Isu Terkini

Julai 2024

Berita Kelab / 26 Oktober 2022

Club Antique Motor Kulim 'Sibuk' Dengan Pelbagai Aktiviti

Bersempena dengan bulan Ogos 2022 atau Bulan Kemerdekaan, Club Antique Kulim terus 'sibuk' dengan dua lagi program iaitu 'Konvoi Kunjung Hormat' buat Ketua Polis Daerah Kulim yang baru, Superintendan Tuan Mohd Redzuan Salleh serta seluruh Pegawai-pegawai IPD Kulim. Aktiviti kedua ialah bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim dalam program Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kulim 2022 bersama dengan Puan Nur Anis Binti Jaafar Penolong Pegawai Belia & Sukan Daerah Kulim serta seluruh kakitangan KBS Kulim.

Syukur pada Yang Esa, program yang kami hadir telah memberi ruang khususnya buat ahli baru dan lama keluar untuk ride di kawasan Kulim, Kedah. Semoga program-program seperti ini sentiasa ada bagi semua ahli Club Antique Motor Kulim selalu beraksi bersama jentera masing-masing. Jentera-jentera yang hadir dalam program kali ini adalah Honda C70 lampu bulat dan lampu petak yang dikeluarkan sekitar tahun 70an dan 80an.

Program di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim diadakan pada 7 August 2022, dengan kehadiran ahli-ahli Club Antique Motor Kulim yang seramai 25 orang ahli. Program tersebut berlangsung di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim. Kami semua menerima layanan dengan begitu baik sekali dari mula sehingga ke akhir program. Minuman petang dan kuih-kuih disajikan sedap dan menyelerakan.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

Program bersama dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim pula berlangsung di perkarangan Kompleks Sukan Hitech Kulim Kedah pada 27 Ogos 2022 dengan penyertaan ahli-ahli Club Antiue Motor Kulim dan Club JBO Baling Kedah seramai 40 orang pencinta motosikal.

Ucapan jutaan terima kasih buat jiran kami dari club GBO Baling kerana kesudian hadir memberi sokongan. Para peserta yang hadir pada program tersebut telah diberikan sijil, stiker motor dan sarapan pagi. Penghargaan buat YBhg. Dato Haji Abdul Bari Bin Abdullah selaku Pegawai Daerah Kulim yang memeriahkan program pada hari tersebut.

Pihak Admin Club Antique Motor Kulim tidak lupa atas kerjasama dan usahaTuan President CAMK iaitu En. Abdul Razak Buhari serta seluruh AJK dan ahli-ahli club CAMK yang sentiasa hadir memberi sokongan di setiap program yang dianjurkan. Tak lupa juga terima kasih buat jurufoto CAMK iaitu Encik Ahmad Salihin Bin Baseri. Semoga kita berjumpa lagi di lain hari serta di lain cerita. RR

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Malaysia International Classic Bikes Festival 2023

Ride Elak Kepanasan Mentari

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6, Jalan Kangkar Baru Paloh, Yong Peng, jam pukul 10.15 pagi semalam.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.

Dari Litar

Pasukan Repsol Honda Tiba Di Buriram. Joan Mir Perlu Buat 'Come Back'!

Selepas gagal menamatkan perlumbaan (DNF) sudah ketiga berturut-turut, Joan Mir perlu kembalikan prestasinya ke tahap terbaik sempena perlumbaan yang akan berlangsung di Litar Buriram, Thailand minggu ini.