Isu Terkini

Julai 2024

Berita Kelab / 7 Disember 2020

Hayabusa Rider Malaysia Gegarkan Cherating

Bagi peminat motosikal, Suzuki Hayabusa merupakan antara jentera yang sangat dikagumi. Selain memiliki rekabentuk yang besar dan unik, model ini dilengkapi dengan enjin 1,300cc yang mampu memecut lebih daripada 300km/j dengan mudah dan selesa. Di Malaysia, model ini juga cukup diminati dan antara rakan-rakan pemilik Hayabusa yang aktif adalah dari kelab HayabusaRiders Malaysia.

Pada awal Februari lalu, HayabusaRiders Malaysia telah menganjurkan satu ride yang disertai oleh 28 buah jentera Suzuki Hayabusa dan beberapa model lain. Ride kali ini juga mendapat sedikit tajaan daripada Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd.

Para peserta konvoi mulanya berkumpul di sebuah stesen minyak sebelum tiba ke tol Karak. Motor dah kilat, orang pun dah siap, 'hensem dan cantik' belaka... rugilah kalau tak bergambar kenangan. Perjalanan cukup lancar tanpa sebarang masalah dan hentian pertama mereka ialah di Kemaman untuk makan tengahari.

Selepas menikmati perjalanan lebih kurang 1 jam 45 minit (dari Gombak ke Cherating), konvoi selamat tiba ke tempat yang dituju. Kawasan peranginan di Cherating digegarkan dengan deruman jentera-jentera Suzuki Hayabusa. Pastinya kehadiran motosikal berkuasa tinggi ini mengujakan setiap pengunjung yang berada di sana.

Waktu petang di Cherating memang cantik dan menyegarkan. Para peserta mengambil peluang ini untuk menikmati keindahan alam, memandi manda, bersantai dan merasai keenakan makanan tempatan. Harganya murah, rasanya pun sedap! Ada juga yang 'melompat' ke atas jentera masing-masing untuk bersiar-siar ke kawasan sekitar. Bila berada di suatu tempat yang indah dan mengasyikkan, masa berjalan dengan cepat sekali.

Selepas menyegarkan diri, para peserta disambut oleh rakanrakan Hayabusa Pantai Timur untuk bersamasama menikmati makan malam di restoran milik En. Zul, ahli HayabusaRiders Malaysia. Acara cukup padat! Selepas majlis makan malam, acara karaoke dan cabutan bertuah telah diadakan. Macam-macam hadiah yang ditaja oleh Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd dan ahli-ahli sendiri yang menjadi rebutan. Pada malam itu juga kebanyakan rakan-rakan HayabusaRiders Malaysia mengambil peluang berbual dan berkongsi pengalaman menunggang bersama-sama.

Hari baru menjelma dan semua peserta bersedia awal untuk kembali ke destinasi masing-masing. Acara perpisahan dimulakan dengan doa selamat oleh Tuan Haji Abd Ghani agar perjalanan dilindungi olehnya. Rancangan untuk singgah membeli keropok di Kuantan terpaksa dibatalkan kerana cuaca yang tidak menentu. Para peserta berpisah mengikut laluan masingmasing dan selamat sampai ke rumah pada hari itu juga.

Semoga berjumpa lagi di ride akan datang! RR

Isu Pada

Julai 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Malaysia International Classic Bikes Festival 2023

Ride Elak Kepanasan Mentari

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Model Baru

Kawasaki ZX-6R 2025 Sudah Boleh Ditempah Bermula 1 Disember Ini. Harga asas RM59,900

MODENAS telah melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R terbaru bermula pada 1 Disember 2024 di semua bilik pameran Kawasaki All-Star.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.