Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 4 November 2023

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Tahniah diucapkan buat CBR-RR Malaysia yang menganjurkan acara Mega Gathering buat tahun ke-10 (MGX23). Usaha murni ini bukan mudah dan hanya dapat dilakukan dengan adanya minat, semangat setiakawan dan ukhwah di kalangan para pemilik jentera Honda CBR khususnya tanpa mengira bangsa, agama, latar belakang dan negara.

Majlis MGX23 kembali diadakan di Selangor iaitu di Boraombak Marina Putrajaya yang dipilih kerana ia terletak di zon tengah Malaysia yang memberi peluang kepada para sahabat dari setiap 'region' untuk menunggang dan berkumpul bersama-sama.

Dari kiri: Muhd Yusri, Tok Lid & Hairullah "Pok Lah".
Dari kiri: Muhd Yusri, Tok Lid & Hairullah "Pok Lah".

Perhimpunan kali ini dihadiri oleh 230 orang peserta melibatkan 180 buah motosikal yang datang dari seluruh semenanjung Malaysia dan dari Singapura, tidak lain dan tidak bukan iaitu ahli-ahli SG Jack Rabbit yang hadir seramai 32 orang peserta. Sepanjang tempoh 10 tahun, pelbagai destinasi telah dipilih untuk menjayakan acara Mega Gathering ini. Antaranya ialah Pulau Pinang, Serdang, Port Dickson, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Melaka.

Majlis pada petang itu dimulakan tayangan video serta ucapan yang disampaikan oleh wakil CBR-RR Malaysia dan wakil SG Jack Rabbit. Pelbagai kisah, kenangan pahit manis dan kata-kata semangat yang cukup memberi 1001 makna buat rakan-rakan yang hadir.

Pasukan krew Mega Gathering 2023 yang bertungkus lumus menyempurnakan acara.
Pasukan krew Mega Gathering 2023 yang bertungkus lumus menyempurnakan acara.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan tazkirah ringkas mengenai 'Kematian' oleh Sdr Norhizam Shair (Ijam Medicine) yang kini lebih mesra dengan panggilan Tok Lid. Takzirah ini amat bersesuaian dengan video penuh emosi yang mengenangkan rakan-rakan yang telah pergi terlebih dahulu menemui Penciptanya.

Tok Lid turut menyampaikan beberapa buah lagu kerohanian selepas itu dan bagi rakan-rakan yang sudah lama tidak mendengar kemerduan suaranya, memang cukup teruja sekali. Antara lagu yang paling menyentuh hati ialah Dunia Sementara, Akhirat Selamanya.

Rakan-rakan dari Singapura yang memang sporting!
Rakan-rakan dari Singapura yang memang sporting!
Muhd Yusri "dua dari kanan" menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Muhd Yusri "dua dari kanan" menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Para peserta dihidangkan dengan makanan yang cukup menyelerakan. Sambil menikmati makanan yang disediakan, ini juga peluang terbaik buat 'ahli keluarga' CBR-RR ini saling berkenalan dan berkongsi pengalaman menunggang masing-masing. Kelihatan juga wajah-wajah setia rakan-rakan yang sudah lama memberi sokongan pada acara 'family' ini.

Acara paling ditunggu-tunggu ialah 'Cabutan Bertuah' yang menawarkan pelbagai hadiah-hadiah menarik. Tiga hadiah utama berupa sepasang tayar Pirelli Rosso 4 Corsa yang dimenangi oleh Sdr Mohd Halil dari Kuala Lumpur manakala Cover Set CBR1000RR menjadi milik Sdr Mohd Amirul Arif dari Puchong.

Hadiah Tuas Brek dan Klac Brembo pula dimenangi oleh Ms. Azura dari Perlis yang hadir ke MGX23 dengan menunggang CBR1000RR dari utara ke Putrajaya secara solo. Memang 'power'!!

Sdr. Halil "kanan" memenangi acara Cabutan Bertuah berupa sepasang tayar baru.
Sdr. Halil "kanan" memenangi acara Cabutan Bertuah berupa sepasang tayar baru.
Pelbagai jenis pakaian motosikal turut dijual pada harga promosi.
Pelbagai jenis pakaian motosikal turut dijual pada harga promosi.

Menurut salah seorang pengasas CBR-RR Malaysia iaitu En. Muhammad Yusri, “Antara kenangan dan pencapaian paling best sepanjang 10 tahun penganjuran ialah ketika di MGX 2018 di Melaka yang berjaya mengumpul sehingga 340 buah motosikal.”

Tahniah buat semua peserta dan krew yang menyempurnakan majlis MGX23 dan dikatakan ada cadangan untuk bertukar angin ke Pantai Timur untuk penganjuran 2024. Sama-sama kita nantikan. RR

Ms. Azura yang menunggang solo dari Perlis memenangi set tuas brek Brembo.
Ms. Azura yang menunggang solo dari Perlis memenangi set tuas brek Brembo.
Isu Pada

November 2023

Popular

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

  • Warta Roda

    Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

  • Model Baru

    JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Artikel berkaitan

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

'Convoy to Lumut' RSX-RS Crew Taiping 2024

Annual Ride RSX-RS Crew Taiping

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Malaysia International Classic Bikes Festival 2023

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

Marc Marquez sekali lagi mencipta sejarah dengan meriah kemenangan yang ke-64 dan yang ke-4 di litar Termas de Rio Hondo selepas tahun 2024, 2016 dan 2019. Kemenangan ini juga membolehkannya menyamai Legenda MotoGP Angel Nieto.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Umum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

BMW Motorrad secara rasminya mengumumkan harga untuk model Heritage mereka iaitu BMW R 12.

Model Baru

VOGE DS800 Rally - Prestasi dan spesifikasi menarik perhatian!

LONCIN Motor Co., Ltd merupakan pengeluar motosikal yang diasaskan pada tahun 1993 dan VOGE merupakan jenama premium mereka. Selain dua roda, Loncin juga mengeluarkan kereta elektrik, generator, mesin rumput, jentera perindustrian dan helikopter drone. VOGE memberi tumpuan dalam penjualan motosikal dan pelbagai jenis komponen motosikal yang berkualiti tinggi.

Warta Roda

Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam parit

Seorang lelaki berusia 57 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Kampung Engkeramut.