Isu Terkini

Julai 2024

Berita Kelab / 13 Januari 2021

Perhimpunan Pertama Kelab Africa Twin Malaysia

Bagi para pencinta motosikal, Honda Africa Twin adalah nama yang tidak asing lagi. Kemampuan jentera ini dibuktikan dengan kemantapan prestasinya dalam perlumbaan antarabangsa seperti Dakar dan merupakan antara motosikal pilihan mereka yang sukakan dunia pengembaraan.

Model yang terus mendapat kepercayaan pengguna motosikal ini dibawa masuk ke pasaran Malaysia oleh Boon Siew Honda Sdn Bhd. Mungkin kerana peminat motosikal Africa Twin jarang melihat jentera ini berkonvoi atau berkumpul dalam jumlah yang banyak, Africa Twin Club Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perhimpunan bagi pemilik-pemilik motosikal tersebut.

Pada 12 dan 13 September 2020 lalu, Africa Twin Club Malaysia telah mengadakan perjumpaan istimewa untuk pemilik-pemilik model ini dari XR750 hinggalah CRF1000AL2 atau lebih dikenali sebagai Africa Twin Adventure Sports DCT (ATAS). Berikutan ancaman penularan Covid-19 yang masih belum reda, segala SOP amat dititikberatkan agar mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Perasaan bangga serta teruja dirasai oleh semua ahli kelab apabila lebih daripada 60 buah Africa Twin berjaya dikumpulkan.

Pemilihan Pos Kuala Mu, Sg Siput sebagai destinasi untuk penganjuran gathering ini amat sesuai dengan motor adventure. Pergerakan konvoi ke sana berjalan dengan lancar walaupun terdapat sebuah jentera XR750 yang mengalami kerosakan. Masalah tersebut dapat diatasi kerana adanya tajaan towing dari salah seorang peserta. Para peserta juga dapat belajar menukar tayar menggunakan basic tools kerana terdapat salah seorang daripada peserta yang mengalami tayar terkena paku.

Pos Kuala Mu sememangnya sebuah tempat yang cantik, segar dan mendamaikan. Suhunya dingin, air sungainya jernih dan masyarakat di sini juga cukup peramah. Selain menawarkan chalet, terdapat juga tapak perkhemahan yang boleh disewa. Memang best!

Pada malam hari, sesi lucky draw dan BBQ telah diadakan – memang meriah. Hadiah-hadiah untuk acara cabutan bertuah ini telah ditaja oleh Honda BigWing, beberapa syarikat lain dan rakan-rakan peserta yang mengeluarkan wang ringgit untuk hadiah. Sijil istimewa telah diberikan kepada peserta yang hadir dan juga wakil penaja sebagai tanda terima kasih.

Sebelum pulang ke destinasi masing-masing, para peserta tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan. Sepanjang perjalanan dan acara, tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan itulah yang diharapkan. Pastinya kami berhasrat untuk mengadakan Gathering Africa Twin Malaysia Club buat kali kedua pada tahun hadapan. RR

- Mohamad Rizal

Isu Pada

November 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Malaysia International Classic Bikes Festival 2023

Ride Elak Kepanasan Mentari

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Mforce Bike Holding selaku pengedar rasmi jenama Moto Morini di Malaysia dengan bangganya melancarkan model ketiga hari ini iaitu Calibro 700.

Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.