Isu Terkini

Julai 2024

Berita Kelab / 14 Mei 2017

Para Penunggang Naza Blade 'Pekena' Nasi Buloh

Pada bulan Februari lalu, Kuala Lumpur Selangor Blade Community (KLSBC) telah menganjurkan konvoi ke Restoran Nasi Buluh, Sungkai Perak. Aktiviti ini yang pada mulanya hanya menyasarkan sejumlah 20 orang pemilik motosikal Naza Blade, akhirnya telah berjaya mengumpulkan sejumlah 128 buah motosikal berkuasa tinggi yang datang dari beberapa buah negeri. Malah ianya juga telah mendapat kerjasama daripada pihak bengkel-bengkel Naza Blade (RZM, Gewes, SB Workshop) yang turut menghantar wakil bagi menyertai konvoi ini.

Tujuan utama konvoi ini diadakan ialah untuk menyatukan kembali kumpulan kecil para pemilik Naza Blade yang telah lama menyepi dari aktiviti-aktiviti permotoran berbanding sekitar tahun 2010 lalu. Dengan promosi yang agresif dilakukan oleh ahli-ahli KLSBC menerusi laman sesawang, facebook dan whatsapp, jumlah pendaftaran penyertaan pada hari-hari terakhir berjaya ditingkatkan kepada 80 buah motosikal. Ia adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan kerana konvoi ini merupakan penganjuran yang pertama.

Pada hari yang ditetapkan, kami semua berkumpul di check point pertama iaitu di Shell Gombak seawal jam 7:30 pagi. Memandangkan pengawalan pergerakan jentera berkuasa tinggi di lebuhraya bukanlah satu tugas yang mudah, pihak kami memutuskan untuk menggunakan jalan bandaran.

Sedikit taklimat telah diberikan khususnya tentang pematuhan undang-undang jalan raya dan juga risiko yang bakal ditempuhi sewaktu menggunakan jalan bandaran. Bagi melancarkan perjalanan aktiviti ini, pihak KLSBC telah menyediakan peralatan dan juga kelengkapan sekiranya berlaku kerosakan-kerosakan kecil. Kenderaan pengangkutan motosikal (towing) juga turut serta bagi menambah keyakinan peserta-peserta konvoi.

Kami telah membahagikan para peserta kepada tiga kumpulan kecil. Kumpulan pertama telah memulakan perjalanan pada jam 8:05 pagi, diikuti kumpulan kedua pada jam 8:10 pagi dan kumpulan ketiga pula bergerak kira-kira lima minit kemudian. Kumpulan pertama telah tiba di check point kedua (Batang Kali) dan di sini terdapat kira-kira 15 buah lagi Naza Blade sedang menunggu dan bergerak bersama-sama kumpulan pertama ke tempat yang dituju.

Ternyata tekaan kami benar! Perjalanan di awal pagi sungguh menyegarkan. Deruman enjin v-twin yang mantap serta pemandangan suasana kampung sememangnya sungguh mengasyikkan. Kami bertuah kerana keadaan trafik di pekan-pekan kecil seperti Serendah, Kerling, Tanjung Malim dan Slim River yang agak lengang, perjalanan kami dapat dilakukan dengan amat lancar.

Ketika dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Slim River, perasan kami amat teruja kerana bertemu dengan beberapa pengguna Naza Blade dari negeri Perak dan juga negeri lain yang ingin turut serta untuk bersama-sama menuju ke Sungkai.

Kami selamat tiba di Restoran Nasi Buluh kira-kira jam 10.00 pagi dan sementara menunggu kaunter Nasi Buluh dibuka, beberapa aktiviti telah dilakukan seperti sesi bergambar, suai kenal dan lain-lain. Ternyata, setelah dihitung kesemua motosikal yang berada di kawasan parkir, terdapat 128 buah motosikal Naza Blade dan lebih daripada 130 peserta termasuk pasangan yang hadir.

Di sini kami memperuntukkan kira-kira dua jam untuk menikmati juadah Nasi Buluh sambil beramah mesra bersama-sama peserta. Ternyata, maklumbalas yang kami terima termasuk dari kalangan otai-otai, amat memberangsangkan. Ramai yang mengharapkan agar aktiviti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan berharap ini bukanlah yang terakhir. Tepat jam 2.00 petang, kami semua bertolak pulang ke rumah masing-masing dengan menggunakan lebuhraya. RR

Herry (Admin KLSBC)

Isu Pada

Mei 2017

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Malaysia International Classic Bikes Festival 2023

Ride Elak Kepanasan Mentari

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.

Model Baru

Honda CB1000 Hornet & CB1000 Hornet SP 2025 Dilancarkan Untuk Pasaran Eropah

Honda Eropah kembali dalam segmen Hypernaked dengan melancarkan model terbaru iaitu Honda CB1000 Hornet 2025.