Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 30 Mac 2018

Metro Wangsa Motor Club Menyambut Tahun Baru

Sempena menyambut kehadiran 2018, Wangsa Motor Club telah menganjurkan Malam Retro Wangsa Motor Club 2018 bertempat di tapak parkir AB Corner, Bandar Baru Wangsa Maju. Program yang cukup meriah ini telah dihadiri seramai 800 orang pencinta motosikal dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Antara kelab-kelab motosikal yang memberi sokongan ialah Kamikaze, Ranggi, John Mohican Apache, Raden, DY Motor, TT Port Retro, FastLane Hunter dan lain-lain.

Sememangnya komuniti penggemar dan penunggang jentera retro semakin hari semakin besar. Ini kerana, dengan menunggang jentera-jentera yang berusia lebih daripada 20 tahun, para pemiliknya seolah-olah dapat 'kembali' ke zaman lalu dan menyingkap semula memori lama yang cukup hebat dan cukup istimewa.

Selain merapatkan lagi hubungan sesama rakan mempunyai minat yang sama, program ini dianjurkan untuk menangkis pandangan negatif segelintir masyarakat terhadap para pengguna motosikal. Sememangnya peratusan peragut, pelumba haram atau perompak bermotosikal amat kecil berbanding komuniti pengguna motosikal di negara ini.

Menurut Pengerusi Program, En. Mohd Syukri, Wangsa Motor Club telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang mendekatkan para penunggang motosikal dengan masyarakat. Antaranya konvoi amal ke rumah anak-anak yatim pada 2016 serta membantu 100 orang penduduk Perkampungan Orang Asli di Kuala Medang, Pahang. Melalui program ini, diharap ia dapatlah membuka mata masyarakat mengenai pengguna motosikal.

Antara acara yang paling ditunggu-tunggu tidak lain dan tidak bukan tentulah makan malam ala BBQ yang cukup lazat. Memang 'padu' menikmati makanan panas-panas di malam hari! Selain daripada itu para tetamu disajikan dengan nyanyian karaoke, Pertandingan Pakaian Retro Terbaik, Motor Retro Terbaik dan Peserta paling banyak mendapat 'Like' dan 'Comment' dalam Mainpage Wangsa Motor Club. Selain daripada itu pihak penganjur juga telah memberikan hadiah khas iaitu idola Wangsa Motor Club Bulan November dan bulan Disember.

Sebanyak 40 hadiah-hadiah menarik ditawarkan dan hadiah utama berupa topi keledar GIVI Special Edition. Kesemua yang hadir cukup berpuas hati dengan penganjuran ini dan malam sambutan tahun baru 2018 itu ditutupi dengan pertunjukan bunga api. RR

Isu Pada

Mac 2018

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

'Convoy to Lumut' RSX-RS Crew Taiping 2024

Annual Ride RSX-RS Crew Taiping

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Warta Roda

Honda CBR150R Hadir Dengan Warna Serba Baru!

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan Honda CBR150R dengan skema warna baharu lebih menarik. Warna serba menawan ini adalah inspirasi daripada DNA Honda Racing ikonik seperti mana yang dilihat pada model lagenda CBR1000RR-R, CBR650R dan CBR250RR.

Dari Litar

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

Marc Marquez sekali lagi mencipta sejarah dengan meriah kemenangan yang ke-64 dan yang ke-4 di litar Termas de Rio Hondo selepas tahun 2024, 2016 dan 2019. Kemenangan ini juga membolehkannya menyamai Legenda MotoGP Angel Nieto.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!