitangan dan anak-anak yatim. Rumah ini dihuni oleh 32 orang anak-anak terdiri daripada 21 orang lelaki dan 11 orang perempuan. Untuk menambah pengertian lawatan, wakil dari setiap kelab yang hadir, orang perseorangan dan syarikat South East Asia Auto Parts Sdn Bhd selaku pengedar tayar Pirelli telah bermurah hati untuk memberi sedikit sumbangan buat perbelanjaan harian dan untuk adik-adik di sini.

Selebriti jemputan dari program Rockanova iaitu Azmi dan Erman turut diundang untuk memeriahkan majlis pada hari itu. Paling seronok tentulah ketika acara “Ride-Big-Bike” di mana anak-anak yatim mendapat peluang untuk merasai pengalaman menaiki motosikal berkuasa tinggi. Majlis juga dihasratkan untuk sentiasa menjalinkan suasana harmoni serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua Kelab Bikers dan sentiasa prihatin kepada mereka yang kurang bernasib baik. RR

Isu Pada

September 2017

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

'Convoy to Lumut' RSX-RS Crew Taiping 2024

Annual Ride RSX-RS Crew Taiping

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.

Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar, kali ini melibatkan 22 buah motosikal...

Sebanyak 22 buah motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Laluan Utama Kampung Tekah Baru, di sini hari ini.

Dari Litar

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Menurut Pengurus Pasukan SIC Racing, "Prestasi dalam sesi Latihan Bebas dan Kelayakan juga kurang memuaskan, namun masih terdapat ruang yang luas untuk penambahbaikan. Peningkatkan persiapan serta memperkukuhkan latihan agar kedua-dua pelumba lebih bersedia dan mampu memberi saingan sengit di Pusingan 2,dijadualkan berlangsung di Qatar pada April ini."

Dari Litar

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Perlumbaan pembuka tirai saingan MotoGP 2025 telah berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram pada 2hb Mac lalu telah mempertontonkan kita dengan kehebatan bekas juara MotoGP enam-kali, Marc Marquez dari pasukan Ducati Lenovo yang meraih kemenangan penuh bergaya.