Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 29 Mac 2020

Jalinan Kasih MAG Bikers n Friends

Pada 19 Januari yang lalu, satu projek amal di antara MAG Bikers n Friends telah diadakan di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia yang terletak di Semenyih, Negeri Sembilan. Pusat Jagaan ini menempatkan 55 penghuni lelaki dan perempuan yang berumur sekitar 45 hingga 90 tahun.

Para peserta yang menyertai projek amal ini telah berkumpul di Petronas Bandar Seri Putra (Al-Fateh Service Station) seawal jam 8 pagi dan telah diberi taklimat ringkas mengenai aturcara dan pembahagian tugas. Selesai taklimat, para peserta telah bergerak secara konvoi ke pusat jagaan tersebut diiringi oleh kenderaan daripada APM.

Setiba di pusat jagaan, acara dimulakan dengan ucapan daripada pihak pengurusan Mahmudah diikuti oleh MAG Bikers dan ucapan perasmian oleh Dato' Capt Hj Mohd Fauzi Aziz selaku Presiden kelab Gang Sekolah.

Selesai ucapan, para peserta telah sedia untuk melakukan tugasan yang telah diberikan sebelum ini. Antaranya ialah memasang frame ayat suci di surau, frame gambar dan wall paper di bilik, menanam pokok bunga dan membersih kawasan sekitar. Pihak MAG Bikers juga ada membawa doktor dan jururawat yang juga dibantu oleh anggota APM untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada warga emas dan juga para peserta.

Sebahagian daripada peserta juga mengambil peluang untuk beramah mesra dengan warga Mahmudah. Banyak kisah pahit dan manis telah dikongsi dan sedikit sebanyak telah memberi pengajaran dan iktibar buat semua.

Mas Awana Catering telah sudi untuk menaja makan tengahari kepada warga Mahmudah dan para peserta. Sebelum acara berakhir, kami turut meraikan Hari Kelahiran warga Mahmudah yang jatuh pada bulan Januari dan Februari.

Sekalung penghargaan kepada stesen Petronas Bandar Seri Putra kerana sudi menaja jamuan ringan dan Mas Awana Catering untuk juadah tengahari.

Ucapan berbanyak terima kasih juga kepada sukarelawan dari APM, sukarelawan YOSH, T6 Ranger, pasukan perubatan dari Nilai Medical Centre, Kelab Gang Sekolah, KSRP Bikers, TRK Biker, MAG Bikers dan juga para dermawan yang telah sudi memberi sumbangan untuk menjayakan program ini. RR

- Azmizan Azis

Isu Pada

Mac 2020

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

'Convoy to Lumut' RSX-RS Crew Taiping 2024

Annual Ride RSX-RS Crew Taiping

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Dari Litar

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

ejak Marc Marquez meraih kemenangan sulungnya di Litar Buriram tempohari, dunia MotoGP kecoh dengan 'perang' yang berlaku dalam khemah pasukan Ducati Lenovo di antara Marc dan Francesco Bagnaia (Pecco).

Warta Roda

Kembara 60,000km ke Eropah Bersama Ducati Multistrada

'The Multistrada 60,000 km European Tour' telah berakhir dengan jayanya. Ia merupakan pengembaraan epik bermula dari Perancis yang menyaksikan jentera Ducati Multistrada Rally V4 ditunggangan secara berganti-ganti (relay) merentasi lapan buah negara di Eropah dan berakhir di Borgo Panigale.

Warta Roda

Nahas Dua Motosikal Dirempuh Kereta, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

Seorang lagi mangsa kemalangan tiga buah kenderaan yang melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta