Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 10 Jun 2019

TXRSC Ride Amal Ke Tanjung Piai

TXR Senawang Crew telah menjayakan program Ride Santai & Sumbangan Kepada Keluarga Asnaf di Tanjung Piai, Johor pada Februari lalu. Tanjung Piai adalah tanah paling selatan di Benua Asia dan sememangnya destinasi kunjungan yang cukup popular.

Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada Group Rider dan sahabat-sahabat lain yang ingin turut serta ke Tanjung Piai. Seramai 60 orang peserta menunggang pelbagai jenama motosikal dan dua buah kereta berjaya dikumpul dan paling penting, persahabatan dalam TXR Senawang Crew tidak pernah mengira kuasa enjin dan jenis kenderaan.



9 Februari 2019
Lebih kurang jam 11.00 malam, semua peserta telah berkumpul di Balai Raya Kampung Sentosa Jaya dan menunggu ketibaan YB Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani, DUN Paroi N25 dan Ketua NPKK Kampung Sentosa Jaya iaitu Hj Rahim bin Hamid yang disambut oleh Abg Zali Jasmin selaku wakil TXR Senawang Crew dan para peserta lain. Di majlis tersebut, YB Hj Mohamad Taufek sempat memberikan sedikit ucapan yang menjadi pemangkin dan menyemarakkan semangat para peserta dalam menjayakan program ini.

Sebelum perjalanan, para peserta telah diberikan taklimat oleh Abg Along Fizan agar perjalanan lebih lancar. Bacaan doa selamat telah diketuai oleh Abg Zali RJ agar perjalanan konvoi pergi dan balik diberkati dan dilindungi daripada sebarang musibah.

Konvoi yang dilepaskan oleh para VVIP bermula dari Balai Raya Sentosa Jaya dan diketuai oleh Abg Aeidil dan Abg Zali Jasmin. Pada jam 1.30 pagi konvoi berhenti seketika di R&R Ayer Keroh untuk menambah jumlah para penunggang lain dan mengisi minyak. Perjalanan dihentikan sekali lagi di R&R Pagoh untuk menambah rider dari kumpulan lain pula. Ini juga masanya buat para peserta mengambil peluang untuk beramah mesra sesama mereka dan berehat seketika sambil pekena air panas bagi menyegarkan mata.

Konvoi kemudiannya meneruskan perjalanan semula dan memasuki Tol Simpang Renggam untuk menunaikan solat subuh. Dari situ, konvoi bergerak semula ke kawasan sekitar untuk menikmati sarapan pagi memandangkan perut sudah kosong.

Syukur pada Yang Maha Esa, semua peserta selamat sampai di Tanjung Piai lebih kurang jam 10.00 pagi. Para peserta terus ke tempat penginapan dan disambut oleh Ketua Kampung Perpat dan Kampung Serkat iaitu En. Md Hafidzuddin bin Mohd Salleh dan En. Ab Halim bin Md Salleh.

Dengan bantuan Ketua Kampung, kami meneruskan aktiviti seperti ke rumahrumah keluarga asnaf bagi menghulurkan sumbangan kecil yang telah disediakan. Syukurlah, segalanya berjalan dengan selamat. Kami pulang semula ke tempat penginapan untuk merehatkan badan dan membuat aktiviti masing-masing. Pada sebelah malam pula kami mengadakan jamuan BBQ sambil beramah mesra dengan para peserta dan dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah sebagai kenangan.

10 Februari 2019
Semua rider membuat persiapan untuk keluar dari tempat penginapan seawal jam 9.00 pagi dan berkumpul di Pekan Tanjung Piai untuk sarapan pagi. Ini juga masa terbaik buat para peserta bersiar-siar dan berjalanjalan di sekitar kawasan Tanjung Piai. Semuanya mengambil gambar kenangan terutamanya di Batu Penanda Hujung Benua Asia.

Setelah selesai semua kami bergerak pulang dan menyusuri jalan bandaran sambil menikmati keindahan daerahdaerah di Johor. Sampai sahaja di Muar kami singgah di sebuah kedai Mee Bandung Muar untuk menjamu selera. Memang cukup lazat dan memang 'wajib' pekena Mee Bandung kalau ke sini. Selepas semuanya segar kembali, perjalanan diteruskan dengan lancar dan berdisiplin. Dengan tunggangan sebegitulah semua peserta selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Admin-admin TXR Senawang Crew mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rider yang sudi menjayakan ride ke Tanjung Piai Johor. Admin TXR Senawang Crew sentiasa membuat perancangan ride ke tempat-tempat yang lebih menarik. Didoakan agar segala perancangan diizinkan Ilahi. RR

Isu Pada

Jun 2019

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

'Convoy to Lumut' RSX-RS Crew Taiping 2024

Annual Ride RSX-RS Crew Taiping

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.

Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.

Warta Roda

Honda CBR150R Hadir Dengan Warna Serba Baru!

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan Honda CBR150R dengan skema warna baharu lebih menarik. Warna serba menawan ini adalah inspirasi daripada DNA Honda Racing ikonik seperti mana yang dilihat pada model lagenda CBR1000RR-R, CBR650R dan CBR250RR.

Warta Roda

Kembara 60,000km ke Eropah Bersama Ducati Multistrada

'The Multistrada 60,000 km European Tour' telah berakhir dengan jayanya. Ia merupakan pengembaraan epik bermula dari Perancis yang menyaksikan jentera Ducati Multistrada Rally V4 ditunggangan secara berganti-ganti (relay) merentasi lapan buah negara di Eropah dan berakhir di Borgo Panigale.