KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan ukhwah sesama pencinta jentera pancuan 4 x 4 dan juga motosikal lasak (motocross). Lokasi untuk acara selama dua hari ini bertempat di kawasan trail sepanjang 54km dalam mukim Padang Terap , Kuala Nerang Kedah.
Dikesempatan ini Ahmad Syairozi Atiqullah B Ghazali @ GieKola nama panggilan kenalannya, mewakili MYOVERLAND TEAM dan sukarelawan Ashbul Kahfi yang mana beliau pernah menganjurkan program DAM CAMP d Pedu Lake.
Didoakan agar program yang Gie dan AJ anjurkan akan terpilih untuk diletakkan dalam kalendar acara atau 'event' tahunan dalam negeri Kedah. Untuk program DAM CAMP tahun depan akan dianjurkan pada May 2025 dan program KEDAH OFF ROAD TRAIL N CAMPING akan di anjurkan pada musim HARI MALAYSIA dalam bulan September 2025. Gie bagi pehak AJK n rakan rakannya mengucapkan ribuan terima kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan event ini.
Kehadiran peserta yang juga diluar jangkaan mereka , dan terima kasih sahabat sahabat dan keluarga yang hadir memeriahkan suasana program.
Ribuan terima kasih kepada YB Dato' Haji Mohd Salleh Bin Saidin, EXCO PELANCONGAN KESENIAN DAN KEUSAHAWANAN Negeri Kedah yang sentiasa menyokong usaha anak anak Kedah dalam melaksanakan program-program yang di rancang di Kedah.
Ribuan penghargaaan buat supporter's event PCMF, SAHABAT 4X4 KEDAH, KEDAH KEMBARA CREW, KEDAH KEMBARA COMMUNITY, RIMBA BARA GRIK, KUALA KANGSAR ROYAL TOWN 4X4, SAHABAT 4X4 PADANG TERAP, KELAB KELAB MOTOCROSS KEDAH, AVETA RANGERS OWNER CLUB, dan lain-lain lagi menjayakan event ini.
Penghargaaan juga kepada penaja utama AVETA MOTOR dan penaja bersama STORE SHUMBAT, STUCK WOOD CUSTOM, VGOOD, IPONE, RUMAH SATU, RADVISION, RATS,KARARBUANA,PTS GUEST STAY, REDONE, MAI DUSUN RETREAT, KEDAI BOB RGF dan lain lagi yang menjayakan event ini.
Dengan ini juga, pihak penganjur dengan rendah hati ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dari pihak kami secara sedar atau tidak sedar sepanjang program berlangsung.
Semoga akan bertemu lagi di lain program tahun melawat Kedah 2025. Mereka akan sentiasa merindui wajah-wajah ceria sahabat dan kenalan. RR
- Nz York