Isu Terkini

Julai 2024

Berita Kelab / 1 Oktober 2022

Royal Alloy Merdeka Ride

Jam belum menunjukkan 8.30 pagi namun sudah ada beberapa peserta untuk 'Merdeka Ride' sampai di hadapan Ibu Pejabat Royal Alloy di Seksyen 15, Shah Alam. Semestinya kerana semangat Merdeka!

Sebanyak 18 buah skuter Royal Alloy dengan 23 orang peserta hadir pada pagi itu. Seperti yang dijangka terdapat juga beberapa peserta yang tidak dapat hadir di saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kesemua peserta dibekalkan dengan stiker edisi istimewa 'Merdeka Ride' oleh Royal Alloy Malaysia dan bendera kecil turut diberikan untuk dipasang pada jentera masing-masing. Presiden Royal Alloy Scooter Club Malaysia (RASCM) iaitu En. Fino telah diberikan tugasan oleh pihak Royal Alloy Malaysia untuk memimpin program ini. Antara amanat penting yang ditekankan oleh Tuan Presiden dalam apa jua 'ride' adalah bab keselamatan.

Sekitar jam 9.15 pagi, konvoi yang ketuai oleh En. Fino bermula dengan kemas dan teratur. Konvoi menuju ke Restoran Nasi Kandar Khulafa yang jaraknya tidak begitu jauh untuk sarapan. Walau bagaimana pun tiada di antara kami yang makan Nasi Kandar. Cuma sekadar roti canai, roti telur dan sebagainya berserta teh tarik atau teh ais sebab hari mulai panas. Kalau kenyang sangat, nanti mengantuk pula.

Setelah hampir sejam kami bersarapan dan beramah mesra, kami kembali berkumpul untuk meneruskan perjalanan menuju ke Putrajaya. Sebelum sampai ke destinasi, masih ada lagi satu hentian yang penting untuk menambah minyak.

Perjalanan kami ke Putrajaya bagus sekali tanpa sebarang masalah. Kelajuan dipastikan tidak melebihi had laju yang dibenarkan di sesuatu tempat dan peserta berkonvoi wajib berdisiplin iaitu mengikut barisan dan tidak sesekali potong-memotong sesama sendiri di atas jalan raya. Sikap menunggang secara profesional amat penting demi menjaga atau membersihkan semula nama penunggang motosikal. Semoga menjadi contoh yang baik untuk peminat konvoi di luar sana. Biar lambat asalkan selamat.

Oleh kerana kemampuan dan prestasi jentera Royal Alloy agak berbeza yang disebabkan oleh saiz enjin jentera tersebut di antara 125SP hingga ke 250SP maka ketua konvoi perlu memastikan tiada siapa yang tertinggal di belakang.

Kami masuki Putrajaya melalui Jambatan Seri Saujana yang merupakan sebuah jambatan moden dan unik di Lebuh Sentosa. Terkejut juga apabila melihat keadaan trafik jambatan itu cukup sesak dengan kereta yang sebenarnya menuju ke Anjung Flora.

Hasrat awalnya, kami memang ingin menyusuri laluan di Anjung Flora dan seterusnya menuju ke Monumen Millenium tetapi oleh kerana jalan sangat sesak dengan kereta, ketua konvoi pun terpaksa menukar haluan.

Konvoi mengubah arah menuju ke Bulatan Putra dengan menggunakan laluan Persiaran Perdana dan Jambatan Putra. Ramai pelancong luar negara setibanya kami di situ. Kami berkumpul untuk bergambar dan juga berehat sebentar memandangkan sudah pukul 11.00 lebih. Betul... Kehangatan mentari kian terasa.

Beberapa lagi hentian kami lakukan di sekitar Putrajaya termasuk di Bangunan Kementerian Kewangan dan Istana Kehakiman Negara. Setelah itu, mereka semua dibawa ke Pusat Konvensyen Putrajaya yang terletak di atas sebuah bukit berdekatan. Pandangan dari atas amat menakjubkan peserta malangnya panas semakin terik dan perut kami pun dah mula terasa lapar. Patutlah.... Jam sudah hampir 12.30 tengahari. Sah waktu makan tengahari.

Juadah makan tengahari telah siap dipesan sehari sebelum bermulanya program ini. Kami menuju ke Warung Che Mat Fu yang beroperasi di Cyber 10, Cyberjaya. Setibanya di sana, juadah yang dipesan sampai dengan pantas. Ramai di antara kami memesan Chicken Chop yang merupakan 'best seller' di restoran ini.

Selain itu, ada juga yang mencuba Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Ayam dan Kuetiaw Goreng. Minuman istimewa yang boleh didapati di tempat ini adalah air botol maka ramai peserta memesan air botol aiskrim soda, sarsi dan oren. Suatu nostalgia buat semua. ABC juga mendapat sambutan. Maklumlah cuaca panas.

Pelbagai cerita dan pengalaman dikongsi selepas menikmati juadah tengahari. Gelak ketawa juga kedengaran. Masing-masing gembira dan berpuas hati dengan kelancaran program Ride Merdeka kali ini.

Dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang datang dan tidak lupa juga ucapan terima kasih buat pihak Royal Alloy Malaysia, Chear Motor dan rakan-rakan kelab kerana sudi memberi sumbangan kewangan untuk menjayakan ride ini. RR

- Fino, Presiden RASCM

Isu Pada

Oktober 2022

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Malaysia International Classic Bikes Festival 2023

Ride Elak Kepanasan Mentari

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

EICMA 2024: Yamaha R3 'Kemas Kini' Lebih Mantap!

Berikutan pelancaran R9 baru tempohari, Yamaha memilihi 'pentas' EICMA untuk memperkenalkan model yang dikemas iaitu R3 untuk pengeluaran tahun 2025.