Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 10 September 2022

VS Project Tawan Pulau Langkawi

Walaupun dengan berbagai jenis skuter moden yang telah banyak berada di pasaran dan pilihan semakin luas, peminat Suzuki VS tetap setia dengan berkongsi minat yang sama. Model Suzuki VS bukan lah asing ianya pernah ada suatu ketika dulu, memeriahkan dunia permotoran dengan rekaan corak warna dan sistem audio yang dipasang pada skuter ini. Ia tetap kelihatan menarik dan memikat perhatian ramai.

Satu acara julung kali telah berjaya dianjurkan buat para pemilik Suzuki VS. Mereka berkonvoi dari Pulau Pinang ke Pulau Langkawi dari 29-31 Julai 2022 melibatkan sebanyak 25 buah skuter Suzuki VS125 & VS150. Program yang cukup istimewa ini telah diuruskan oleh Sdr Ihsan dan Sdr Marzuki.

Hari Pertama

Sebaik sahaja semua peserta bersiap sedia, konvoi meninggalkan Pulau Pinang pada jam 3.00 pagi. Tujuan bergerak awal adalah untuk tiba di Wang Kelian sebelum matahari terbit. Perjalanan cukup tenang dan nyaman sekali. Masing-masing menunggang dengan cermat kerana hari yang masih gelap.

Konvoi tiba di Wang Kelian View Point sekitar jam 6.00 pagi dan memang cukup tepat untuk para peserta menikmati pemandangan Awan Nano. Selepas puas bergambar kenangan, jentera dihidupkan semula menuju ke tempat sarapan. Masing-masing dah lapar!

Pada jam 2.00 petang, para peserta menaiki Feri Wantas Roro dari Kuala Perlis ke Dermaga Tanjung Lembung, Pulau Langkawi. Perjalanan yang agak lama ini digunakan untuk berehat, berbual-bual, mengambil gambar dan menikmati keindahan alam semulajadi. Sahabat-sahabat VS Project akhirnya selamat tiba di Pulau Langkawi pada jam 5.00 petang. Dari jeti, konvoi teruskan perjalanan ke tempat penginapan iaitu di Cloud 9 Holiday Cottages, Kedawang.

Hari Kedua

Usai sarapan, para peserta bersiap sedia di atas jentera masing-masing untuk meneruskan program. Hari ini, kami akan mengelilingi Pulau Langkawi. Pantai Chenang adalah destinasi pertama diikuti pula Makam Mahsuri yang jaraknya hanya sekitar 12 kilometer.

Para peserta kemudiannya bersiar-siar dan membeli-belah di Pekan Kuah dan meneruskan aktiviti beriadah bersama-sama hingga ke Dataran Lang dan Kilim Geoforest Park. Tempat wajib! Kilim Geoforest Park merupakan destinasi yang mendekatkan para pelancong dengan keindahan alam. Tempat ini mendapat pengiktirafan UNESCO di atas keunikan geografi, geologi serta flora dan faunanya.

Para peserta konvoi turut mendaki Gunung Raya yang setinggi 773 meter atas paras laut dan merupakan gunung tertinggi di Langkawi. Gunung Raya menawarkan panorama yang menenangkan jiwa dan ia sentiasa menjadi tumpuan warga tempatan dan para pelancong untuk beriadah bersama keluarga.

Konvoi tidak melepaskan peluang ke Tanjung Rhu dan menikmati Sunset Cruise di Telaga Harbour Marina. Dari situ, perjalanan hari kedua disambung ke Restoran Krua Thai, Kuah untuk makan malam. Sebelum pulang ke hotel, konvoi singgah seketika di Maha Tower yang merupakan mercu tanda Pekan Kuah,

Hari Ketiga

Hari berlalu dengan cepat. Sedar-sedar dah masuk hari terakhir. Para peserta check-out sekitar jam 9.00 pagi dan terus ke jeti untuk menaiki feri Wantas Roro dari Dermaga Tanjung Lembung balik ke Jeti Kuala Perlis.

Syukurlah, perjalanan di Pulau Langkawi berjalan dengan lancar dan akhirnya para peserta tiba di Jeti Kuala Perlis pada jam 3.00 petang. Dari situ, perjalanan diteruskan hingga ke Pulau Pinang semula. Terima kasih kawan-kawan, jumpa lagi di lain masa. RR

Kredit Foto: Amin Ibrahim & Iewan

Isu Pada

September 2022

Popular

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

  • Warta Roda

    Midnight Black, Warna Terbaru Untuk Yamaha MT-15

  • Warta Roda

    Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

  • Model Baru

    Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

  • Dari Litar

    Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Artikel berkaitan

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

'Convoy to Lumut' RSX-RS Crew Taiping 2024

Annual Ride RSX-RS Crew Taiping

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Disyorkan untuk anda

En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEO Baru Boon Siew Honda

Boon Siew Honda mengalu-alukan En. Kunitomo Asano sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, menggantikan Encik Mitsuharu Funase yang telah dilantik sebagai Pengurus Besar Bahagian Lumba Motosikal di Honda Racing Corporation.

Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Sebuah kedai aksesori kereta di Taman Kebun Teh, di sini, termasuk tujuh motosikal yang berada di dalam premis berkenaan musnah dalam kebakaran yang berlaku pada lewat malam Isnin.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.