Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 2 Ogos 2024

'Convoy to Lumut' RSX-RS Crew Taiping 2024

"Convoy To Lumut" RSX-RS Crew Taiping adalah julung kali dianjurkan oleh Honda Impian X - CT Yong Motors Simpang. Pihak pengurusan telah mempelawa Kelab RSX-RS Crew Taiping dan CRS Perak Official untuk menyertai Program “Convoy To Lumut” yang dianjurkan pada 9hb Jun 2024 dengan tujuan menghargai pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan belian dan penyelenggaraan motosikal di Syarikat CT Yong Motors.

Selain itu, penganjuran ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama rider dan pihak pengurusan CT Yong Motors. Sambutan yang agak memberansangkan, di mana sebanyak 50 buah motosikal terlibat dalam konvoi ini.

Seperti sedia maklum, Program ini julung kali diadakan dengan kerjasama Kelab RSX-RS Crew Taiping dan CRS Perak Official. Program “Convoy To Lumut” ini ditaja sepenuhnya oleh Honda Impian X – CT Yong Motors.

Seawal jam 8.00 pagi pendaftaran bermula bagi para peserta. Semua rider-rider dibekalkan sarapan pagi sambil mendengar sedikit penerangan tentative program.

Dimulakan dengan bacaan doa selamat dan tayar golek pada pukul 9.30 pagi melalui Lebuhraya West Coast Expressway (WCE). Konvoi sampai di lokasi pertama - Pekan Lumut jam 11.30 pagi untuk lawatan tempat menarik, membeli buah tangan untuk dibawa pulang dan bergambar serta merakam kenangan indah di sana.

Selepas jam 12.30 tengahari, Konvoi bergerak ke Lokasi ke-2 iaitu di Restoran D’Warisan. Menu Ketam Goreng Tepung, Sotong Goreng Tepung, Ayam Masak Merah, Ayam Masak Halia, Ayam Goreng Tepung dan pelbagai lagi menu menarik yang boleh didapati di restoran tersebut dengan harga yang berpatutan.

Dalam keseronokan bersama sahabat-sahabat permotoran, tanggung jawab kepada agama tidak dilupakan. Setelah selesai makan tengahari, konvoi terus bergerak ke Masjid Sultan Idris Shah II, untuk solat jemaah Zohor dan Asar bersama sahabat-sahabat RSX-RS Crew Taiping, CRS Perak Offical serta Kakitangan Honda Impian X – CT Yong Motors.

Sebelum bergerak pulang, persinggahan terakhir konvoi adalah di Teluk Batik. Di sana kami bergambar, bersantai sebentar sambil minum petang Coconut Shake yang juga ditaja sepenuhnya oleh pihak CT Yong Motors.

Tepat jam 5.00 petang, konvoi bergerak pulang melalui Lebuhraya West Coast Expressway (WCE). Konvoi RSX-RS Crew Taiping selamat tiba di Taiping jam 8.00 malam. Selepas bersalaman sebagai tanda perpisahan, terus bersurai dan pulang ke rumah masing-masing.

Harapan kami ahli Kelab RSX-RS Crew Taiping agar syarikat permotoran yang lain boleh mengadakan konvoi seperti ini dan lebih ramai lagi kelab motosikal yang akan terlibat dalam program tersebut. Dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli kelab dan memajukan dunia permotoran dua roda. RR

Oleh: Firdaus

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Annual Ride RSX-RS Crew Taiping

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Malaysia International Classic Bikes Festival 2023

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Saingan PETRONAS Cub Prix 2025 telah pun dilancarkan di LYL International Karting Circuit semalam.

Warta Roda

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

MOT telah menyumbang sebanyak 55 unit motosikal jenama Yamaha Ego Avantiz kepada penduduk terjejas dalam insiden letupan paip gas.

Dari Litar

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.

Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.