Isu Terkini

Julai 2024

Berita Kelab / 10 April 2017

CBR-RR Malaysia Mega Gathering 2017 Kebanggaan Buat Pemilik CBR

Bandaraya Kuala Lumpur digegarkan dengan deruman jentera-jentera Honda CBR sejak awal pagi dan semestinya ucapan tahniah buat krew CBR-RR Malaysia dan semua para pemilik jentera ini khususnya yang terlibat dalam perhimpunan mega untuk tahun 2017. Penganjuran kali keempat berturut-turut ini telah disertai seramai 262 orang dan 250 buah motosikal telah hadir dalam penganjuran kali ini. Lebih membanggakan apabila ia turut menerima kehadiran peserta dari Singapura berjumlah 58 buah jentera.

“CBR-RR Malaysia ditubuhkan pada tahun 2014 dan ini merupakan penganjuran kali keempat. Kali pertama di Maeps, Serdang diikuti di Restoran Al-Rawsha pada tahun 2015 dan di Marina Putrajaya pada tahun 2016. Ini merupakan perhimpunan tahunan yang pasti kami lakukan dan tujuannya ialah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli kelab, menerima tips daripada para pelumba Honda dan berkesempatan untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya,” kata Sdr Hairullah atau lebih popular dengan nama Pok Lah.

Selepas empat tahun, CBR-RR Malaysia ternyata menambat hati ramai penunggang CBR. Antara kelebihan yang dimiliki oleh ahli-ahli kelab ini ialah kemudahan, bantuan dan pertolongan daripada ahli-ahli lain jika berlaku kerosakan dan kecemasan pada motosikal mereka. Menurut Pok Lah, terdapat beberapa kumpulan seperti di Utara (CBR Northern Region), Pantai Timur (CBR East Coast), Selatan (CBR Southern Owner) dan di Singapura (SG Jack Rabbit). Dengan adanya kumpulan-kumpulan ini yang aktif dalam aplikasi Whatsapp, maka mereka akan sedia dan sentiasa bersedia untuk memberi bantuan jika berlakunya sebarang masalah di jalan raya.

“CBR-RR Malaysia juga amat mementingkan keselamatan. Setiap kali kami menganjurkan suatu konvoi, akan ada beberapa ahli lama yang akan memberi panduan dan tunjuk ajar kepada penunggang baru tentang cara kawalan yang betul. Kami juga akan membuat dua kumpulan yang dibezakan mengikut tahap kemahiran menunggang seseorang penunggang itu. Dengan cara ini, perjalanan lebih selamat dan lebih menyeronokkan,” tambah Poklah.

Selain hidangan makan tengahari yang cukup lazat, perhimpunan kali keempat ini turut dimeriahkan dengan beberapa aktiviti menarik yang diadakan seperti persembahan nyanyian kumpulan 'The Paddock', Ijam Medicine, perkongsian tunggangan selamat oleh pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi, pemberian sumbangan kepada bekas pelumba negara, Mohd Zamri Baba dan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik.

SG Jack Rabbit dari Singapura.
SG Jack Rabbit dari Singapura.

Kehadiran Zamri Baba (kiri) dan Zaqhwan menyerikan majlis.

Bagi mereka yang ingin membeli aksesori motosikal dan pakaian, terdapat beberapa pengedar barangan motosikal dan penaja yang turut berada di Saloma Bistro. Kemesraan di antara para peserta memang cukup erat sekali. Ini dibuktikan dengan suasana yang cukup riuh rendah dan meriah apabila tibanya sesi cabutan bertuah. Ada yang membawa pulang topi keledar LS2, tuas brek Brembo, pass trackday, baju t dan banyak lagi.

“Ini memang penganjuran yang sangat baik kerana kami semua dapat berkumpul sesama pemilik motosikal CBR dan saya harap ianya dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang,” jelas En. Zarir dari Bukit Beruntung yang juga pemenang topi keledar LS2. RR

Isu Pada

April 2017

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Malaysia International Classic Bikes Festival 2023

Ride Elak Kepanasan Mentari

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan semula pengenalan warna White Trico bersama dengan dua pilihan warna yang baru iaitu Matte Blue dan Sliver.

Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.