Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 1 Ogos 2017

BMWMCM Ride To Phuket

Pesta Songkran merupakan pesta air di Thailand yang disambut pada 13 hingga 15 April setiap tahun sempena menyambut sambutan tahun baru dalam kalendar masyarakat Siam. Tidak seperti selalu, tahun ini (2017), Pesta Songkran telah disambut secara sederhana oleh masyarakat di Thailand bagi menghormati mendiang Paduka Yang Mulia Raja Bhumibol Adulyadej yang telah mangkat pada Oktober tahun lalu.

Ada beberapa penunggang BMW Motorrad Club Malaysia (BMWMCM) yang telah memulakan perjalanan mereka dari bahagian selatan, tengah dan pantai timur Semenanjung pada 12 April. Tetapi sejumlah besar daripada pemilik BMW yang lain telah berkumpul di R&R Rawang pada pagi 13 April. Konvoi yang cukup lancar dan berdisiplin ini diketuai oleh Presiden BMWMCM, DSP Norhizam yang dibantu oleh beberapa rakan urusetia yang lain. Deruman dan kelancaran jentera-jentera BMW ternyata menyeronokkan setiap perjalanan tidak kira dekat mahupun jauh.

Disebabkan konvoi tiba di sempadan Malaysia/Thailand sehari sebelum tahun baru, keadaan agak sesak kerana kebanyakan orang Thailand yang bekerja di Malaysia mahu pulang ke kampung halaman manakala orang Malaysia pula ingin bercuti dan merasai kemeriahan pesta tersebut. Menjelang petang, kira-kira 53 orang penunggang BMW termasuk dua orang penunggang wanita yang memacu BMW GSA akhirnya selamat masuk di sempadan Bukit Kayu Hitam.

Pada 14 April, konvoi bergerak dari Thung Soon menuju ke Phuket dan konvoi menjadi lebih besar setibanya di sempadan daerah Phuket kerana disambut oleh kelab BMW di Thailand. Selepas tiba di Pantai Patong, para penunggang berpecah seketika dengan urusan masing-masing. Tepat jam 7.30 malam, BMWMCM tidak melepaskan peluang untuk menyertai majlis makan malam Phuket Bike Week ke-23 yang diadakan di Gracelande Resort & Spa Patong Beach.

Memandangkan tiada sebarang aktiviti rasmi yang dijadualkan pada hari berikutnya, masing-masing sibuk mengaturkan program sendiri. Ada yang menikmati keindahan pantai di sana, ada pula yang merehatkan badan dengan bersantai, ada yang mencari tempat makanan sedap dan ada juga yang tidak melepas peluang untuk melihat keunikan dan keindahan matahari terbenam di Tanjung Leam Prom Thep.

Sedikit perkongsian mengenai dua orang rider wanita dalam BMWMCM kali ini. Mereka ialah Elissa dan Jun Sharail yang kedua-duanya menunggang BMW R 1200 GSA LC. Jun Sharail merupakan seorang pencinta dunia lasak bermotosikal. Seringkali 'bermain' offroad bersama rakan-rakan motornya yang lain. Elissa dan Jun Sharail merupakan ahli perniagaan yang cukup berjaya yang kini benar-benar menyintai dunia pengembaraan motosikal.

Buat En. Hong Chin Seang pula yang berumur 40 tahun, ini merupakan konvoi pertama dalam hidupnya menunggang ke Thailand. Ketika ingin mencari jentera yang sesuai untuk dirinya, Hong mahukan sebuah jentera yang mudah untuk dikendali dan yang mempunyai kotak untuk membawa banyak barang. Setelah melihat beberapa model, Hong memilih untuk menunggang R 1200GS kerana mempunyai pengendalian yang baik serta sistem brek enjin yang efisien.

16 April... para penunggang bersiap awal untuk bergerak pulang ke tanahair melalui Aonang. Para penunggang sempat singgah ke Krabi untuk berehat dan melihat keindahan pantai di sini. Makan malam ala steamboat di daerah Songkla, Hatyai cukup menarik dan lazat sekali. Tiupan angin sejuk dari arah laut dan kemeriahan di pantai tersebut cukup menenangkan. Keesokan harinya, sebelum memecut ke destinasi masing-masing, konvoi masuk ke daerah Padang Besar untuk menikmati juadah yang cukup lazat di Restoran Tok Mek, Beseri, Kangar. RR

- NZ York

Isu Pada

Ogos 2017

Popular

  • Model Baru

    BMW Motorrad Malaysia Unum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

  • Warta Roda

    Nahas Dua Motosikal Dirempuh Kereta, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

  • Model Baru

    VOGE DS800 Rally - Prestasi dan spesifikasi menarik perhatian!

  • Dari Litar

    Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

  • Warta Roda

    Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam parit

Artikel berkaitan

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

'Convoy to Lumut' RSX-RS Crew Taiping 2024

Annual Ride RSX-RS Crew Taiping

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Boon Siew Honda Terima Dua Anugerah Motosikal Terbaik

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah menerima anugerah berganda di Majlis Anugerah Motosikal Terbaik Tahunan Allianz BikeRepublic 2025

Warta Roda

Suzuki GSX-R150 Tampil Dengan Warna Baru - Harga Asas RM13,888

Suzuki Malaysia telah mengumumkan kehadiran warna baru bagi model GSX-R150 iaitu Titan Black.

Warta Roda

Rimba Raid X 2025 Perkenal 2 Kelas Baru Untuk ADV Kapcai dan ADV Skuter

Bagi para peminat sukan motosikal lasak dan motocross khususnya di Malaysia dan negara-negara berdekatan, perlumbaan lasak Rimba Raid tidak perlu lagi diperkenalkan. Lebih istiewa, edisi 2025 merupakan sambutan Ulang Tahun ke-10 Rimba Raid dan sekali lagi akan dianjurkan di Warisan Arkeologi UNESCO Lembah Lenggong, Perak Darul Ridzuan.

Pandu Uji

Bajaj Freedom 125 CNG: Bukti Bahan Api 'Gas' Lebih Praktikal

Dalam usaha mencari cara alternatif untuk mengurangkan pelepasan emisi selain kenderaan elektrik yang kini timbul pula dengan isu penyimpanan dan penghantarannya telah membuka 'ruang' untuk penghasilkan enjin dengan kuasa gas iaitu Hidrogen dan Gas Asli Mampat.