Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 15 Disember 2018

TXR Senawang Crew Ke Cameron Highlands

Julung-julung kalinya, TXR Senawang Crew telah mengadakan 'ride' ke tempat peranginan antara yang paling popular di Malaysia, Cameron Highlands. Sambutan yang menggalakkan daripada seramai 40 orang penunggang motosikal daripada pelbagai jenama. Inilah yang semua peserta inginkan, persahabatan dalam TXR Senawang Crew, tanpa mengira kuasa dan jenis motosikal.

Pada jam 12.30 pagi, para peserta telah berkumpul di sebelah sebuah pasaraya di Senawang. Taklimat diberikan oleh Abg Aedil Gamma agar perjalanan lebih lancar dan selamat. Perjalanan bermula pada jam 1.45 pagi diketuai oleh Abang Iban dan berhenti seketika di R&R Seremban untuk bertemu dengan para peserta lain yang turut sama dalam konvoi. Dalam perjalanan, terdapat sebuah motosikal yang menghadapi masalah (breakdown) tetapi mujurlah hanya masalah kecil. Jentera tersebut terpaksa ditunda hingga ke R&R Dengkil dan kami terus mencuba untuk mendapatkan bantuan mekanik.

Mujurlah masalah tersebut dapat diatasi dengan cepat – hasil kerjasama ramai. Selepas motor dapat dihidupkan semula, perjalanan diteruskan. Walaupun menunggang di waktu malam, disiplin yang tinggi dari setiap peserta menjadikan perjalanan terus lancar tanpa sebarang masalah. Konvoi dari Senawang tiba di Rawang untuk disertai oleh rakan-rakan lain. R&R Tapah dipilih untuk para peserta berhenti agar perut penunggang dan motosikal masing-masing dapat diisi.

Kenyang, ceria dan segar! Semua peserta kembali ke atas jentera masing-masing untuk mendaki dengan menggunakan Jalan Tapah ke Ringlet. Kesegaran dan kedinginan mula terasa apabila konvoi tiba di Ringlet dan disambut oleh Abg Armada Lanun dan Abg Tulang. Sebelum ke tempat penginapan (homestay) masing-masing, kami semua berhenti pula di Tanah Rata untuk makan tengahari. Memandangkan tiada aktiviti khusus yang diaturkan pada hari tersebut, semua peserta bebas untuk ke mana sahaja.

Antara tempat-tempat menarik di Cameron Highlands ialah Ladang Teh Sungai Palas, Taman Bunga Lavender, Taman Rama-Rama, Avant Chocolate, Kebun Strawberi, 3D Wall Art Studio, Taman Agroteknologi MARDI, Time Tunnel, Pasar KEA Farm dan banyak lagi.

Hari kedua bermula cukup awal. Jam baru pukul 9.00 pagi tetapi semua peserta telah membuat persiapan untuk keluar dari penginapan dan berkumpul untuk bersarapan pagi. Perjalanan pada pagi hari Ahad itu juga meriah dengan para pelancong dari dalam dan luar negara. Ketika menuruni ke Tapah, hujan mula turun, menyebabkan jalan agak licin. Kelajuan dikurangkan dan motosikal dikendalikan dengan lebih berhati-hati oleh para peserta. Rupa-rupanya hujan tidak hanya turun di Tapah tetapi terus menimpa para peserta hingga ke Ulu Bernam. Sesekali berhenti tetapi tidak lama.

Para peserta berpecah di R&R Ulu Bernam. Sebahagian pulang ke Kuala Lumpur dan kawasan berdekatan manakala majoritinya kembali memerah pendikit ke Senawang. Apa yang penting ialah keselamatan... itulah 'misi' paling utama dalam setiap konvoi yang dianjurkan.

Admin TXR Senawang Crew mengucapkan ribuan terima kasih buat para pencinta dua roda yang telah sudi menjayakan 'ride' ke Cameron Highlands dan diharapkan agar penganjuran ini dapat diteruskan ke destinasi yang lebih menarik. RR

- Qaseh

Isu Pada

Disember 2018

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

'Convoy to Lumut' RSX-RS Crew Taiping 2024

Annual Ride RSX-RS Crew Taiping

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Model Baru

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model Adventure Touring iaitu 700MT.

Dari Litar

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

Marc Marquez sekali lagi mencipta sejarah dengan meriah kemenangan yang ke-64 dan yang ke-4 di litar Termas de Rio Hondo selepas tahun 2024, 2016 dan 2019. Kemenangan ini juga membolehkannya menyamai Legenda MotoGP Angel Nieto.

Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.